Tempat2 menarik di Kuching
Apa yang menarik di Kuching? Entry ini cuba menjawab pertanyaan saudari cantikgebu. Senario: Cantikgebu akan berkunjung ke Kuching bersama keluarga, dan bakal menginap di Hotel Holiday Inn, Kuching. Jadi Cantikgebu berminat utk mengetahui tempat2 yang boleh melawati di sekitar Kuching. Kita akan bagi tumpuan dengan tempat2 yang berdekatan dengan Holiday Inn.

Yang pertama dan yang paling dekat sekali ialah Kuching Waterfront, satu tempat yang menjadi kemestian bagi pengunjung di Kuching. Kuching Waterfront menjadi tempat santai yang sesuai dan berada betul betul berhadapan dengan Sungai Sarawak.

Di sini juga terdapat gerai gerai makan yang dibuka pada petang hari yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk delicacy tempatan seperti laksa Sarawak dan Mee Kolok. Namun harga di sini agak mahal berbanding tempat tempat lain kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Contohnya, jika di tempat lain boleh dapat laksa Sarawak pada harga RM3 atau RM3.50, di sini harganya adalah di sekitar RM6-RM7 sepinggan.
Kuching Waterfront dilengkapi dengan kemudahan tandas, tempat solat, pejabat polis serta tourist information centre.
Jika berminat dengan barang kraftangan, di seberang jalan Waterfront ada deretan kedai yang menjual barang kraftangan terutamanya kraftangan Sarawak termasuk sumpit, pasu, tikar, baju, kain pua kumbu (mesti beli) dan pelbagai jenis replika.

Sesetengah kedai harga barangannya masih boleh dirunding. Tempat ini sesuai untuk mereka yang agak kesuntukan masa atau malas untuk ke tempat yang jauh sedikit seperti di Pasar Satok (10 minit) dan juga Pasar Serikin (1 jam 30min) di mana kraftangan di dua tempat tersebut boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, Pasar Satok dan Serikin dibuka hujung minggu (Sabtu dan Ahad) sahaja manakala kedai di sini dibuka setiap hari.



Kalau berjalan terus anda akan sampai ke market Waterfront yang kebiasaannya dibuka hingga malam hari. Boleh lawati kawasan ini pada malam minggu untuk menikmati pengalaman membeli ikan dan bahan2 seafood pada waktu malam hari (satu lagi keistimewaan duduk di Kuching).

Di sini boleh beli ikan terubok masin kalau mahu. Harga ikan terubok masin di sini sama seperti di Pasar Satok. Peniaga di sini akan masuk dalam kotak dan balut elok elok supaya senang nak dibawa masuk kapal terbang. Ikan terubok yang dibungkus boleh tahan selama 7 hari jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

Jika masih tidak puas dengan hasil kraftangan dan barangan Sarawak, boleh juga pergi ke India Street yang berdekatan dengan pasar Waterfront. Kawasan India Street ini ditutup sekitar 6pm-7pm.

Anda juga boleh menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki River Cruise dari jeti Waterfront pada sebelah petang dengan harga di sekitar RM40-RM45 untuk setiap trip. Jika mahu melawat perkampungan Melayu di Seberang sungai, boleh menaiki sampan pada harga 50 sen sahaja (tiada jaket keselamatan).
Di seberang Sungai Sarawak ada sebuah restoren yang agak terkenal iaitu MyVillage Baruk yang dibuka bermula senja. Di sebelahnya ada lagi satu gerai yang baru dibuka dan diberi nama gerai Pak Lah Boyan. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk makan di gerai2 tersebut pada malam minggu kerana penuh dengan umat manusia dan ada kemungkinan anda akan menerima layanan yang amat tidak memuaskan, sebagaimana yang terjadi kepada kami beberapa kali sebelum ini. Kawasan ini banyak dihuni oleh penduduk Melayu Sarawak dan salah satu daya tarikan yang ada ialah kedai kek lapis yang terkenal yang dikenali sebagai Kek Lapis Dayang Salhah (kedai berwarna biru).

Ia terkenal sehingga isteri isteri vip dan orang kenamaan seringkali membeli kek lapis secara borong di sini. Harga sebiji kek ialah RM10 dan jika anda beli 10 anda akan dapat percuma sebiji kek. Pelbagai jenis pilihan perisa kek lapis Sarawak ada di sini tetapi jangan risau kerana anda akan dihidangkan dengan sampel kek yang boleh dimakan percuma. Menurut pengusaha kek lapis ini, perisa yang paling disukai ialah perisa masam-manis (berwarna hijau).
Satu lagi sebab kenapa kampung Melayu ini terkenal ialah anda boleh lepak dan bersantai melihat pemandangan bandar Kuching pada waktu malam dari seberang Sungai ini. Siapa kata kat Sarawak tak boleh lepak?
Untuk ke Pasar Satok, boleh naik teksi dengan kadar RM5 – RM8, bergantung kepada pemandu (teksi tidak bermeter). Tiada masalah untuk mencari tempat tempat & restoren makan yang halal kerana ada banyak di sini seperti Kopi O Korner, Dayang Cafe, Kafe Sahabat, Prabha Cafe, dan sebagainya. Jika mahu mencuba umai, samaada umai ikan, udang atau obor obor (!) boleh cuba di Moly’s Place (ting. 4 di Wisma Satok) kerana ketiga tiga jenis umai selalunya boleh didapati di situ (amaran: tak semua orang boleh makan umai ini). Sarawak juga kaya dengan hasil sagu, jadi boleh cuba Kuih Sagu dan juga Tebaloi (biscuit sticks). Di Pasar Satok juga ada menjual kek lapis sarawak pada harga yang lebih tinggi (RM15-RM18).

Sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik di Kuching ni seperti Pasar Serikin, Crocodile Farm, Orang Utan, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Damai & Santubong Resort (di sini ada Kampung Budaya Sarawak), kilang pasu, Muzium Kuching, Cat Muzium atau Muzium Kucing (lain dari Muzium Kuching!) Fairy Cave & Wind Cave serta banyak lagi.
Nantilah kami cover yang lain lain.
Comments
147 Responses to “Tempat2 menarik di Kuching”
Leave a Reply




Time kasih bebanyak….seronok sungguh dapat maklumat yang begitu lengkap…. dan anak-anak saya sekarang dok membilang hari nak ke sana…… time kasih daun keladi..harap kami tak sesat dan tertipu nanti….
Reply
Assalamualaikum Rauzul… kami akan bertolak ke Kuching esok pagi jam 7.10…. harap dapat ketemu anda di sana.. call kami 017-3734378 (Afandi atau Azura)….bye
Reply
seronot dapat jumpa site nie… kebetulan sedang merancang percutian ke Sarawak this coming August..
anak2 dah excited nak pergi… so, mama nya kena lah survey tempat apa yang menarik di sana… senang sikit bila dah sampai sana leh bawak jalan.
actually dulu pernah pergi tahun 1997 masa ader pogram anak angkat di kampung Melayu di seberang sungai Sarawak. mesti dah banyak perubahan…
Reply
Assalamualaikum..
