Rumah Paling Mahal Di Dunia

Jika orang terkaya di dunia pada masa ini, Warren Buffett, memilih untuk tinggal di rumah yand dibelinya pada tahun 50-an pada harga RM200,000 (kini rumahnya berharga RM900,000), orang kelima terkaya di dunia, Mukesh Ambani dari India tidak mahu memilih jalan yang sama. Sebaliknya dia mahu mencipta rekod memiliki rumah yang paling mahal di bumi ini.

Berapakah agaknya harga rumah yang dibina itu? RM5 juta? RM10 juta? RM100 juta?

Semua tekaan salah.

Manakan tidak, harga rumah yang dijangka siap pada awal tahun 2009 itu dikatakan bakal mencecah US$2 billion (RM7 billion)! Setelah siapnya rumah itu kelak, ia bakal mengatasi harga rumah paling mahal buat masa ini yang dimiliki oleh pemilik kelab bolasepak ternama, Chelsea, iaitu Roman Abramovich sebanyak 4 kali ganda. Kediaman yang diberi nama La Leopolda itu terletak di Monte Carlo, Perancis dan dibeli oleh Roman pada pertengahan tahun ini pada harga US$500 juta.

Buat masa ini, rumah Mukesh Ambani, yang bertempat di tanah kelahirannya Mumbai, India, sedang dalam proses pembinaan oleh syarikat yang bertanggungjawab merekabentuk dan membina rangkaian Hotel Mandarin yang berprestij tinggi.

Dan oleh kerana ketinggian rumah tersebut bakal mencecah 27 tingkat (sama dengan ketinggian sebuah hotel),  masa yang agak panjang perlu diambil untuk menyiapkan pembinaannya.

Antara fasiliti mewah yang bakal melengkapi rumah yang diberi nama Antillia ini adalah kawasan letak kereta setinggi 6 tingkat, taman dan lanskap setinggi 4 tingkat, gimnasium dan pusat sukan, pusat hiburan dan filem, dewan tarian dan jamuan ramai yang dihiasi kristal, bilik penyejuk dan 9 buah lif.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

20 Responses to “Rumah Paling Mahal Di Dunia”

  1. cerewet gurlz on September 25th, 2008 4:28 am

    orang kaye memanglah boleh beli memacam……………….kamiyang miskin ni baca tersinggung hati…….

    Reply

  2. KIMI on September 26th, 2008 6:04 pm

    BIARLAH ORANG KAYA DI DUNIA MEMBINA RUMAH TERMAHAL 27 TINGKAT. DI AKHIRAT KELAK JIKA TIDAK BERIMAN MEREKA BUAT RUMAH DARI API YANG TAK TERKIRA TINGKATNYA…

    Reply

  3. Mala on October 3rd, 2008 7:30 am

    Saya memang kagum dengan Pemilih Rumah 27 Tingkat itu kerana kalau kita angan-angan sahaja tidak ada apa-apa kejayaan dalam diri kita.Kita mesti ada cita-cita dalam sesuatu untuk mencapai serta mencabar diri sendiri sebelum mengata orang lain.Bukan senang nak dapatkan wang dan bukan senang nak mencapai cita -cita tanpa ada apa-apa maklamat.Sekali lagi saya dengan ikhlas hati mengucapkan taniah kepada pemilih rumah tersebut.

    Reply

    ZERO Reply:

    rumah cantik pun bukannya boleh bawa kat kubur nanti………………..tinggal macam tu je rumah tu………kesian dengan rumah itu kan….kan.kan…..

    Reply

  4. cute on October 21st, 2008 6:21 am

    saya sokong cik mala ….betul kita kena ada matlamat dan cita2..jika impian kita tercapai tidak kah kita puas hati melihat hasil dari kita sendiri..sekian

    Reply

  5. IKIN on November 21st, 2008 7:08 am

    dah tentu² pemiliknya dr india.apa dier nk kesah pasal buleh bawk gi kubur ke tidak.lain la kalo dier diberi hidayah oleh Allah untuk PELUK ISLAM.marilah kita erdoa spy dier diberikan NUR oleh Allah pastu, rumah yang dier bina yg rege yg amatnya mahal tu..diwariskan untuk anak² yatim dan semua orang susah kat planet bumi india tue..

