Tip sebelum memberi bunga…
Tidak kira wanita ataupun lelaki, apabila diberi sekuntum bunga, pasti mereka tersenyum. Namun begitu sebelum anda memberi bunga kepada seseorang, ikuti beberapa panduan dan tip tip sebelum anda menunaikan niat anda tersebut.
Tip 1: Tahu warna sebenar bunga pilihan.
Selain jenis bunga, pemilihan warna bunga yang sesuai juga penting. Bunga bunga seperti daisy, carnation dan bunga kekwa boleh didapati dalam pelbagai warna. Apabila memberi bunga sebagai hadiah, anda hendaklah sensitif dengan persekitaran dan elakkan memberi bunga berwarna putih. Ini kerana dalam sesetengah budaya, bunga berwarna putih melambangkan suasana sedih dan perkabungan. Di Asia, bunga berwarna merah melambangkan hidup dan kegembiraan.
Tip 2: Beri bunga dalam jumlah yang betul.
Pertimbangkan jumlah bunga sebelum memberinya kepada orang lain. Sebagai contoh, di beberapa tempat di Asia, jangan sesekali memberi bunga yang berkaitan dengan nombor 4 kerana dikatakan ia melambangkan kecelakaan. Di Amerika, memberi sedozen bunga adalah amat sesuai dan menjadi kebiasaan. Di Eropah dan negara negara lain, nombor genap dikatakan tidak sesuai. Di kebanyakan tempat, nombor 13 adalah dikira tidak bertuah. Sekuntum bunga selalunya dikhaskan untuk pasangan kekasih.
Tip 3: Hadiahkan bunga dengan penuh keyakinan.
Di kebanyakan negara, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan sejambak bunga tanpa dibungkus. Ini dikatakan dapat menunjukkan kecantikan sebenar bunga sewaktu dipersembahkan kepada penerima. Elakkan untuk membawa jambangan bunga kepada orang lain (sebagai contoh kepada orang sakit di hospital atau ke majlis jamuan), kerana ia dikatakan dapat memberi gangguan kepada penerima.
Tip 4: Jangan curi bunga dari taman rumah jiran anda.
Beli bunga sendiri dan jangan nak memandai mandai mencuri bunga dari rumah jiran anda. Ini untuk mengelakkan anda mengeratkan silaturrahim dengan pasangan anda dan dalam masa yang sama merenggangkan hubungan anda dengan jiran anda.
Comments
Leave a Reply



