Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428H/2007
Bulan Ramadhan untuk tahun 1428 Hijrah bakal menjelma kurang dari seminggu lagi. 1 Ramadhan dijangka jatuh pada hari Khamis, 13 September 2007 dan seluruh umat Islam di dunia akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada pertenghanan bulan Oktober 2007. Untuk jadual berbuka puasa 2007, boleh rujuk laman SKOR Career atau eKerjaya untuk muat turun waktu solat, imsak, sahur dan sebagainya. Multimedia University (MMU) juga megeluarkan waktu berbuka puasa untuk kawasan MMU dan juga kawasan di sekitarnya, anda boleh rujuk jadual tersebut menerusi laman web MMU.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan keberkatan di mana syaitan akan dirantai untuk membolehkan umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah puasa dan juga ibadah ibadah yang lain. Bulan ramadhan juga adalah bulan yang penuh dengan keampunan. Sewaktu khutbah Hari Jumaat di masjid sebentar tadi, khatib memberitahu bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita menilai kembali (refleksi) usaha ibadah serta dosa dosa yang kita lakukan. Tambahnya lagi, kita lebih rela menangis apabila artis pilihan kita tersingkir dari rancangan realiti tetapi pernahkan kita menangis mengenangkan dosa yang kita lakukan pada masa lepas.
Sedikit tip untuk bulan puasa:
- Berbuka dengan membaca doa.
- Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
- Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
- Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
- Berhenti makan sebelum kenyang.
- Lebihkan minum air.
- Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
- Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan berbanding tahun tahun yang sebelumnya.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
3 Responses to “Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428H/2007”
Leave a Reply




salam ramadhan…
Reply
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak
selamat berpuasa, maaf zahir & batin.
Reply
slmat berpuasa, slmat mgumpul pahala…=)
Reply