Siri I penjagaan batik sutera

Kain batik sutera adalah sangat lembut dan ‘delicate’ dan penjagaan yang dilakukan secara kurang teliti bakal mengakibatkan kerosakan pada kain sebelum tiba masanya.

Membasuh batik sutera

Kerana sifatnya yang sensitif, adalah tidak digalakkan untuk membasuh kain sutera menerusi mesin basuh. Cara yang terbaik adalah dengan menghantar baju ke ‘dry cleaning’. Walau bagaimanapun ia bukan satu penyelesaian yang terbaik kepada semua orang kerana faktor kos dan harga.

Memandangkan pemakaian sutera tidak melibatkan aktiviti aktiviti lasak dan agresif yang mengeluarkan peluh seperti bungee jumping atau melakukan aksi lipat gunting di gelanggang sepaktakraw jadi membasuhnya juga secara relatifnya lebih mudah. Memadai jika baju tersebut direndam dan dibilas dan digosok jangan terlalu kuat.

Adalah digalakkan juga jika pakaian sutera direndam menggunakan shower gel atau shampu berbanding serbuk pencuci pakaian kerana darjah ‘kedetergenan’ yang lebih rendah dan memberikan risiko yang lebih rendah untuk pakaian menjadi luntur dengan cepat.

Selain itu, ada petua orang orang tua (yang setakat ini kami masih belum cuba) untuk mengekalkan warna kain batik. Caranya ialah:

1. Rendam kain batik ke dalam bancuhan teh selama 20 minit.

2. Bilas tanpa menggunakan sabun.

3. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendam kain batik itu dalam air tersebut selama semalaman.

Berani cuba?

Cukup setakat ini dulu, nanti mengantuk pula. Bertemu di lain kali.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
  2. 4 Tip Rekaan Dapur
  3. Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
  4. 5 Tip Kuruskan Badan

Comments

Leave a Reply