Rabu depan 22/8, saya sefamili akan bertolak ke kuching..hopefully it’ll be a nice journey and unforgettable one!!
Reply
saya skrg belajar di unimas sarawak.saya teringin nak g tempat2 yang ada cam taman tema air spt sunway lagoon..boleh bg pendapat x?
Reply
Boleh pergi ke Holiday Inn Damai Lagoon di Santubong. Tapi tempat ni tak extreme macam sunway lagoon, ada kolam panjang berlainan kedalaman dan ada air deras official. Yg gelunsur2 tu tak ada.
Tapi tempat ni mmg cantik sebab tepi laut.
Reply
amik order lg x utk kek lapis
Reply
Saya dan keluarga bercadang untuk bercuti di kuching pada 17-20 April 2008. Saya belum lagi membuat tempahan tempat tinggal dan penggangkutan. Memandangkan saya akan bercuti bersama isteri dan lapan anak-anak saya jadi saya bercadang untuk menyewa apartment. Ini adalah kali pertama saya ke kuching.. oleh itu saya ingin mendapatkan bantuan memandangkan baget tak banyak..boleh tak rekomen tempat penginapan, penggangkutan dan tempat-tempat yang perlu dilawati untuk tempoh 2 hari disana…thank.
Reply
zura Reply:
February 23rd, 2009 at 2:00 am
en. azlan, just nak tanya, semasa ke sarawak menyewa di apartment mana? coz saya bersama 13 lagi ahli keluarga akan ke sana pada jun 2009 ini, masalah sekarang tempat penginapan, saya pun nak cari apartment yg ok tapi murah.. klu ada minta tlg email pada saya yer..
Reply
bella farhana Reply:
August 17th, 2009 at 5:34 am
zura…
blg gtau sy x aprtmnt mane yg awk sewa…
sy pon sme sdg m’cari aprtmnt yg murah2 je sbb nk p dlm 17 org…
tlng email kt sye…
aprtmnt ape n bpe hrganya…
Reply
asmidos Reply:
April 30th, 2009 at 11:34 am
Ye lah,bagi tau le kat kita, hotel-botel budget yang bawah RM100 semalam. Kita lebih nak jalan, nukannya nak tido.
Reply
HAWA Reply:
June 15th, 2009 at 5:11 am
saya pun teringin nak bawa anak2 ke serawak tapi tak tahu tempat2 penginapan dan tempat menarik yang sesuai di lawati dan tempat soping yg murah …oleh itu saya ingin mendapatkan bantuan memandangkan baget tak banyak..boleh tak rekomen tempat penginapan, penggangkutan dan tempat-tempat yang perlu dilawati untuk tempoh 2 hari disana…thank.
Reply
salleh Reply:
July 1st, 2009 at 3:33 am
KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT PASAL BUDGET HOTEL KAT KUCHING BOLEH CONTACT SAYA DI 019-8274546 ATAU EMEL : putri_damai@yahoo.com
TERIMA KASIH.
HJ SALLEH
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION
Reply
saya dan keluarga juga akan bercuti pada 30 April-3 Mei 2008.kami tidak tahu hendak pergi tempat yang sesuai untuk dihayati.saya harap ada orang yg bagi cadangan dan petunjuk.ok itu aje.
Reply
Saya dan family ( 5A5C) akan bertolak ke kuching pada 18 April hingga 21 April 2008. Kami akan duduk di Hotel Grand Continental di Bandar Kuching.
Masa Matta Fair hari tu ade survey travel agent untuk pakej tour kuching tapi memang mahal so saya layari internet dan terjumpa sorang pemandu pelancong persendirian yang menepati budget saya. Pakej untuk 4H3M tour termasuk ambil dan hantar di airport lebih kurang RM 500 ++ sahaja untuk kami sekeluarga.
So, saya pergi dulu, kalau service Tourist Guide ni Ok, nanti saya berikan contact no. beliau.
Reply
shah Reply:
January 22nd, 2009 at 5:27 am
cam ner ok tak gi kuching tu…
Reply
yati Reply:
April 17th, 2009 at 8:05 am
boleh saya tahu sapakah tourist guide yang u dapat masa p kuching hari tu?
Reply
Hai, saya baru balik dr Sarawak,
Tourist guide ni Ok,
so bolehlah saya rekomen beliau,
En Jumat- 0168565274
Reply
kidit Reply:
September 29th, 2010 at 2:24 am
condition van ok x???sb last year family i dtg sini dpt van yg cikai…TG pun x sporting…masa g sariken tu baru sekali round dh ajak balik..u tau la ompuan ni paling xde pun mesti nk 2 kali round tempat2 cmtu…benci la kita bayar mahal2 tapi service mcm CI***…
Reply
Saya dan kawan saya akan melancong di sekitar Bandar Kuching pada bulan 12 ni…ini first time kami di Kuching..jadi kami tidak mempunyai budget yang banyak untuk menginap hotel yg standard..jika tuan ada suggest hotel budget…untuk kami boleh menginap selama 4 hari…diharap pertolongan tuan dapat memberikan percutian kami lebih menarik…harap dapat hotel budget yang selesa cukup untuk berehat dan ruang tidur yg selesa…di harap dapat memberikan beberapa cadangan hotel tersebut…terima kasih.
Reply
apakah kemestian tempat yg perlu dilawat sekiranya kami berada di Bandar Kucing..sila beri cadangan.
Reply
bertuah dpat jumpe site ni… bagus sebab saye akan ke kuching hujung minggu ni dgn teman2… ernmmm tak sabar nak cube mee kolok… nak beli ikan masin banyak2(org kate ikan masin kat sarawak sedap)
Reply
hi….
this weekend nk g saner dengan kawan2..
excited dah nie… so sekarang tgh view maner2 tempat yang menarik kat kuching…
tp drive sendiri.. agak2 selamat tak nk drive sendiri… sumer nyer gurls…
thanks.
Reply
hai sarah…sorry menyibuk….
just nak bagitau selamat …..
kat kuching xsibuk pun mcm kat tpt membangun lain…
n pasal safety….kat kuching….memang selamat…saya jamin.because i am sarawakian…..
Reply
madi Reply:
April 28th, 2009 at 5:55 am
sarawak best…….klu x cya come la…
Reply
Hi Hanim..
Thanks a lotfor your guaranty… hehehe.
by the way nk tnyer la… betul ker kalau sewa keter kat sana, kiter kne tanggung insurans…
because last week our agency at there call my friend suruh add up another RM120 to cover car insurance..
takut gak kne tipu kan…sbb setahu saya la.. kiter just bayar duit sewa ajer.. tp mana lah th kot2 rules sana lain dari semenanjung…
hope Hanim dapat advice..
Tak sabar dah nk pegi esok ni.. hehehe.thanks..
