Umai obor obor
Pernah makan umai? Obor obor? Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Terengganu, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan2 yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau.

Umai ikan dan udang senang dijumpai, tetapi obor obor pula kadang kadang jumpa, kadang kadang tidak. Kebetulan waktu singgah di Wisma Satok tadi, sempatlah singgah di kedai Molly’s Place di tingkat 4, yang dulu pernah disinggah oleh Maria Tunku Sabri untuk program JJCM. Memandangkan belum pernah rasa umai obor obor, saya pun belilah.

Kira boleh tahanlah jugak rasa dia. Masam masam gitu. Berani makan?

Makanan di Molly’s Place ni memang not bad. Tempat dia pun bersih. Cuma waktu tengah hari (lunch) mmg agak penuh & ketat. Maklumlah, glamer… Nantilah kami pegi ambik gambar dgn buat review kat sana. Sambil2 tu kami makan lauk ayam masak merah madu,

dan juga sayur gulai nangka, juga dibawa dari Molly.

Untuk desert, kami goreng popia yang dibeli di Alor Gajah tempoh hari. Popia ni nampak biasa kan?


Sebenarnya ni popia yang agak luar biasa kerana intinya adalah dodol! Kreatif la orang Melaka ni.

Ok, makan dulu.
Comments
3 Responses to “Umai obor obor”
Leave a Reply




[...] seperti Kopi O Korner, Dayang Cafe, Kafe Sahabat, Prabha Cafe, dan sebagainya. Jika mahu mencuba umai, samaada umai ikan, udang atau obor obor (!) boleh cuba di Moly’s Place (ting. 4 di Wisma [...]
salam…wah, mmg sama lah kita…kami baru je makan kat molly place tingkat 4…boleh tahan
Reply
hai……..saya nak tanya tingkat 4 kat wisma satok kah mollyplace
Reply