Tanda tanda anda dah benci dengan kerja sekarang

1. Anda bencikan bos anda.
2. Anda rasa bos anda bencikan anda. Bukan itu saja, anda juga dapat rasakan dunia ini dah seluruh isinya membenci anda.
3. Sewaktu sedang duduk di meja kerja, anda rindukan suasana di dalam kereta di atas jalan yang penuh dengan traffic jam.
4. Pelanggan anda menghubungi anda dan meminta anda berbuat sesuatu. Anda jawab, “Tak ada masalah encik, boleh. Biar saya tengah catit permintaan encik sekarang dalam buku nota saya.” Bila habis bercakap, baru anda sedar, anda menulis, “Pegi mampus lah kau! Anak haram jadah… xrwqrsfdsfsfsd…. ” bersama beberapa karikatur yang hodoh disebelah tulisan tersebut.
5. Anda menjadikan beberapa kejadian kecil, seperti tertumpah kopi atau terperangkap dalam lif sebagai petanda anda perlu menulis surat meletak jawatan cepat cepat.
6. Ketika syarikat anda diumumkan dalam senarai anugerah “Best Employer”, anda menulis emel layang menjelaskan sebab musabab kenapa orang lain harus mengelakkan daripada berkerja dengan syarikat anda.
7. Pada setiap pagi Isnin, degupan jantung anda bergerak lebih pantas daripada apabila anda buat aktiviti bungee jumping.
8. Anda meyakinkan seorang sahabat bahawa seorang pakar Feng Shui menyatakan bahawa anda akan terbunuh jika anda terus menerus berkerja di situ.
9. Sewaktu anda diserang sakit perut, anda berdoa semoga anda diserang masalah apendik yang memerlukan pembedahan.
10. Anda memasukkan laman web Jobstreet, JobsDB, JenJobs dan sebagainya dalam senarai Bookmark/Add to Favourite.
11. Anda mengeluh “Kalaulah aku mengandung sekarang” sedangkan anda seorang jantan.
12. Apabila syarikat anda mengumumkan VSS, anda melompat setinggi langit. Anda memastikan anda orang pertama dalam barisan untuk mengisi borang.
13. Anda menelefon pejabat KWSP menanyakan adakah anda layak untuk mula mengeluarkan simpanan KWSP.
14. Anda berkira kira francais mana yang anda akan beli dalam masa terdekat ini.
15. Anda melayari laman web yang tiada kaitan dengan kerja dan tugas anda, seperti laman web ini.
16. Anda membaca artikel ini sehingga habis.
Comments
Leave a Reply