Reply
spatut nye,tak plu insurans kete tu..carilah tmpt sewa yg btul..k…
Reply
dekat pasar satok tue ada hotel miurah tak??
atau tempat shoping komplex…
panjang umur ujung bln 10 kami nak ke sana pas konvo kat mukah sarawak
Reply
btul laa seronok jmpa website nie…
byk info menarik ttg sarawak…
cuti deepavali ni saya + suami bercadang memilih sarawak sbg destinasi bln madu kami…
kebetulan ada abang kt sana..so rasanya x ada mslh tentang penginapan tu..
cuma saje nk surf tmpt2 menarik di sana…
mane tahu kami yg blh bwk keluarga abg jln2 di sana sbb d’org pun br pindah kt sana lbh kurang 3bln lps…so maybe byk xtahu interesting places kt sane lg kot…mujur jgk dpt byk comment kt sini…sekurang2nya ada gak info utk saya sepanjang berada di sana kelak…
anyway saya hrp percutian kami nnt akan jd sesuatu yg indah utk dikenang…thx to all!!!
Reply
wah..menarik ek swak ni
saya 16 hb 11 akan ke swak utk urusan keje
harga plg murah utk pasu swak ni brape ek?
saya minat sgt ngan pua kumbu ni ti kwn2 ckp mahal sgt…ye ke??
ape lg brg2 perhiasan yg ada kat swak ni?
Reply
pada awal bulan december kami sekeluarga ingin bercuti di sarawak selama seminggu. tolong berikan maklumat tempat menarik untuk di lawat bersama anak, juga tolong berikan maklumat hotel budget terima kasih.
Reply
Nak tanya,rental untuk kereta kat sana dalam berapa ye?? Maklumlah nak survey dulu. Takut kena tipu aje. Kalau kancil aje berapa ek?? tolong bagi phone no. untuk contact car rental kat sana.
Lagi satu, Santubong Resort tu okey ke?? Rasa macam jauh sangat dari town. Tapi ape yang menarik kat area santubong tu???
Thanks.
Reply
bulan april 09 ni cadang nak gi kuching, leh cadangkan baget hotel yg sesuai utk 3 org (suami, saya & anak 14 tahun)
Reply
Nizam Reply:
March 16th, 2009 at 2:26 pm
mungkin leh tgk website ni http://www.360kuching.com
bilik dia ada 1 katil queen + 1 katil single
saya ngan wife pon bercadang nak ke kuching awal bulan 4 nih.
sekarang ni masih duk survey tmpt2 yg leh dilawati sekitar kuching.
Reply
hye..my class bru cadang nk g swak..
ada suggestion x?tmpat2 yg mesti kena lawat kt sana..=)
Reply
pie Reply:
February 14th, 2009 at 3:36 am
hi…kami baru pulang dari bercuti ke kuching pada 6 feb hingga 9 feb. Kami memang berpuas hati sepanjang kami disana. Banyak tempat yang kami lawati seperti pasar serikin, semenggoh orang utan, kampung budaya sarawak, pasar satok, muzium sarawak, kilang kek lapis, kilang pasu sarawak dan banyak lagi…semua tu kami dapat pergi semasa percutian kami disana. Kami menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong. Kami ada 6 org dewasa dan sepanjang percutian, kami hanya dikenakan RM9++ (jumlah keseluruhan bukan seorang) untuk satu van Toyota Hiace.Harga ni termasuk tiket ke Kampung Budaya Sarawak yang berharga RM60 seorang. Memang puas hati. Kalu ingin tahu lebih lanjut, email saya.
Reply
ivy Reply:
May 6th, 2009 at 7:10 am
hi pie,
saya sangat tertarik ngn post awak. bolehkah awak terangkan lebih terperici termasuk penginapan, transportation di sana and tmpt lwtn. untuk pengetahuan awak, saya bercadang membawa keluarga seramai 8 org ke kuching pada awal jan, 2010.
Reply
nurulzakiah bt ibrahim Reply:
May 25th, 2009 at 7:37 am
hai saya juga ingin meminta tolong kepada awak saya ingin mencari penginapan, transport, pemandu pelancong untuk saya ke kuching pada 25-27 Jun, 2009 ini tapi masih mencari kemudahan disana.
saya mengharapkan anda dapat menolong saya….
Reply
mimi Reply:
July 12th, 2009 at 4:08 am
hi pie….
leh criter lebih lanjut tak pasl kos transport n penginapn ke sana….sy cdg nak g sn bln nov ni….hope u bleh tlg….n bleh bg tak no cntk pmandu plancong yg u all ambil tu….
Reply
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
July 21st, 2009 at 7:32 am
Salam, mimi jika perlukan bantuan sebelum dtg Kuching..detail hal pengangkutan, tour, hotel bole la email atau call ye : putri_damai@yahoo.com atau 019-827 4546.
Terima kasih,
Hj Salleh B. Hj Sondong
Damai Indrawasih Transportation
pie Reply:
August 17th, 2009 at 11:47 pm
Hi.
U call this number 019-8460614.En Sharifudin. Perkhidmatan dia bagus.Kami puas hati
azlina Reply:
August 11th, 2009 at 2:41 am
Hi pie…
Kami sekeluarga (5A 2C)bercadang pegi bercuti ke Kuching pada awal tahun 2010. Boleh tolong suggest tourist guide yg U dapat tu idak?
Reply
pie Reply:
August 17th, 2009 at 11:46 pm
Hi.
U call this number 019-8460614.En Sharifudin. Perkhidmatan dia bagus.Kami puas hati.
siti aishah Reply:
April 21st, 2010 at 1:08 pm
salam…saya ,suami dan anak(8 tahun) nak ke kuching pd cuti sklh bln 11 ni.kami kt sana 4hari 3 mlm.ingat nak guna khidmat pemandu pelancung tp budjet tk byk sgt.kami menginap kt grand continental hotel.blh tk sapa2 bg cadangan.
Reply
Saya dan kawan2 yang lain nak ke Kuching pada 19 – 22/2/2009 ni. Ble tak bagi contact no travel agent yang agak tak mahal sangat.Urgent.hOtel and flight dah tempah
Reply
hai, saya dan keluarga akan gi cuti kat Sarawak bulan Okt 2009 ni.Saya tak tahu samada nak duduk kat hotel mana.Saya perlukan hotel yang selesa dan sederhana dan sesuai dengan budget saya serta dekat dengan tempat-tempat pelancongan.Saya juga nak tahu samada saya perlu sewa kereta atau menggunakan khidmat pemandu pelancong apabila berada disana.
Reply
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
July 21st, 2009 at 7:36 am
Salam, Adlina Kalau nak tau lebih detail bole email : putri_damai@yahoo.com atau call : 019-827 4546.
Terima kasih,
Hj Salleh B. Hj Sondong
Damai Indrawasih Transportation
Reply
boleh suggestkan hotel yg agak2 tak mahal sgt di sana tak..saya akan pegi bulan 10 2009 ini..bersama suami dan 2 anak(bwh 4 thn)
Reply
hi,,
ni 1st time tgk blog nih..co tgah surf tmpat2 menarik srwk..thun lepas da gi srwk dah tp xdpt jalan jauh2 sgt..plg jauh pun serikin…coz kejar mase gak..ade kenduri kawin kawan..so thun nih nak pi sane jalan puas2..so kalo ade tmpat2 menarik dan plg pnting contact number tourist/car rental..hehe..
