Sabah tale II: the beginning

Bahagian 1.

Permulaan journey ke Sabah bermula agak kelam kelabut sedikit. Mula2 masa bertolak ke airport tu pun dah agak lambat. Pastu masa dah keluar dari rumah tiba2 perasan tertinggal handphone dan terpaksa berpatah balik. Bila dah sampai airport terus ke check-in counter. Nasib baik kaunter untuk flight ke KK pukul 9pm belum tutup lagi.

And since the last meal yang kitorang ambil adalah pada pukul 12 tengah hari, lepas check in tu terus kitorang cari tempat untuk mengketedarah kerana perut sudah berbunyi dan tersangatlah lapar. So destinasi yang paling ideal ialah KFC.

Kami order snack plate dan kongsi dua orang. Sekejap je habis licin.

Kebetulan time kitorang abih makan tu ada last call utk our flight, terpaksa berkejar ke boarding gate plak. Literally we became the last 2 persons to board the plane. Bila kitorang masuk je, pintu kapal terbang terus tutup. Passenger lain pun dah steady duduk, tapi kitorang buat selamba je jalan ke tempat duduk.

Flight ke KK makan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Sampai je di Terminal 2 (yg baru dirasmi oleh Pak Lah 2 bulan lepas) tengok orang pun dah tak ramai. Airport dah mula nak lengang. Yang tinggal 2, 3 kerat sahaja. Maybe flight kitorang antara flight yang last ke airport tersebut.

Walaupun jarak antara Terminal 2 dengan town KK hanya 10-15 minit drive, kos teksi berkupon memang pada harga yang premium iaitu RM20. Tapi since transportation yang kitorang initially arrange utk dtg pick up terpaksa cancel, so memang tak ada choice. Lagipun malam dah larut dan badan pun dah letih so terus ambil kupon and jalan terus ke Hyatt Regency.

Dahla keletihan, waktu sampai ke kaunter check in, dapat berita buruk yang bilik yang kitorang book dah tak available sebab kitorang sampai dah lewat. Memang tension. Tapi mungkin sebab receptionist tu kesian kat kitorang pasal mata dah jadik hijau so diorang bagi alternatif lain, iaitu upgrade our booking ke junior suite tanpa bayaran tambahan. Hmm… bunyik macam ok jek tu… takpe lah… walaupun suite yang ni mengadap town dan bukannya ocean yang awalnya kitorang book. Kita tengok dulu. Sementara nak masuk bilik tu sempat snap few shots kat dalam hotel tu.

Main lobby:

Reception area:

Meeting area:

Hallway:

Lifts area (ting 14):

Ni bilik kitorang, suite 1418:

Bila dah masuk tu dalam tu, memang tergamam jugak pasal memang suite ni lebih dari cukup untuk 2 orang, dengan 2 main areas; living room & bedroom. So dalam keletihan tu kitorang masih sempat melompat2 terkinja2 cam rusa masuk bandar.

Bila dah abih unpacking plak perut tak habis gi rasa lapar. Yelah mana cukup snack plate share dua orang he he… so kitorang turun carik kedai mamak kat belakang hotel dan layan mee goreng & maggie goreng di Restoren Maimunah yang bukak 24 jam.

Then kitorang balik hotel kira kira pukul 2 pagi dan terus berdengkur.

Bersambung ke bahagian 2.

Comments

2 Responses to “Sabah tale II: the beginning”

  1. Sabah tale II: Journey of the life time : Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on April 17th, 2007 7:14 am

    [...] Sambungan dari bahagian 1. [...]

  2. Sapi, Mamutik dan Manukan : Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on May 9th, 2007 9:25 am

    [...] Read our next Sabah trip. [...]

Leave a Reply