Sabah tale II: Journey of the life time
Sambungan from part 1:the beginning.
Hari ke-2 kami di Sabah merupakan titik permulaan satu perjalanan yang penuh warna warni serta penuh dengan dengan keseronokan, harapan, kekecewaan, kegembiraan, kekaguman serta disulami dengan beberapa detik cemas.
Pagi tu bermula dengan few snaps dari hotel dan juga breakfast. Dari tingkat 14 Hyatt Regency boleh nampak Pulau Gaya yang jaraknya kira kira 10 minit kalau naik bot.

Some part of KK town pun boleh dilihat dari Hyatt.

Dan walaupun buffet kat cafe Hyatt banyak choice, tapi kitorang makan simple saja, set omelette, nasi lemak & teh o panas kerana takut perut meragam.


Berbalik kepada isu sewa kereta yang tak settle lagi sebelum ni, setelah membuat panggilan kat few people termasuk Kak Mimah di Tabung Haji KL, Hj Razali di Tbg Hj KK, Kota Belud chap and close friend Ghaz, dapatlah a few reasonable quotation utk kereta sewa:
1. Kancil auto, RM90 per day
2. Kelisa auto, RM90 per day
3. Wira manual/auto, RM120 per day
4. Kenari auto, RM150 per day
5. Waja manual/auto, RM180 per day.
Mula mula kitorang choose dan confirm kelisa auto at RM90 per day, tetapi sehari sebelum berlepas ke Sabah ejen tu call cakap Kelisa masih dipinjam dan tak available so kitorang switch to ejen lain plak utk Kenari at RM150 per day. Nego punya nego kitorang berjaya slash the price to RM125 per day untuk 4 hari. Thanks a lot to Ghaz yg bg good contact.
Jam 8.30 pagi tu Kenari dah sampai, dihantar oleh ejen, Mr Las. Ternyata pilihan kami memang tepat. Kereta berada dalam keadaan baik, bersih berkilat dan relatively new (mileage 39000 km, so more or less 2 years), dan lepas test drive pick up dia memang cun. First destination yang kitorang akan pergi dari KK ialah kaki gunung Kinabalu iaitu Kinabalu Park.

Tetapi sebelum tu kitorang sempat cuci mata di Wisma Merdeka, shopping complex bertaraf middle-class yang bersebelahan saja dengan Hyatt Regency. Dia punya setting ada macam nak sama dengan Ampang Park (bukan Ampang Point) plaza di Jalan Ampang, KL. Bermacam2 kedai ada kat sini, termasuk butik, kasut, healthcare products dan tak lupa barangan popular dari Sabah, iaitu kristal dan mutiara. Kami sempat belek kristal2 dan mutiara kat situ tapi tak beli sebab rasa2 boleh negotiate lower price di Philippine Market atau Kampung Ayer night market yang berdekatan.





Kira2 jam 12 tgh hari, waktu matahari nak terik barulah kitorang start kereta dan mula bertolak ke arah Kota Belud, Kundasang dan Ranau melalui coastal road. Sambil tu sempat pusing KK satu round dan melalui beberapa landmark di KK.
Masjid negeri:

Masjid Likas dari jauh:

Masjid Likas (dekat):
Yayasan Sabah dari jauh:

Sabah port:

Dan lain lain:




Jalan ke arah Kinabalu Park dan ke Kundasang adalah lebih 90km dan untuk 40km pertama boleh speed sampai average 90km/jam tapi lepas tu hanya boleh takat 50-60km/jam sahaja kerana kawasan mula berbukit bukau. Kalau sesiapa yang familiar bawak kereta dari pantai timur ke utara melalui Gerik akan tahu macam mana rasanya. Cuma bezanya kat sini tak ada kawasan gajah melintas dan tak ada tasik di tengah2 bukit bukau seperti Tasik Banding di Gerik.
Dari kejauhan boleh nampak gunung Kinabalu yang dilitupi kabus.

Bila dah dekat nak sampai di Kinabalu Park angin pun sepoi2 bahasa dan kesejukan mula terasa. Kalau bernasib baik boleh nampak puncak gunung kinabalu dari kaki bukit tersebut tapi nasib tak menyebelahi kami kerana pada waktu tersebut (kira kira 3.30pm) kabus tebal menyelubungi puncak gunung.

Selepas bersembang dengan Abg Hossein yg peramah, porter yg tugasnya setiap hari adalah panjat gunung kinabalu utk hantar bekalan di restoren di atas gunung, barulah kami tahu yang waktu terbaik puncak gunung timbul ialah pada waktu pagi (9.30am) atau waktu petang (5.30pm).

Menurut Abg Hossein lagi, kos utk menyewa porter utk mengangkut beg atau barang2 kita ke puncak gunung kinabalu adalah di antara RM60-RM100 bergantung kepada berat. Seorang porter yang cekap boleh sampai ke Gunung Kinabalu dlm masa 3 jam lebih sikit sahaja tetapi bagi mereka yang tak biasa boleh memakan masa 12 jam.
Juara Kinabalu Climbathon 2006 mencatat masa sepantas 2 jam 50 minit. Bila tengok standing board tu rasa2 yg dpt no. 2 dan no.3 tu mesti antara abg2 porter kat situ.

Sesi pendakian ke puncak akan bermula di check point Pondok Timpohon. Satu lagi check point gate dinamakan Mesilau (tiada dlm gambar).

Kami pula memang tak ada plan nak mendaki kerana the whole process utk sampai ke puncak boleh memakan 2 hari dan kami tak ada masa yang cukup untuk tujuan tersebut. So apa yang kami buat adalah ronda2 dan tengok lodging dan chalet yang ada dan try ambik snap puncak gunung.
Kira2 hampir pukul 4 petang kabus mula bergerak tapi pada kadar yang amat perlahan, bahagian puncak gunung masih belum boleh dilihat dengan penuh.


