Promosi 50 Jam: MAS tawar tiket murah

Bersempena sambutan ke 50-tahun kemerdekaan Malaysia, Malaysia Airline (MAS) akan melancarkan Promosi 50 Jam bermula esok, 20 Jun dengan menawarkan 200,000 tiket penerbangan pada harga diantara RM1 hingga RM10 meliputi penerbangan dalam semenanjung Malaysia dan juga Sabah, Sarawak dan negara Asean terpilih.

Tawaran akan bermula pada esok hari, 20 Jun 2007 dan berakhir hari Jumaat pukul 11 pagi. Penerbangan ke destinasi Asean yang bermula RM10 akan meliputi perjalanan antara Kuala Lumpur ke Jakarta (Indonesia), Phnom Pehn (Kemboja), Cebu (Filipina), Bangkok dan Phuket (Thailand).

Harga tiket yang ditawarkan adalah untuk perjalanan sehala antara 3 hingga 30 september. Harga tidak termasuk cukai lapangan terbang, caj tambahan dan bahan api.

Tempahan boleh dibuat di laman web Malaysia Airlines (MAS). Jom pi cuti! (Lama teringin nak ke Jakarta).

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

4 Responses to “Promosi 50 Jam: MAS tawar tiket murah”

  1. Promosi Malaysia Airlines (MAS) mengecewakan. ¦ Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on June 21st, 2007 1:46 am

    [...] Promosi 50 Jam: MAS tawar tiket murah [...]

  2. sarini on June 21st, 2007 9:17 am

    kecewa ngan mas punya website ni!mcm mana nak booking tiket klu ruang nak tulis pun tak ada.improve sikit lah.tak pun belajar ngan airasia mcm mana nak buat website tiket yg baik.tak menyusahkan org lain.saya dah try dari pagi smpi nak abis opis hour kul 5.15 pun tak dapat masukkkan nama passenger……..ngalih ku hi…………..

    Reply

    yaya Reply:

    sangat kecewa.mas airline buat promotion tapi tiada cara nak booking.sangat kesal.

    Reply

  3. nabila on October 7th, 2009 1:22 pm

    macam mana nak dapat tiket murah gi sabah!!!!!!!!

    Reply

Leave a Reply