Rompak makanan kucing

Harian Metro hari ini melaporkan cubaan sekumpulan penyamun yang ingin merompak sebuah trailer mengandungi makanan kucing di Rawang digagalkan dua jam selepas pemandu trailer tersebut membuat aduan.

Tiada sebab dilaporkan mengapa perompak tersebut mengambil keputusan merompak makanan kucing. Ada kemungkinan mereka tidak mahu menanggung risiko berbalas tembakan dengan polis jika mereka memilih untuk merompak bank.

Daripada sumber yang kurang boleh dipercayai juga mereka bercadang untuk merompak sekumpulan kucing di sebuah taman peliharaan kucing untuk membolehkan kucing kucing tersebut diberi makan dengan enak.  Nilai makanan kucing yang dirompak adalah dianggarkan kira kira RM100,000.

Berikutan daripada laporan polis oleh pemandu trailer yang dirompak tersebut, pihak polis telah melancarkan gerakan dan menahan trailer tersebut yang memasuki ibu kota serta menahan 8 orang suspek, termasuk seorang warga Indonesia.

Link penuh.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 5 Tip Kuruskan Badan
  2. Krishnan dan Kuok Terkaya di Malaysia
  3. Jadual Waktu Solat
  4. 5 Hotel Best di Kuching

Comments

Leave a Reply