Kecewa memang kecewa tapi memandangkan hari sudah petang dan kami bercadang untuk ke Keningau yang jaraknya adalah lagi kira2 100km lagi kami meneruskan perjalanan ke arah Kundasang dan Ranau. Hasratnya adalah untuk singgah di pasar sayur Kundasang dan jika sempat ke kolam air panas Poring Hot Spring di daerah Ranau.
Ternyata perjalan ke pekan Kundasang yang memakan masa setengah jam itu berbaloi kerana terasa seperti di countryside di negara asing. Dari situ juga penduduk boleh tenung dan tengok gunung kinabalu sampai jemu. Pekan kundasang juga terkenal sebagai kawasan penanaman sayur dan teh dan oleh itu sayur2 di sini boleh didapati dengan harga yang amat murah.



Kalau di Kuching buah tomato ini berharga antara RM6 dan RM7 sekilo di sini satu peket hanya RM2 sahaja, dan kalau beli 3 peket hanya RM5 sahaja. Hmm… sape yang dok sini mmg boleh buat pesta air asam setiap hari…

Kalau dah sampai di Kundasang tu boleh singgah di Kundasang War Memorial yang dibina untuk mengingati pembunuhan kira2 lebih 2000 tahanan Australia dan British sewaktu perang dunia kedua.


Kalau nak bersembahyang juga boleh singgah di Masjid Jamek pekan Kundasang yang terletak di atas bukit. Bahagian luar masjid ini nampak usang tetapi sebenarnya ia sebuah bangunan yang lama dan dijaga dengan elok terutama di bahagian dalam masjid.



Tetapi yang paling menarik di sini adalah pemandangan yang mengagumkan dari atas masjid ini. Dari sinilah kawasan gunung ganang, bukit bukau dan tumbuhan yang menghijau serta awan yang membiru boleh dilihat dari atas masjid ini. Kami singgah di masjid ini utk sembahyang zohor dan asar.



Alhamdulillah, mungkin berkat singgah bersembahyang di masjid, sebaik sahaja kami bertolak daripada masjid jamek Kundasang ke pekan Ranau, tiba tiba terpacullah puncak gunung kinabalu nun jauh di sana. Gembira bukan kepalang. Akhirnya tercapai juga hasrat untuk lihat gunung kinabalu dengan mata kepala sendiri! Sebelum ni pernah dengar rakan2 yang beritahu bila tengok gunung kinabalu depan mata hati akan berdebar debar dan jantung akan berdegup kencang, rupa rupanya memang betul.


Kira kira pukul 5 petang tu kami dah sampai di pekan Ranau. Dan oleh kerana perut pun dah lapar kami pun singgah di medan selera untuk pekena nasi goreng paprik & usa. Hasrat untuk ke Poring Hot Spring juga terpaksa dibatalkan kerana hari sudah hampir larut malam. Kalau bertolak sekarang akan sampai hampir pukul 6 dan waktu tu memang tak sesuai untuk berjalan menyusur di Canopy Walk di Poring, melainkan kalau ada plan untuk tidur di sana.
Dari Ranau, bermulalah perjalanan yang penuh cabaran dan pancaroba. Ini kerana kami tidak mengetahui yang jalan Ranau-Keningau pada waktu ini dalam proses pembinaan pada banyak peringkat dan jalan ini juga mudah runtuh bila saja hujan turun. Dahla jalan tengah dibina, struktur pulak berbukit bukau, ada yang sampai 70 darjah curam.


Lereng2 bukit pun ada yang nak runtuh.

Kadang kadang tu kami tertanya tanya sesama sendiri, betul ke jalan ni ke Keningau? Ni jalan ke ape?

Cerun yang curam macam di bawah kalau breaking tak betul boleh terhumban ke dalam gaung. Kami cuma bertawakkal pada masa tu.

Dan bagaikan dijangka kereta kami tersekat 2 kali di celah celah batu dan terpaksa ditolak. Cemasnya tak terkata kerana hari dah semakin gelap. Selama dua jam kami dok berpenat lelah tarik minyak, tekan brek dan berhenti sana sini tanya orang betul ke kami bergerak pada arah yang betul.


Yang baiknya di sini ialah orang2 tempatan di sini memang peramah dan baik. Bila kita lalu depan dia mesti angkat tangan termasuklah pakcik yang naik basikal, construction worker ataupun drebar van.
Bila dah sampai di pekan Tambunan, barulah jalan dah jadi elok. Ini kerana pekan Tambunan sudah termasuk dalam route KK-Keningau yang selalu diguna pakai oleh orang tempatan dan bilangan penduduknya agak ramai serta terdapatnya beberapa tempat menarik di sini seperti Tugu Mat Salleh dan Rafflesia Park. Dari Tambunan ke Keningau memakan masa setengah jam.
Bila dah sampai rumah Pak Cik Zul & Mak Cik Yam jam sudah pukul 8.10 malam. Kali ni barulah lega hati kami. Boleh berjumpa dengan anak2 buah yang lama tak jumpa. Nurul Haifa Wildad pun dah besor dan senang gelak bila diagah.


Lepas minum dan sembang dengan pak cik & family, kitorang semua pun masuk tido.
Bersambung ke part III: Keningau rocks!.
Technorati Tags: sabah, kundasang war memorial, ranau, kinabalu, hyatt kk, wisma merdeka
Comments
2 Responses to “Sabah tale II: Journey of the life time”
Leave a Reply




[...] Bersambung ke bahagian 2. [...]
[...] Samb dr part II: journey of the life time. [...]