Piala Seri Endon 2007

Pertandingan Piala Seri Endon 2007 telah dilancarkan dan akan bermula pada bulan Ogos 2007 dan berakhir pada bulan Disember.

Piala Seri Endon, yang mengambil nama sempena allahyarham Tan Sri Endon mula diperkenalkan pada tahun 2003 untuk mencungkil dan menampilkan pereka fesyen batik tempatan dari Malaysia untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa. Sewaktu diperkenalkan pada 2003 di Bukit Bintang, hanya satu kategori dipertandingkan iaitu fesyen. Kini, beberapa kategori baru telah diperkenalkan termasuk kraftangan dan ’soft furnishing’.

Pertandingan ini mula memikat hati pelbagai peserta termasuk golongan pelajar, pembuat batik, pereka fesyen, pengeluar tekstil dan juga artis. Piala Seri Endon dikendalikan oleh Penyayang (Yayasan Budi Penyayang), dengan kerjasama dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Borang penyertaan Piala Seri Endon 2007 boleh didapati dari laman web Penyayang.

Selain dari mengendalikan pertandingan Piala Seri Endon, Penyayang juga bertanggungjawab menjadi nadi penggerak dalam mempromosikan batik buatan Malaysia dengan mengadakan kempen, road show, press conference dan Karnival Batik Antarabangsa Malaysia setiap tahun.

Technorati Tags:

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

Leave a Reply