Reply
Kami baru balik dari Kuching cuti sekolah Mac lepas. Seronok. Tinggal kat apatment Somerset.RM290 semalam. Ada 2 bilik. Siap ada mesin basuh, mesin pengering, dapur siap pinggan mangkuk, periuk belanga.Jagi nak masak pun boleh.
Hari tu pergi pasar satok, beli udang besar2 dan bahan2 tomyam masak dan ajak kawan datang makan lagi… tempat yang bagus untuk menginap..2,3 keluarga pun boleh tinggal sekali.
Jalan ke Kampung budaya, RM 60 seorang untuk dewasa, dan RM 30 untuk kanak2, show pukul 11.30 (kalau tak silap) tentukan datang awal ronda2 dulu baru tengok show tu…
Ke tempat orang hutan. Pastikan berada kat situ jam 9-10 pagi. sebab masa tu orang utan dari dalam hutan tebal tu keluar untuk makan. Jadi kita boleh tengok. lepas masa tu, kawasan tu ditutup. kalau ada orang utan yang tersesat( atau terlambat datang…he..he..) boleh la tengok. Kat sini orang puteh aje ramai. Bayaran tak silap RM8.00
Dah tu pergi pulak Taman Buaya.. Jam 11 pagi buaya di beri makan. Saiznya besar2…dan memang banyak.. tempat ni anak2 suka tengok..
Jangan lupa beli kek lapis. Kawan yang bawa kami tu pesan jangan beli kat kaki lima. Kami beli dari rumah terus.. Tapi kalau tak ada kenalan beli juga la.Nanti balik orang serbu ‘apa balik dari kuching’. Cuba kek tembikai, sisik ikan. Itu yang popular..
Kat pasar satok beli ikan masin, ada 5 ekor RM10, ada 3 ekor RM10. Tapi kawan tu kata elok yang besar (3 ekor RM10). Isi lebih tebal… tapi dah balik hampir 2 minggu tak goreng lagi.
Beli la pes kuah laksa sarawak. Tapi tanya macamana nak masak… Laksa kat sana tak sama dengan kita makan laksa sarawak kat KL ni. Sedapppp… jangan tak cuba. Mee kolok (betul ke sebut ni..) biasa aje, sedap lagi mee sup utara.
Indian Street. Jual kain ela. Kami tak lepas beli kain sutera corak serawak..RM60 sepasang ke atas. Okey la buat kenangan. Kain batik pun banyak kat sini.. Jadi kakak2 jangan lupa pergi sini, t-shirt pun lebih murah disini.
Satu je. Kita orang semenanjung berbeza sikit perwatakan ditempat orang. Hati2. Jangan jalan seorang diri. Ada kawan tu, suaminya turun kejap nak beli makanan. Ada orang beri salam dan terus terkena pukau. Habis RM1000.00 dalam poket…
Kesimpulannya, kuching salah satu tempat yang seronok dilawati… Sayang tak pergi kilang pasu. Dan Serikei. Sebab pasar serikei buka sabtu ahad saja. Jadi nak pergi kena rancang betul…
Emak, w/pun dah 60tahun lebih, katanya tak letih. Panjang umur nak pergi lagi.Terima kasih Ain dan suami…
Reply
lynn Reply:
June 26th, 2009 at 4:13 am
seronok baca pengalaman kamu sekeluarga ke Kuching. Kami berempat akan terbang ke kuching pada 11 Julai nati. Ini kali pertama kami akan terbang di bumi kenyalang. Percutian kali ni melibatkan ipar, adik dan seorang kawan. Risau jg sebab tak berapa tau tempat di sana nati.
Apa pun mendengar cerita dan pengalaman kamu ,sy rasa tak sabar nak ke sana. terima kasih atas maklumat yg kamu beri.
Reply
salleh Reply:
July 2nd, 2009 at 1:32 am
SALAM, LYNN..11/07 MASA TU WORLD RAINFOREST MUSIC FESTIVAL JADI AGAKNYA LYNN DAH BOOK HOTEL & TRANSPORT KE. TAKUT NANTI SAMPAI NI TAKDE TPT TINGGAL. KALAU PERLU PERKHIDMATAN KITA BOLE EMEL : putri_damai@yahoo.com ATAU CALL : 019-8274546.
TERIMA KASIH.
HJ SALLEH B.HJ SONDONG
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION
Reply
mazuin Reply:
July 23rd, 2009 at 5:24 am
salam,saya akan ke kuching okt ini selama 3 hari 2 malam. kami 6 orang dewasa, dan ingin mencari transport untuk disewa..boleh nyatakan harga transport untuk kami 6 orang
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
July 21st, 2009 at 7:40 am
Maaf ass..pembetulan pasar Serikin (1jam 15min) bukan Serikei (6jam) dari bandar Kuching.
Reply
Ruz Reply:
December 30th, 2009 at 8:36 am
Somerset tu dekat tak ngan waterfront. Boleh pegi jalan kaki je ke?
Reply
Satu lagi. Elok kita duduk kat hotel sekitar sungai tu. Senang jalan kaki je ke tepi sungai. Hilton contohnya ( jika budget tinggi la), betul2 tepi sungai, seberang jalan dah boleh beli belah. atau somerset ( tempat saya duduk… ok 4 bintang). Damai resort tu,(atau apa2 yang bermula dengan Damai) jauh dari bandar (l kurang 40minit perjalanan dari pusat bandar). Kalau yang suka alam okey la. Tak ada tempat beli barangan.. Kalau saya yang bawa anak2 dan boleh jalan2 malam memang 10x tak pilih tempat ni.. Kalau pengantin baru okey kot.
Kuching ni besar, dari satu tempat ke satu tempat jauh, jadi kena ada jurupandu.. Kalau tak kita keliling sungai aje la. Nak sewa kereta pun tak berbaloi kalau tak tahu jalan…. Baik ambil pakej, mereka dah tahu tempat patut pelancong pergi dan tahu masa-masa yang patut kita ada kat sesuatu tempat tu..
Mulanya sebelum pergi kami nak book hotel sekitar satok. Katanya dekat pasar satok. Nasib baik kawan syor kan hotel lain. Pasar satok hanya pasar aje.Kelilingnya deretan rumah kedai. Memang banyak kedai melayu dan harga lebih murah tapi pemandangan tiada berbeza dari pasar2 kat kl kot, cuma tak la sesibuk sini. Nak ke tepi sungai kena sewa teksi pulak…Memang pilihan kami tepat.. Biar bayar bilik lebih sikit tapi senang nak jimat masa nak ronda…
Reply
linda Reply:
April 29th, 2009 at 3:49 am
ada contact no untuk pemandu pelacong tak
Reply
nurulzakiah bt ibrahim Reply:
May 25th, 2009 at 7:41 am
sayapun nak contact untuk pemandu pelancong sekali dengan penginapan…
boleh takkkkk
Reply
linda Reply:
May 27th, 2009 at 5:28 am
Nurul,
Ni Linda, Kalau nak no tel Linda boleh Bagi.Ni, 012-8821788 -Rizhan.Harganya memang berpatutan sangat.Sebab saya dah buat servey.Cubalah tanya.
