Raya 2008 – Tudung Angkasawan Muncul
Semakin hampir dengan raya, semakin rancak peniaga mempromosikan barangan mereka yang terdiri daripada pelbagai bagai jenis produk termasuk makanan, pakaian, barangan dapur, kuih raya dan sebagainya.
Dalam perniagaan pakaian, tudung tidak akan lari daripada sebahagian elemen yang mendapat sambutan hangat, lebih lebih lagi apabila perayaan yang bakal disambut melibatkan umat Islam seantero dunia.
Jika beberapa tahun yang lepas, tudung Mawi yang dinamakan sempena penyanyi terkenal negara, Asmawi Ani mendapat sambutan hangat, kini nama baru mula muncul satu persatu.
Tinjauan akhbar Utusan Malaysia di Kuching mendapati keghairahan peniaga menjual tudung tudung baru yang mempamerkan fesyen dan rekaan terbaru. Antara jolokan nama yang diberi kepada produk baru tersebut adalah tudung angkasawan, tudung batik dubai, tudung Datuk K dan tudung ayat ayat cinta. Bunyi bunyi pelik, dan kadangkala lucu didengar, tapi itulah hakikatnya. Keempat empat tudung yang ditonjolkan dan dijual itu mempunyai rekaan baru, tersendiri dan lain daripada yang lain.
Yang menariknya, tudung tudung yang dijual ini mendapat sambutan hangat!
Selepas ini, tudung apa pula, ya? Tudung permatang pauh?
Imej: Utusan Malaysia
Comments
Leave a Reply



