Resepi: Nasi Ayam Hainan

Bahan bahan (resepi utk 4 orang) resepi Nasi Ayam Hailam:

1- Seekor ayam (basuh dan keringkan). 2- Secebis halia (diketuk). 3- 2 sudu teh garam. 4- Minyak bijan. 5- Seulas bawang putih (dihiris halus). 6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus). 7- Setengah kilo beras wangi. 8- Daun pandan. 9- 2 sudu besar minyak.

Resepi kuah hitam:

Satu sudu teh gula, satu sudu teh serbuk seasoning, satu sudu teh minyak bijan, 2 camca sos soya (light), 200ml stok ayam. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Resepi kuah cili:

100g halia, 50g bawang putih, 50g bawang merah, 200g cili merah, 5 biji limau kasturi (diperah jus), gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Cara cara:

  1. Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
  2. Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
  3. Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
  4. Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
  5. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
  6. Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
  7. Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.

Imej: sparklette.net

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

11 Responses to “Resepi: Nasi Ayam Hainan”

  1. honey on February 10th, 2009 5:01 am

    saya suka resepi yg ada kat pesona ni…
    banyak ka lagi resepi yg lazat2 yer…ehm… kalau boleh saya nak minta tips2 dalam masakan…

    Reply

  2. rosliza omar on June 4th, 2009 5:57 am

    saya sangat suka resepi kat pesona ni..
    boleh bagi tahu macam mana nak buat biskut
    menjadi lembut dan rangup..

    Reply

  3. siti sabaria on October 21st, 2009 3:44 am

    thanks….

    Reply

  4. nor abadi on February 9th, 2010 3:39 pm

    terima kasih atas resepi tur.. ummm wwalahhh!!

    Reply

  5. Noel on March 13th, 2010 12:06 am

    Saya dah try… memang sedap… thanks :-)
    file:///C:/Users/Haji%20Hosen/Pictures/Image020.jpg

    Reply

  6. sallyna on March 24th, 2010 8:24 am

    nk try la cm beh jerrr

    Reply

  7. kamall on March 30th, 2010 1:11 am

    saya masak mengikut resepi ini hari ini juga memang nak masak nasi ayam pun he he

    Reply

  8. wana yusuf on April 13th, 2010 2:26 am

    First time singgah sini. Cantik ayam you moist dan menyelerakan……

    Reply

  9. dania on May 15th, 2010 1:13 am

    nampak cam sedap jer….. cam nak try jer sok…
    klau sedap thanks….leh buke kedai makan

    Reply

  10. norazieeliza on June 5th, 2010 5:01 am

    i’ve already try…….mmg sdppp…byk lg tak resipi yg lazat2…thanx

    Reply

  11. norhashima on June 26th, 2010 3:35 am

    br nk belajar ni…hehehekalu jd wa respek la..

    Reply

Leave a Reply