Sajak sempena Hari Guru

Sempena Hari Guru baru baru ini saya dan beberapa orang kawan telah bersama sama mereka sebuah sajak khas untuk para guru yang bakal meraikan Hari Guru pada 16 Mei 2007 menerusi yahoogroup. Caranya: orang pertama memulakan beberapa rangkap pertama dan akan disambung oleh sesiapa sahaja dengan membalas emel tersebut. Setelah suntingan terakhir, beginilah bunyi dan rupa bentuk sajak yang tak seberapa tersebut.

Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya

Sekarang…
sajak sajak tradisional
tidak boleh lagi
menggambarkan profesion perguruan
maksudku
dulu memang lilin
tapi sekarang blm tentu
Kata orang
tak boleh nak judge
satu dua guru syaitan punya kerja (baca dengan nada terkejut)
lalu seluruhnya terpalit dosanya (nada sedih)
cuma wajarlah
difikir2kan kembali.
Ada yg boleh dihargai
ada pula yg elok dikeji dan dijauhi

Selamat Hari Guru.

Pensumbang utama sajak: zul, bajang, nazir, wan syamsul & noorhidayat.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Jadual Waktu Solat
  2. Bill Gates Paling Kaya di Dunia
  3. Kelantan Cuti Esok
  4. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

One Response to “Sajak sempena Hari Guru”

  1. yaya on November 16th, 2009 11:13 am

    x bes langsung sajak nih

    Reply

Leave a Reply