Quickest way to lose customer

Rakaman perbualan telefon dengan syarikat Hampeh Rent-A-Car (terkenal di seantero Malaysia), Selasa, 24 Apr 2007, 9am.

Pemanggil: Hello

Penjawab: Hello, selamat pagi, Hampeh Rent-A-Car, boleh saya bantu?

Pemanggil: Ya, saya bercadang untuk menyewa kereta untuk hari Khamis ni. Boleh saya tahu kereta apa yang available?

Penjawab: Boleh, yang ada kereta Wira, Waja dengan pacuan 4 roda. Encik nak sewa berapa lama, dan pick up di mana?

Pemanggil: Saya nak sewa untuk 5 hari, pick up & drop di KLIA. Kereta Wira tu berapa harga sewa?

Penjawab: Wira harga dia RM155 sehari encik.

Pemanggil: Mahal lah plak tu. Tak ada diskaun ke, saya nak sewa banyak hari ni.

Penjawab: Tak boleh la encik. Itu memang harga standard tu. Kami nak kena bayar upah hantar kereta tu RM15 lagi.

Pemanggil: Kalau macam tu, tak apalah. So berapa jumlah untuk lima hari ni?

Penjawab: Sekejap ya encik.

Pemanggil: Ok

Lepas 10 saat.

Penjawab: Encik.

Pemanggil: Ya

Penjawab: Kalau 5 hari, kena darab 5 lah encik!

Pemanggil: Terima kasih.

Letak telefon.

Moral of the story: Sediakan calculator sebelum hujan!

Comments

3 Responses to “Quickest way to lose customer”

  1. hadi on April 27th, 2007 4:57 pm

    hehe.. sabar je la.

  2. azwanhadzree on April 30th, 2007 12:28 pm

    memang hampeh… lebih baik cakap awal2.

  3. Zul on May 3rd, 2007 1:09 pm

    Maybe ni Malaysia standard kot. Yg lain pun x banyak beza.