Maaf bukan sarekei, tapi Pasar Serikin..
Reply
Hi…
this weekend, my friends & i will visit kuching, sarawak for the first time…!
x sabar sgt nie nk tgu this week but actually sya x tau nk pergi mana & tpt nk stay yg budget.. so harap dapat tolong…
Reply
NAk tanya sikit.Sape2 yan ada contact no. untuk pemandu pelancong gi kuching.Sebab saya nak pergidalam bulan jun ni.2 adult & 2 children.
Reply
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
May 15th, 2009 at 8:47 am
Kalau linda nak saya uruskan lawatan kat kuching sila emel : putri_damai@yahoo.com atau hubungi terus ke 019-8274546 hj salleh Damai Indrawasih Transportation Sdn Bhd
Terima kasih.
Reply
Syokkkkkkkkkkkkkknya kucing…besh tu…rugi tak pergi…
Reply
Servicesoft staff will be there tomorrowwwwww
Reply
Liza, Kak Wani, Kak hasna..
enjoy your trip..
Reply
hi semua,
saya rasa bertuah dapat jumpa website ni.
saya merancg family holiday seramai 8 org dewasa ke kuching jan 2010. yang ada sekarang hanya tiket flight je. hope awak semua boleh bagi suggetsion tuk tmpt tggl, travel guide and transportation. budget saya xbesar, saya dah survey travel agent, semua mahal tuk 8org. kalo boleh nak dapat apartment sbb hotel besanye mahal tuk 8org ni. hope dapat feedback dari semua org ttg planning ni. ni first time saya bw fmly g holiday. nak tgglkan kenangan berharga buat parent.
Reply
boleh bagi nama syarikat yang urus transport di bandar kuching sbb kami nak drive sendiri dan biasa berapa rate sehari bagi kancil
Reply
hj salleh Reply:
May 24th, 2009 at 8:21 am
salam nor..saya dari damai indrawasih jika nak sewa kancil standard rm 100, jika nak kita boleh atur agreement sewa kereta. Bole email atau call ke 019-8274546
Reply
Hi!
Serupa juga saya akan ke Kuching pada 6-9 Jan 2010, 4A, 3C.
Kalau lah ada homestay (for muslim family) dan pakej sekali dengan tourist guide dan transport, sudi2 share dengan saya #0193167606.
Terima kasih pada blog pesonabatik.com dan hope jadi one stop centre for Kuching tour, in future.
Cheers!
Reply
2-6 julai nanti i dan my family seramai 6 orang nak bercuti di kuching.wow!tak sabar rasanya nak pergi.tapi yang menjadi masalah sekarang ialah ini first time we all ke sana.we all tak tahu selok belok tempat di situ.ini termasuk lah pengangkutan,pemandu pelancong juga tempat tinggal.di manakah dan apakah nama hotel or apartment yang lower budget ?tak perlu lah tempat yang grand sebab cuma nak tidur malam aje.satu lagi pengangkutan dan pemandu yang biasa membawa pelancong.tolong le teman teman yang pernah ke sana………………..kalau ada info email la kat address ni.(eizzati_89@yahoo.com)
Reply
Hai !
Pada 28 Nov 2009 ni..saya n family nak melancung ke serawak.tau.. best nye bile dapat info mcm ni..jadi tak risau la kite nanti bile sampai kat sane. tempatnye pun menarik la..lebih-lebih lagi pasal kek serawak…mesti sedap. pasti saya tak lepas peluang untuk melihat sendiri mcm mane cara membuat kek serawak. ikan masin pun sedap jugak tau ! itu pun pada yang suke makan ikan masin..barangan lain pun cantik2 kan..tak sabar rasanye nak gi sane…Insyaallah sekiranye panjang umur n murah rezeki nanti pasti sampai jugak….
Reply
salleh Reply:
July 1st, 2009 at 3:55 am
SALAM, ZULMIE..KALAU BELUM ADA PERANCANG HOTEL DAN PENGANGKUTAN SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA. BOLEH EMEL : putri_damai@yahoo.com ATAU CALL KE : 019-8274546.
TERIMA KASIH
HJ SALLEH B. HJ SONDONG
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION
Reply
saya akan bercuti ke kuching pada 30/6 hingga 2/7/09 boleh advise hotel dan tempat yang menarik utk ke sana dan berapa jauh jarak antara airport dgn jarak hotel yang dicadangkan..tq
Reply
26-28 Feb 2010 saya nak Kuching (4A 1C). Nie kali pertama kitaorg g Kuching. Jadi sesiapa bole advise tak utk saya hotel and pemandu yg biasa kat sana yg bole bawa kitaorg ke tempat-tempat yg menarik dan tempat shopping. Kalo ade hotel atau chalet yg murah ok jugak sbb kitaog nak g jln, tido waktu malam je.hihihhi.
Reply
salleh Reply:
July 1st, 2009 at 3:39 am
SALAM, LINDA KALAU BELUM ADA PERANCANGAN TEMPAT TINGGAL YANG BUDGET DAN PENGANGKUTAN KALAU PERLU BANTUAN SAYA BOLEH EMEL : putri_damai@yahoo.com ATAU CALL : 019-8274546.
TERIMA KASIH.
HJ SALLEH B. HJ SONDONG
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION
Reply
Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman Reply:
July 8th, 2009 at 2:20 am
Salam kawan2,
Kita ada tawarkan perkhidmatab homestay di kuching kalau berminat pergi ke http://www.trinorahomestay.blogspat.com
T.Q
Reply
anna Reply:
July 9th, 2009 at 2:58 am
utk budget hotel raser nye homestay nie ok kot. http://www.singgahsana.com harga nye pun xder la mahal sgt.nak gi water front just seberang jalan jer.muzium cina pun just seberang jln.india street just around the corner.
,
last feb 2009 anna bercuti ke kuching..best giler..this coming oct nak gi lagi ngan kenkawan seramai 12 org.(23/10-25/10) then bulan 12 nak bawak emak laks jenjalan kat kuching.utk semua happy cuti2 msia.
Reply
Saya da email kepada Damai Indrawasih Transportation tetapi tak boleh hantar ,ada tak email lain.Saya guna email putri_damai@yahoo.com
Reply
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
July 14th, 2009 at 3:55 am
Salam, Mohd Rashid bole cuba sallehs67@gmail.com atau adelina74@gmail.com atau call/sms 019-827 4546/016-856 5653 jika ada sebarang pertanyaan.
Terima kasih.
Hj Salleh B. Hj Sondong
Damai Indrawasih Transportation
Reply
memang best sgt pergi bercuti ke sarawak terutama jong`s crocodile…orang semenajung pn ramai disana…sy akan pergi sane lg..
