Tip tukar dokumen Word ke PDF
Sebenarnya ada banyak software & application yang boleh tukar dokumen MS Word ke PDF. Antaranya ialah Adobe Acrobat Professional (bukan Acrobat Reader), PDF Distiller dan sebagainya. Aplikasi tersebut kena dimuat turun ke dalam hard disk sebelum anda boleh convert dokumen Word ke PDF. Tetapi jika anda mahu tukar dokumen Word yang ringkas yang saiznya tidak terlalu besar anda boleh melakukannya menerusi laman web yang menyediakan khidmat menukar dokumen secara web application.
Ia berguna jika sekiranya anda tidak berada di hadapan PC anda, seperti di kafe siber atau di luar negeri. Yang penting, dokumen yang hendak ditukar itu ada bersama anda (sama ada di dalam thumb drive atau di simpan dalam emel anda). Saya banyak mencadangkan rakan atau calon pekerja yang ingin menukar resume mereka dalam bentuk Word kepada PDF menggunakan cara ini. Malah saya sendiri selalu menggunakan cara ini untuk menukar dokumen Word yang ringkas.
Caranya memang mudah. Cuma pergi ke laman web yang menyediakan khidmat tersebut. Tetapi laman web mana?
Salah satu laman web yang saya gemari ialah Neevia Document Converter yang diasaskan pada tahun 1999. Ia mudah dan cepat. Anda boleh convert dokumen resume anda atau mana mana Word dokumen yang mempunyai saiz maksimum 1MB, jumlah saiz yang agak besar jika keseluruhan dokumen anda adalah berbentuk teks (tiada gambar), yang mana 1MB boleh merangkumi hampir 100 muka surat sesebuah dokumen. Hanya perlu upload dokumen yang ingin ditukar, pilih mode penghantaran (sama ada dokumen PDF dihantar ke emel anda atau terus keluar serta merta). Malah, sebenarnya, bukan fail berformat Word sahaja yang boleh ditukar; anda juga boleh menukar fail berformat Excel, Power Point dan juga imej. Lawati laman web tersebut untuk melihat senarai lengkap.
Satu persoalan yang mungkin timbul; memandangkan penukaran dokumen anda dilakukan oleh server di luar, mungkinkan maklumat dokumen asal anda dalam bahaya? Sebenarnya perkara ini dikupas di dalam FAQ laman web tersebut. Mengikut polisi Neevia, anda tidak perlu risau kerana dokumen anda dijamin selamat. Tetapi jika anda masih risau, nasihat saya janganlah convert dokumen yang mempunyai maklumat peribadi seperti akaun bank dan nombor kredit kad. Bagi saya, kalau setakat resume atau laporan tak rasmi, saya tak perlu risau untuk menukar ke format PDF menerusi Neevia.

Entry Lain Yang Menarik:
- 4 Tip Rekaan Dapur
- Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
- 5 Tip Kuruskan Badan
- Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
Comments
One Response to “Tip tukar dokumen Word ke PDF”
Leave a Reply




“Berminat Untuk Menternak Kambing?”
Ketahui langkah demi langkah, bagaimana anda boleh memulakan penternakan kambing dengan mudah dan menjadi seorang penternak yang berjaya. Dapat Keterangan percuma dengan sms nama , alamat dan taip cdkambing ke 0169510919.
Reply