Proton Persona Bakal Ubah Nasib Proton?

Proton PERSONA, model baru Proton dilancar dengan harga antara RM44,999 hingga RM55,000 sebuah. Proton Persona adalah kereta sedan dengan 4 pintu dan berkapasiti 1.6 l. Pelancaran disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Setakat ini sudah lebih 2000 tempahan telah diterima untuk model terbaru Proton tersebut.

Gambar & Harga Proton Persona

Proton mensasarkan jualan antara 30,000-40,000 unit dalam masa 12 bulan akan datang.

Menurut Proton, Persona bakal mengembalikan zaman kegemilangan Proton. Hmm… betul ke ni? Mari kita tunggu dan lihat. Saya belum tengok lagi model terbaru Proton ni. Dalam gambar nampak Persona ini ada rupa seperti gabungan Gen2 dan juga Perdana. Ada yang dah tengok? Website Proton dan Proton Edar pulak nampaknya down.

Mengecewakan.

Comments

Leave a Reply