Puteri Sarah Liyana Bintangi Aduh Saliha
Sarah Liyana, atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana bt. Megat Kamarudin bakal membintangi filem Aduh Saliha. Filem Aduh Saliha adalah arahan M Nasir dan bakal menampilkan Mawi sebagai filem pertama yang dibintanginya.
Siapa Puteri Sarah Liyana ini? Kalau ingat iklan Silky Girl di mana gambar seorang gadis diambil oleh makcik dari pelbagai sudut; depan, tepi, atas, tertunggeng dan sebagainya….. hmmm itulah Liyana. Ingat? M Nasir sebelum ini menolak beberapa pelakon terkenal seperti Fasha Sandha dan Erra Fazira kerana mereka dikatakan tidak mempunyai ciri ciri ‘Saliha’ yang dicari.

Sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk pembikinan filem Aduh Saliha. Penggambaran filem ini bakal bermula selepas Hari Raya Aidilfitri atau awal tahun hadapan. Filem ini juga bakal menyelitkan lagu kesinambungan kepada Aduh Saliha yang telah menjulang nama Mawi menerusi Akademi Fantasia 3.
Related story: Mawi bintangi filem Aduh Saliha.
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
3 Responses to “Puteri Sarah Liyana Bintangi Aduh Saliha”
Leave a Reply




lawa blog.. ada blog lain yer??? hehehe
Reply
Ada. Jangan tak ada…
Reply
Salam..nk tny skit la..gmbr saliha nih amek iklan ape ek..dh lupe..lame tak kuar tv..
Reply