Terkini kes dadah Mazidul Akmal

Mazidul Akmal Sidik, pengacara dan penerbit stesen TV3 didapati tidak mengambil dadah selepas ujian air kencing yang dijalankan memberikan keputusan negatif. Pada bulan lepas, kontroversi tercetus selepas Mazidul Akmal, berserta 6 lagi rakan telah ditahan di Johor Bahru atas kesalahan menggunakan dadah  jenis methamphetamin dan dihadapkan ke mahkamah. Ujian awal menunjukkan mereka menggunakan dadah.

Dalam perkembangan terbaru ini, 2 orang didapati negatif daripada dadah tersebut iaitu Mazidul dan Fadzi Ramli dan kedua duanya bakal dibebaskan. Sementara 5 orang lagi didapati positif dadah tersebut dan bakal menghadapi perbicaraan. Ujian dilakukan oleh bahagian patologi, Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Sejak dari penahanan beliau pada bulan lepas, Mazidul yang pada masa itu menerbitkan dan menjadi hos rancangan terbaru TV3, 360,  tidak lagi muncul di kaca televisyen dan sejak itu rancangan 360 dikendalikan oleh hos Omar Abdullah. Rancangan 360 mengupas isu, senario dan permasalahan dalam masyarakat dari 2 konteks yang berbeza, iaitu negatif dan ideal.  Sebelum kemunculan 360, Mazidul juga merupakan hos rancangan anti-jenayah 999 yang mempunyai konsep yang hampir serupa.

Penahanan Mazidul kerana kesalahan dadah mengejutkan banyak kerana dalam rancangan kendaliannya, beliau begitu lantang mengkritik dan menasihatkan mereka yang terlibat dengan gejala dadah, terutamanya sewaktu menjadi hos rancangan 999. Sehinggakan ada segelintir pihak yang mendakwa Mazidul telah cuba diperdaya dan diperangkap dalam usaha untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej beliau.  Sesetengah pihak pula memandang sinis terhadap Mazidul dan mengatakan beliau seorang yang hipokrit.

Mazidul menjawat jawatan sebagai Senior Eksekutif, Broadcast Journalist di stesen TV3, Sri Pentas dan mempunyai kelulusan dalam jurusan Sains Komputer dari UiTM.

Bagaimana perkembangan Mazidul Akmal selepas ini? Kita tunggu dan lihat.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Faizal AF4 gagal ujian memandu.
  2. Mayat Dalam Beg Sah Nurin Jazlin
  3. Rancangan perniagaan & contoh Rancangan Perniagaan (RP)
  4. Casa Impian sentuhan Eric Leong
  5. Guru Saman Ibu Bapa, Jenayah Pelajar Semakin Meruncing

Comments

2 Responses to “Terkini kes dadah Mazidul Akmal”

  1. bro on September 27th, 2007 6:05 am

    dia sudah kembali mengendalikan rancangan 360.
    terbukti dia tidak bersalah.
    kita yang selalu mempunyai perasaan buruk sangka dan suka membuat andaian melulu.

    Reply

  2. Media Alternatif Masa Kini | Blog Mazidul Akmal Sidik- Wartawan TV3. on June 6th, 2008 8:59 pm

    [...] PesonaBatik.com [...]

Leave a Reply