Reply
salam…
best la blog ni…sy pon tgah survey pnginapan skrg ni nk p kuching 28 – 30 januari 2010..sy nk p seramai 17 org,9 laki n 8 pmpuan..klo blh nk p duk apartment je la bwh 250 smlman coz bajet xtinggi sgt pon..trnsport n tiket flight dah book smlm…so skrg tgah survey pnginapan,tmpt2 harus dilawati or tmpt menarik la skali dgn hrga masuk…ni 1st time nk p..klo blh sape2 la yg dh pnah prgi tlong bg cdgn n syorkan utk sy…snarai pnginapan dan tmpat menarik brserta hrganya…
tQ….
Reply
Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman Reply:
November 15th, 2009 at 11:54 am
Salam, boleh cuba Trinora Homestay dgn harga perpatutan hanya RM 280.00 semalam. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur selain ruang tamu dan ruang menonton berasingan yang besar selesa untuk keluarga yang ramai.Jika berminat sila hubungi Nizam, 0138000007.
TQ.
Reply
salam…
saya suka sgt dgn blog ni, TQ for info ttg kuching coz jan 2010 my family akan ke kuching.
saya dah email ke damai inderawasih transportation tp tak ada respons, plz email
saya balik, saya nak info sewa van + driver
my email add :-
nurin.syuhada@yahoo.com
Reply
admin Reply:
December 31st, 2009 at 6:12 am
Terima kasih. Insyaallah kami akan terus berusaha memperbaiki blog ini dari semasa ke semasa.
Reply
saya akan ke kuching pada 26-28hb okt ni. kami akan pergi seramai 14 org termasuk 4 kanak2. transport belum ada. boleh dapatkan kami transport and driver? dan berapa harganya sekali.. harap reply dengan segera…
Reply
Salam kawan2,
Kita ada tawarkan perkhidmatab homestay rumah 2 tingkat RM 280 (utk 15 Pax dgn selesa)& perkhidmatan pengangkutan di kuching.
kalau berminat pergi ke:-
http://www.trinorahomestay.blogspot.com
Atau
Hubungi saya di talian 013-8000007
T.Q
Reply
Salam En Shamsul Nizam Bin Abd Rahman,
Tak de email adress ke. I tak bole g website Enciklah. Kena block kat office I nie. Kalo homestay untuk 6A & 1C.
Reply
Email trinora homstay
s.nizam.007@gmail.com
Reply
saya dah aturkan penginapan utk ke kuching 6jan-9jan 2010. homestay $170 p.nite utk 4A3C. selesai satu masalah.
and now, nak atur tourist guide time nak shopping. kata orang, elok cari orang tempatan. setakat nak merayap dalam kuching for sight seeing, boleh harap kat GPS.
saya nak pelawa, utk kongsi transport. boleh jimat belanja – kalau sudilah. emel azan8791@yahoo.com
Reply
Boleh email saya information berkenaan penginapan, pengangkutan budget ke kuching pada bulan jan 2010?
Reply
Boleh tak nak tau berapa harga standard untuk menyewa KIA Pergio sehari. Saya akan ke Kuching pada 15-18 January 2010. Bercadang nak menyewa untuk pergi ke Pasar Sarekei dan menginap kat Riverside Majestic Hotel.Jumlah yang pergi 11 orang.
Reply
Saya akan bercuti di kuching Feb 2010 seramai 7 org ( 4 dewasa, 3 kanak2 ). Saya ingin dapatkan perkhidmatan pemandu pelancong yg boleh membawa kami melawat tpt2 menarik di kuching. Saya juga ingin tahu apartment yg berdekatan dgn waterfront.Boleh pergi jalan kaki je.
Sekian
Reply
ai,sy nak bercuti pada akhir jan 2010.dah book flight and 360 hotel.better book flight n hotel asing-lagi murah.cuma nk khidmat tourist guide and booking kete jerr…
Reply
saya sedang survey tmpt penginapan d kuching dan kereta sewa…kami akan ke sana 14-16/01/2010..
bajet sikit je sbb kami 9 org smuanye student hehe
so anyone know about it..plzz emel me..
1st time nk p sana..tq to all
Reply
hai..info yang menarik..saya plan nak bercuti ke kuching pada 16/4/2010 ni..just me and my husbnd..boleh tak bg info hotel yang mana ok..taknak yang mahal sangat..dan tempat untuk sewa kereta..plan nak drive sendiri..agak2 ok ker??
Reply
baru pulang dr kuching
very nice place..
sesape nak p sana, sila hubungi en arshad 019-8463815 (pemandu pelancong yang sempoi n simple)
p/s: harga die mmg berbaloi2 hihi
sewa van sekali pemandu lagi senang daripada pandu sendiri…kuching byk jln one way..susah kepada sesiapa yang 1st time..
nak hotel bajet pun bole roger die..hotel bajet sure leh dpt bawah rm100..
Reply
lin Reply:
January 23rd, 2010 at 7:11 am
askum,saya nak pi kuching next week..harga yg berbaloi u kata nie murah ker…mcmana perkhidmatannya..boleh tolak ansur tak?
Reply
hi hafiz…klu kita nak sewa van sekali pemandu brp ya ?
Reply
hafiz Reply:
January 28th, 2010 at 2:16 pm
kereta skali pemandu 200 je..
van tu boleh muat 10 org..
saya dah servey gak yang lain..
kbykan nye harga 250 untuk sehari..
hotel pun ok..
haritu saya p, 2 katil besar untuk 4 org br rm85..
p/s: sory lmbt reply…internet agak teruk 2-3 minggu ni
Reply
dNa Reply:
February 19th, 2010 at 8:42 am
hi hafiz..
kalau sewa keta rm200 tu untuk sehari or berapa hari??yg hotel rm85 tu kat area mana??
tgh survey ni for accomdation and transport kat kuching sebb plan nak pegi april ni..just 2 org
Reply
rahaza Reply:
April 29th, 2010 at 2:20 am
hafiz, hotel apa yang RM85 sehari , hotel tu berdekatan dgn waterfront kiranya malam2 leh jalan2 tak….Van jenis apa tu…
Dah plan nak gi bercuti ke Kuching 29/1-31/1/2010..boleh dapat info untuk pemandu pelancong + kenderaan untuk 2A 4C..boleh email brapa bajetnya ??
Reply
salam…last minute survey untuk dapat info bajet transport + tourist guide melawat bandar kuching (2A 4C). Kalau ade sesape yg baru balik kuching leh tolong bagi info melalui email : dullahw@yahoo.com.my
Reply
TQ pada yg membangunkan laman web ni…byk info yg diperolehi sbb sy akan ke kuching pd 31.1.10 -2.2.10…
Reply
salam perkenalan….saya ke kuching pada 19 Feb 2010 (minggu depan) atas urusan kerja…..ingat nak curi masa gi jalan2….berapa jarak antara bandar kuching seperti taman negara, ladang buaya, dan zoo orang utan..?? dalam sehari cukup tak masa nak pegi tempat2 tu at least 1 tempat pon jadi la…dan kos setiap satu…plz respond….
Reply
best la web ni..saye akan p sarawak bln 3 ni…
misi utama nak cari pasu sarawak yg bleh buat tempat isi air..yg ade paip tu..bleh tak bg info kat mane i bleh dpt pasu tu…
Reply
klu nk pg kg budaya sarawak tu …jauh x?sy first time nk pegi 24/2-26/2 ni…
Reply
sy akn hadiri seminar pd april nanti jadi sy perlukan pengankutan dr habour view hotel ke four point by sheraton , berapa harga teksi ke sana dan ada tak yang boleh bg bajet harga pengankutan ke sana??plz bantu sy…..
