Serunding Babi di Pasaran

Pengunjung muslim yang berhasrat untuk mengunjungi negara Indonesia dinasihatkan berhati hati berikutan penemuan beberapa jenis ‘abon’ atau serunding yang mengandungi babi. Penemuan tersebut sendiri telah disahkan oleh pihak pihak berwajib di Indonesia.

Lebih mengejutkan, kesemua jenama serunding tersebut menampal logo halal yang direka secara palsu dan digunakan tanpa pengesahan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Kepastian terhadap kewujudan perisa babi tersebut telah dilakukan menerusi ujian DNA, yang benar benar mengesahkan kebenaran dakwaan tersebut. Selain daripada itu, peralatan canggih, termasuk polikamera berangkai, turut digunakan untuk mengkaji struktur serunding tersebut.

Sementara itu, Halal Industry Corporation (HDC) Corporation Sdn Bhd memberi jaminan bahawa serunding yang berada di pasaran Malaysia tidak mengandungi babi dan adalah halal, manakala serunding yang diimport dari Indonesia melalui kawalan ketat untuk mengelakkan sebarang penipuan dan aktiviti aktiviti yang meragukan. Selepas pemeriksaan menyeluruh, HDC akan memperakukan dengan memberi logo halal.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 5 Tip Kuruskan Badan
  2. Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
  3. 4 Tip Rekaan Dapur
  4. Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?

Comments

6 Responses to “Serunding Babi di Pasaran”

  1. en_me on June 19th, 2009 6:29 am

    salamm n thanx for d info..

    Reply

  2. fatimah on August 25th, 2009 1:26 am

    Zaman dah berubah orang Islam sekarang ini menghadapi cabaran yang sangat getir. Orang Islam hendaklah diberi pengajaran yang lebih mendalam Ilmu Ugama untuk menghadapi dugaan dan menjadi lebih peka terhadap sesuatu dan menganila diantara yang haram dan halal agar terselamat dari api neraka.

    Reply

  3. zahidah on August 25th, 2009 1:47 pm

    pelik…mule2 selseme babi…ni sekarang serunding babi…x geli ke nak potong bende tu…yekkk…jijik gile

    Reply

  4. diana on November 19th, 2009 12:39 pm

    Ish..mcam2la..skunk nak makan pe2 kat lur pun da rase takut dah..

    Reply

  5. shahrul on November 23rd, 2009 1:44 am

    Indon ni pelik lah. Kadang2 Islam kuat, tapi isu halal haram x peduli. Cth mcm pelacuran. Time ramadhan, pndi pulak henti pelacuran coz nk hormati bulan tu. Apsal x henti je terus.

    Reply

  6. Doktor on February 5th, 2010 6:30 am

    Berazam nak masak setiap hari.. InsyaAllah..

    Reply

Leave a Reply