Sharifah Amani dah botak!

Sharifah Amani telah membotakkan kepalanya dalam persediaan berlakon dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Muallaf. Muallaf akan menjadi filem ke-4 yang menggandingkan pengarah kontroversi Yasmin dan pelakon Sharifah Amani selepas Sepet, Gubra dan Mukhsin.
Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Filem ini akan mengambil lokasi di dalam sebuah banglo di Ipoh.
Dalam satu kenyataan, Sharifah Amani berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan untuk membotakkan kepalanya dan tindakannya nekad kerana yakin dengan kebolehan Yasmin sebagai pengarah walaupun babaknya botak dalam filem Muallaf hanya berlangsung selama 2 minit. Sebelum ini tercetus kontroversi bahawa Amani menerima hampir RM40,000 sebagai syarat untuk mencukur kepalanya sehingga botak. Dia menafikan gosip tersebut.
Dalam filem Muallaf, Rohani (Amani) dibotakkan kepalanya atas arahan bapanya (lakonan Rahim Razali) yang tidak tahan dengan sikapnya yang asyik keluar rumah.
Gambar Sharifah Amani (botak) ehsan Berita Harian.
Comments
14 Responses to “Sharifah Amani dah botak!”
Leave a Reply




hu hu… canggih.. ada macam demi moore masa botak dalam cite GI Jane dulu
Reply
dia ni buang tebiat ke
Reply
satu tindakan berani oleh pelakon yang baru setahun jagung di dunia perfileman
Reply
memang berani giler….tapi takpe,sekarangkan menimbun rambut palsu…pilih ajelah pasni mana yang berkenan…
Reply
Mufti kata haram dan berdosa.
Reply
yasmin punya pasal boleh buat ape saje. kalau yasmin suruh makan taik, makan taik lah kot
Reply
Hello sharifah amani how do you do ?
Ha…….Ha Botak BoTak
Saya minat sangat nak jumpa amani di times square….
Boleh Tak……………………………….
Saya tahu amani lawa….
cutting badan boleh tahan….
Boleh saya berkenalan dengan awak……..
Reply
ikut britney spears la ni?
kalo aku bunuh diri lagi bagus..
drpd botak..tapi oklah mcm orang thailand,lgpn berbaloi dpt duit…kalu saya rm 10 ribu pun mau,inikan rm 40 ribu..
amazing!kalu ada pelakon tambahan mau botak lagi saya mau aaaa….
Reply
ustaz kat masjid cakap haram..
Reply
Dlm banyak2 perkara adalah hati………tapi…klu ikut hati mati………..so u lah yang memilihnyer………..
Good luck babeh………….
Reply
u look so kuit.. i lurve it..
Reply
very2 lurve it girl
Reply
wow..cntek rmbut..hehehe
Reply
dh sah2 haram kalau pmpuan botak,yg kau g batak apasal????
dh tebiat agaknya bdk ni..
Reply