Reply
nak ke kuching pd 26-28hb march 2010.seramai 12org.flight tiket & hotel da booking.tp blum dpt tour guide/kenderaan utk mengiringi kami jalan-jalan ketika di sarawak nnti.
ada sesapa yg bule bantu kami.
terima kasih.
Reply
zira Reply:
March 22nd, 2010 at 3:19 pm
sy knl sorg pmandu plncg yg best kat kuching…nama dia Jumat. dia pnya service tu syok ahh…berpegalaman juga.sy dpt tau dia pun dri kakitangan Sarawak Tourism Board.nie no dia 0168565274. org melayu juga. dia bwak mat2 salleh juga..memang ykin laa guna dia
Reply
cuaca di kuching pd bulan januari macamana??ok ker?
Reply
khairoljambli Reply:
October 4th, 2010 at 12:02 am
agak berhujan juga….he!!
Reply
Salam. Boleh dapatkan info 4H3M ke kucing dengan pemandu pelancong sekali. Berapa budgetnya. dengan hotel sekali ( 4A 1C )
Reply
Jumat bin Nen Reply:
March 22nd, 2010 at 3:11 pm
saya pemandu pelancong berlesen di Sarawak dan juga pemandu Taman Negara berlesen. saya menawarkan harga yang murah untuk Malaysian. saya caj harga per van. untuk maklumat boleh hubungi saya : 016 8565274
Reply
salam. lupa pulak nak bgitau lawatan pada 12-15 Jun 2010 nie. boleh bgitau juga tmpat-tmpat lawatan yang menarik.
Reply
salam..saya dh pegi kuching pd 4-6/3 lepas…tido kat harbour view utk first night RM 160 klu goment rate.and 2nd dy di John palace sblh harbour view..budget hotel RM 85 tp ok…tmpat2 menarik…sekitar bndar kuching, kg budaya (1 jam) , pasar satok. utk pengetahuan ms sy pg hari tu…di Sarawak musim buah..so org utan x akan keluar..so better x pyah pegi…Pasal pasar serikin tu..bg saya x de ape yg menarik pn..sm la mcm Wang kelian…x byk brng kraf dr sarawak..kebanyakan brng dr Indonesia…better bl kat bazaar b’hadapan ngan sg. sarawak tp harga tu mgkn mahal skit…klu kek lapis sy rekemen Mira cake lapis..kek dia mmg sedap..dkt seberang sg..naik bot 50sen jln2 kat kg. BGS tu n then nmpak kedai dia…
Reply
Faridah Reply:
September 21st, 2010 at 3:49 am
Sy tlah bbrapa kali ke Kuching dan akan pergi melancong lg pada 2/10/10 bersama family. Sy stuju azian, Mira kek lapis memang sedap. Pelbagai pilihan dan keknya tidak terlalu kering.
Reply
sy nk hliday kat kching on 1-5 april 2010..,5org..flight n htel dh ok cma tour je.trget nk sewa van+driver.sape2 yg nk join same van bg pnuhh.plz reply..ammiey@yahoo.com.my or sms 012-5168690
Reply
salam…sy pn bru je g kuching end of JAN aritu…rase cm xpuas jln lg…p dlm 3h2m..4org je..sy sewa kancil rm70/day..myk baru rm50 utk 3ari..tu pn ade byk lg mase pulangkn kereta…so sape2 yg nk sewa kete leh contact En. Mohmad Agus 019-8480313..kete anta+ambil kt airport…sy jln2 kt sane byk gune map…jgn lupe beli kupon parking…xmahal pn…1jam cuma 40sen…1st day smpai cr kdai mkn…mkn d restoran Bawang Merah..pelayannya sgt ramah..sudi melayan kami yg byk brtnye…then check in hotel…Tune hotel…2 bilik utk 2mlm if book awal dpt rm240…tp xde tv..plus kene byr lg if nk aircond…tp xkesahla..sbb mmg nk tdo je…kipas pn da sejuk da…beside mmg dkat ngan waterfront…jln kaki je…memula melwt muzium timber…then jln kt india street..pusing waterfront…naik sampan cross sungai g kg.boyan..nk g beli kek lapis Dayang Salhah..mlm..jln2 kt mall sbb tu yg bkak pn..parkson pn dkt je dgn hotel..then g mkn kt waterfront…price standard…2nd day jln2 g bandar kuching..tghari sket g santubong…Kg. Budaya…mmg puas ati masuk dlm tu…cm amazing race pn ade…sbb mase kt entrance dorg akan bg pasport…so cop mase lwt rumah2 tradisi…sbg bukti konon was there…hehe…then tgk persembahan tarian dr mereka..sgt best..balim dari santubong..ingt nk g muzium kucing…tp xsmpt..sbb da tutup..so jln2 area petra jaya…g astana…dll..last day kwn bawak g pasar sarikin…sbb nk cari tikar sarawak…kat situ murah sikit..balik dari pasar sarikin g pasar satok pulak…nk bli ikan terubok masin..sblm balik…smpat lg lepak d waterfront…mmg sgt best..rase cm nk p lagi..;)
Reply
insyaa allah esok akan ke kuching….. dijangka menginap di habour view dan member dr kb yang dah bermastautin di kuching akan jadi pemandu pelncong. apa-apa komen nanti balik pada 19 mac nanti, insyaallah percutian ni best.
Reply
alhamdulillah, sememangnya menarik di kuching,sarawak. bandaraya kuching cukup menarik dan bersih.tahniah warga kuching. saya round sampai lundu,bau dan sematan, naik kereta dan berferi untuk menyeberang sungai. onak dan denai dilalaui. tk cikgu othman pegawai jpn swak yang bawa round. mee kolok,teh c special, nasi ayam penyek,laksa sarawak di kg boyan memenag best. naik sampan menyeronokkan. mlm tu,di ada bunga api di tokong sebelah harbourview,dari dlm bilik nanpak bunga api tu…… percutian keluarga yang mnyeronokkan. rugi tak gi sarawak.
Reply
saya & family plan nak ke Sarawak 1 May nie…ada kawan offer tinggal kat rumah sewa dia dan dia sanggup jadi pemandu pelancong…tapi tu lah..dia tak letak harga…nie yang susah ..agak2..berapa nak bayar dia …penginapan + transport …sapa2 boleh kasi idea
Reply
Jumat b nen Reply:
April 7th, 2010 at 12:33 pm
Nak ke kuching berapa ramai?kalau 10 org elok tinggal kat homestay saya 3 bilik rm 180 semalam,masak sendiri dan sewa van bersama pemandu pelancong rm 260 sehari.
Reply
hai..6,7,8,9 mei saya skluarga akan ke kuching…kmungkinan kami akan mginap d harbour view hotel..prtama kali saya n family k sana…saya tringin sgt pegi rumah panjang Sarawak…bgaimana cara saya boleh pegi rumah panjang sarawak?
