Pesta Kraf Langkawi 2008

Pesta Kraf Langkawi 2008 akan berlangsung bermula 19 Disember hingga 20 Disember tahun ini di Kompleks Kraf Langkawi, Kedah, Malaysia. Pesta ini diadakan dalam usaha untuk memberi ruang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk produk kraftangan mereka kepada pelancong, terutamanya pelancong dari luar negara.

Antara hasilan kraftangan yang bakal dipamerkan dan dijual di pesta tersebut adalah tikar mengkuang, lukisan, ukiran kayu, produk berasaskan batik, barang kemas, hiasan dalaman dan banyak lagi. Berdasarkan kepada sambutan yang begitu menggalakkan pada tahun tahun sebelumnya, lebih 100,000 pengunjung dijangkakan bakal menggegar pesta kraf pada temasya tahun ini.

Kompleks Kraf Langkawi yang menampilkan lebih 200 jenis barangan kraftangan untuk pengunjung langkawi juga merupakan platform yang ideal berdasarkan kepada kemampuannya untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara. Selain daripada itu, status Langkawi sebagai antara destinasi paling popular di negara ini juga membantu memprosikan produk keluaran usahawan tempatan.

Pesta Kraf Langkawi yang dianjurkan sejak tahun 2006 itu bakal menjanjikan pameran yang lebih meriah dan hebat berbanding tahun tahun sebelumnya.

Comments

Leave a Reply