Sapi, Mamutik dan Manukan

Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan utama di sekitarnya iaitu Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan. Ketiga tiga pulau ini tidak jauh dengan jeti Jesselton Point dan juga hanya memakan masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain.

Jesselton Point

Anda boleh mendapatkan pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan (RM30-RM50 seorang) untuk ke tiga tiga pulau tersebut dalam masa sehari.

Satu lagi pulau yang boleh anda lawati ialah Pulau Gaya yang boleh dilihat apabila anda menyusuri jalan utama di KK bersebelahan dengan pantai. Namun Pulau Gaya adalah pulau penempatan rakyat filipina; anda masih boleh melakukan aktiviti snorkeling tetapi tiada kawasan utama yang dijadikan resort.

Jika anda bercadang untuk menginap, Pulau Manukan yang merupakan pulau terbesar di antara ketiga tiganya adalah tempat yang paling sesuai berdasarkan fasiliti yang baik serta dilengkapi dengan chalet dan restoren.

Pulau Manukan

Tetapi ada baik jika anda membawa sedikit bekalan makanan, kerana harga set nasi ayam lengkap di bawah ini sudah menjangkau RM12.90. Maklumlah apabila sibuk bergiat dengan aktiviti berenang, snorkeling, naik belon udara ataupun berkayak perut cepat benar terasa lapar.

nasi ayam pulau manukan

Pulau Manukan juga digemari setelah ia terkenal apabila muncul sebagai lokasi rancangan hit The Survivor.

Aktiviti yang paling popular dilakukan di Pulau Sapi, Mamutik dan Manukan ialah tidak lain & tidak bukan iaitu berenang dan snorkeling. Bagi mereka yang sudah biasa, snorkeling adalah aktiviti yang menyeronokkan tapi yang masih baru akan terkial kial mendapat rentak dan selalunya masa dihabiskan dengan menelan air laut melalui mulut dan hidung. Untuk membiasakan diri dengan snorkeling, anda mungkin menghabiskan 10-20 minit dengan termanggu manggu seperti begini:

snorkel

sebelum boleh tersenyum begini:

snorkeling in manukan

Airnya yang jernih membolehkan anda melihat ikan ikan berkeliaran riang di dalam laut, satu pemandangan yang mempesonakan.

Manukan

Good bye pulau2. We really had a great time there!

Read our next Sabah trip.

Comments

4 Responses to “Sapi, Mamutik dan Manukan”

  1. Cabutan Bertuah Pembeli Julai 2007 ¦ Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on August 10th, 2007 7:12 am

    [...] jika anda berkunjung ke sini. Selain daripada pulau pulau di Tunku Abdul Rahman National Park (Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik), Pasar Kraftangan juga menjadi kemestian jika anda melancong ke Sabah, terutamanya Kota [...]

  2. Kapt Malek on May 17th, 2009 1:07 am

    Nak tanya lebih lanjut tentang perbelanjaan yang diperlukan untuk:

    1. sewa bot.
    2. Snorkeling.

    - Pulau gaya ok tak kalau nak snorkeling?

    Reply

    Skinner Sind Reply:

    tanya sewa
    1) bot
    2) snokerling
    3) belon udara
    4) penginapan?

    Reply

    ena Reply:

    berapa tambang feri dai jeti ke pulau?
    berapa kos snorkeling?
    tQ

    Reply

Leave a Reply