Reply
Azierah Jumat Reply:
May 2nd, 2010 at 3:42 pm
askom…..nk g rumah pnjg ada 3 option.
1 ) KPG BUDAYA SWAK- byr RM 60 sorg tp berbaloi xnyesal punye. must visit place in kuching. kira lwt swak dlm 1 hari.
2) ANNAH RAIS BIDAYUH LONGHOUSE- nir rmh pnjg suku kaum Bidayuh. Dalam 2jam pjlanan. originally longhouse.
3) Rumah panjang iban ada tp jauh sangat2 ahh…kena mkn msa yang pnjg.
apa2 bleh contact JUMAT BIN NEN 016-8565274
Reply
Nak Cari Van Dan Homestay dengan harga yang murah sila hubungi saya Nizam Di No: 0138000007. TQ
Reply
saya akan ke Kuching 17/05/10 -21/05/10 nanti. kami akan pegi 10 orang. so saya dah dapat HOMESTAY + VAN kat area PETRAJAYA.xcited nak pegi sbb bawak kawan2 n dah lama taka pegi kuching..
last ke kuching tahun 2001…itu pun tak ke mana sbb kursus kat SANTUBONG RESORT seminggu. Cuma sekarang saya tengah mencari tempat2 yg menarik agar 5 hari tu penuh xtvt.nak gi kilang kek lapis sbb sarawak memang terkenal ngan kek lapis..saper ada cadangan..kalo boleh yg harganya reasonable..selain tu nak gi umah panjang iban dan bidayuh?
selain dari kg budaya, mana yer umah panjang yg cantik dan menarik utk dilawati yg mana akan meninggalkan kesan di hati…tolong saya kepada sesiapa yg tahu…ato ada lain2 cadangan kepada yg pernah melawat kuching ker…
Reply
Azierah Jumat Reply:
May 2nd, 2010 at 3:51 pm
ada bnyk tmpat. antaranya : Bako National Park, Orang Utan Semenggoh RC,Serikin, Gua Angin, Gua Kapur, Jong Crocodile Park, dll.
Reply
Nak Cari Van Dan Homestay dengan harga yang murah dan berpatutan sila hubungi saya Nizam Di No: 0138000007. TQ
Reply
Ainn Awiss Reply:
June 9th, 2010 at 10:47 pm
saya Nak Cari pemandu pelancong, Van Dan Homestay dengan harga yang murah di kuching sarawak. saya bersama suami dan 3 org anak (20 thn, 16 thn dan 10 thn) akan ke kuching pd 14 – 19 jun 2010. boleh tak tlg emailkan maklumat2 bayaran yang tuan tawarkan. terima kasih
Reply
salam….sy sekeluarga (6A) plan nak ke kuching
16-19 july nie…flight dah ok…hotel dah book kat 360xpress…tp kalu ble nak cari yg murah lg n selesa…ada ape2 cadangan?…baca byk2 cite org yg g kuching kata teksi kat kuching mahal eh…ble sesape inform kat mana leh cari kete sewa n kalu dapat pemandu skali bagus gak…please sesape tlg…
Reply
aku seronok bile jumpe site nie. ia dapat membantu aku tok bejalan di sini. so aku xder la jd budak bengong. traveling aku mjadi lancar bile aku bace imformation kt sini..huhu tq pemberi maklumat.. salam astu malaysia.
Reply
saya akan ke kuching bulan disember ni..memang tak sangka akan dapat informasi yang sebegini..saya akan menginap di merdeka palace hotel n suite. jauh ke dari waterfront tu?
Reply
omar Reply:
September 21st, 2010 at 3:42 am
jauh gak la kalu jalan kaki….
sebab merdeka palace tu dkt ngan padang merdeka..
tp kalu kat situ ada tmpat makan sdap, nasi kerabu kak pah n nasi ayam penyet…..
Reply
khairoljambli Reply:
October 4th, 2010 at 12:09 am
boleh je jalan kaki….boleh check info lain dari anak tempatan di http://www.cutidikuching.com…selamat bercuti
Reply
saya dan keluarga seramai 7 orang nak pi kuching pada 14/7-17/7/10. mengejut aje nak pi sana, isteri saya yg nak sgt ke sana.Nak minta tolong carikan hotel yang murah dan sewa kereta atau van dengan pemandu pelancong sekali. kalau ada info bg tahu le..
Reply
kalau guesthouse ada…single storey airconditioned. 20min ke town. rm150/day. public transport (bas) senang…dpn je. 1min walk. stop d satok. the dari satok dah leh merayap sampai ke waterfront. tu kalau nak bajet….hujung minggu dpt trip ke serikin.
Reply
Salam,
Saya nak tanya,
Adakah apartment utk sewa harian berdekatan dengan waterfront, means by walking distance sahaja. saya maybe pegi dalam 10 orang ke kuching. Kalu ada mohon bg saya rate sewanya. tidak lupa juga ingin menyewa van utk bawa kami berjalan hingga ke kampung budaya …Terima kasih
Reply
khairoljambli Reply:
October 4th, 2010 at 12:08 am
Boleh tengok http://www.cutidikuching.com…ada sewa van dan kemudahan homestay
Reply
7-9 October 2010 percutian saya dan suami ke Kuching. melalui pakej air asia hotel + flight semua dalam RM836. Hotel Grand Continental (4*). Kalau bercuti berdua mana lebih baik sama ada sewa kereta atau pakai tourist guide? mana kos yg lebih jimat dan murah?
Senang dapat tour guide tak dkt airport mcm dkt langkawi? RM180 utk 3 hari 2 mlm boleh dpt sewa waja.
Reply
khairoljambli Reply:
October 4th, 2010 at 12:07 am
masa nie konvo UNIMAS, banyak tpt dah di booking dan kenderaan di booking awal…harap dah booking awal ….
Reply
kalau apartment kat waterfront tu susah nak cari…ada pun hotel je…homestay kat seberang waterfront tu ada byk….naik perahu tambang…
Reply
best nyer bace komen2 dalam ni..actually sy nak pergi kuching gak tp 3 bln lg la..sbb book airasia…murah total utk 2 org rm232 je utk pergi & blik..dri pembacaan blog2 ni..sy mcm prefer utk swa kete je..stuju x?..sy akan pergi ngn 2 family..so total 5 org termasuk anak memb…ingat nak swa kancil je jimat skit…nak book tune hotel je..save…agak2 korang ok x drive kt sarawak ni…
Reply
khairoljambli Reply:
October 18th, 2010 at 6:46 am
setakat pengalaman customer, ok je nak drive…tak sesatpun
Reply
Kalau ada sesiapa yg nak ke kuching, BUDGET DAN SELESA boleh contact saya khairol 0138186053 – boleh juga check web http://www.cutidikuching.com…ada banyak tips dan info jika nak ke kuching dari anak tempatan. ….seronok bantu org bercuti kat bandaraya saya.
Reply
Nak Cari Van Dan Homestay dengan harga yang murah sila hubungi saya Nizam Di No: 0138000007. TQ.
Reply