    Reply

  6. ilin on November 24th, 2008 2:15 am

    dah kaya leh la beli pe jer…dah tu duit banyak nak wat pe…

    Reply

  7. ina on December 14th, 2008 1:08 am

    manusia kalau dah kaya memang hanya ingat utk diri sendiri sahaja. cuma pandang pada masyarakat disekeliling dia tu. lebih eloklah duit tu dilaburkan untuk peningkatan anak bangsa dia sendiri. ada pekdahnya…

    Reply

  8. red on January 8th, 2009 1:44 pm

    sye sokong pe yg ZERO ckap kn…
    bkn stkat rumah jer yg kesian…
    duit dia pun kesian jugk..
    yelah kn…
    hbis cm 2 jer gna wat rumah pastu d tinggal kn kalo dh tiba saat nya nnti..
    ala…
    kalo rumah 2 pat bwk msuk kubur xpe lah jugak kn??
    nk wat smpai 7 billion tngkat pun xper..
    bkn takat kubur jer..
    kalo rumah 2 jd phitungn kt pdang mahsyar td,xper lh jugk…
    sye pun nk buat jugak…
    tp d tinggl kn kt muka bumi jer kalo kte dh mti nnti…
    xde gna jugk…

    Reply

  9. as on March 10th, 2009 6:25 am

    dia org kaya xpelah..berbaloi la ngan penat dan lelah diaorang selama ni..rezeki masing-masing..

    Reply

  10. delta on March 15th, 2009 1:06 pm

    kita hidup kat d’nia ni memang ble m’ngata dan m’muji, tApi kalo kita pkir baik2, benda yang kta dapat kat dunia ni sumenye datang dari ALLAH

    Reply

  11. karunesha on March 19th, 2009 5:56 am

    sebenarnya,i yang ingin nak bina rumah macam tu..tapi budak kecil ni mendahului saya..so i nak bina 2nd taimahal di malaysia…wait n c..

    Reply

  12. andak on March 30th, 2009 2:00 pm

    saya dah 5 tahun duduk tingkat 29,rasa nak cari tingkat kat bawah jee,lift selalu rosak laa. ada tak billionaire dari india nak beli umah saya ni??? 100k cukuplah.. xyah juta-juta..

    Reply

  13. tina on April 2nd, 2009 12:35 am

    hurm…mmg dr spesis org yg b’semangat tgi..xda semangat yg kuat mmg rmah 27 tgkat ni x jdi dibina…tahniah!!!..harap2 orang bumiputra pun ada semangat mcm 2 tp x la smpai bina rumah 7 billion..setakat jd top 10 org terkaya di dunia pun jdik la….jgn juga kritik org lbh2 klau sendiri xdpat apa yg diimpikan…..

    Reply

  14. awang zaidi on August 19th, 2009 8:15 am

    diam pangsapuri 40 tingkat pun ok gak.
    tinggi apa…
    aslkan dapat berteduh dari ujan dan panas.

    Reply

  15. virgo_gurl on August 27th, 2009 4:13 am

    biarla die nk wtpe pn…..
    duit die….
    ape kte kesh….
    ske ati die ler…
    kowg jgn mara k…

    Reply

  16. beli rumah on March 1st, 2010 3:38 am

    hebat…

    Reply

  17. justcool on May 30th, 2010 12:49 pm

    saya sokong cakap islamiah,orang gitu nak peduli gapo kat dia.tak do keno mengeno kito ngen dia.buken apo dia tu ada duit,suko hati dia lo nak buek gapo pun,duit dia..hat kito ni duik seriyar pun tak lepas……………………………………………………..

    Reply

  18. islamiah on May 30th, 2010 12:55 pm

    orang la gutu,duek nye banyok…rumah sampai 27 tingkat,kalo buleh bawak family 7 keturunan datang tingge situ,takdolah didiami ************.kalo ada ruang lagiajok lo masyarakat india yang miskin itu tingge disitu,ceria lo sikit………..

    Reply

  19. nana on July 29th, 2010 8:51 am

    yupppp , law wat umah smpai ataz langit ke tujuh pown , tuhan x pndg pnye . tuhan pndg pd pahala jerk ,,,,,,

    Reply

Leave a Reply