Sabah tale II:Pesta Kalimaran & Sabah Agriculture Park

Part IV. From part III: Keningau rocks!

Destinasi kami pada hari Sabtu, 14 April ialah Pesta Kalimaran dan Taman Pertanian Sabah yang terletak di Tenom, kira kira 80km dari bandar Keningau. Untuk trip ke Tenom kami telah diberi penghormatan untuk test drive kenderaan terbaru pak cik, iaitu Naza Ria Special Edition. Ada class gitu. Anak2 pak cik memang sayang betul kat kereta ni.

Pesta Kalimaran (sesetengah orang memanggilnya Pesta Murut) diadakan sempena meraikan kaum Murut dan budaya mereka dan selalunya diadakan pada bulan April. Dahulunya kaum Murut terkenal sebagai ‘headhunter’ tetapi kini tidak lagi. Mereka juga terkenal dengan tarian buluh (Magunatip) dan juga Lansaran (di mana penari melompat tinggi dengan diiringi hentakan susunan kayu di bawah lantai lansaran). Orang orang Murut juga terkenal dengan keberanian mereka menentang penjajahan British pada 1915 di mana ramai pahlawan Murut yang gugur menentang penjajah.

Kali ini pesta Kalimaran yang berlangsung pada 14 dan 15 April 2007 di perkarangan Murut Cultural Centre atau pusat kebudayaan Murut dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Bobbey Suan.

Ramai lagi dif2 lain yang datang.

Termasuklah Mr Bean.

Pesta Kalimaran berlangsung meriah dengan pelbagai barangan dan pameran yang dipamerkan termasuk barang barang kraftangan, kesenian, pertanian, cenderamata, makanan dan lain lain.

Sewaktu pusing pusing di sekitar Murut Cultural Centre dan Pesta Kalimaran, kadang kadang kami terfikir ‘di tengah2 kawasan jauh dan terpencil serta ditengah2 gunung ganang ini pun ada pesta yang happening?’

Kemuncak acara tersebut adalah persembahan kebudayaan dan warisan yang mendapat sambutan paling hangat walaupun di tengah tengah panas terik.

Pusat Kebudayaan Murut (Murut Cultural Centre) dibina hampir 100% dengan kayu. Kayu tiang & pasak utama dibina dengan kayu balak yang dipotong manakala tiang di dalam rumah diukir. Pada hari tersebut bahagian atas rumah dibiarkan sebagai kawasan pelawat manakala bahagian bawah pameran dan penjualan kraftangan.

Masa berjalan jalan tu boleh terserempak dengan pameran batik canting di mana pelawat boleh mencuba skil mencanting masing masing. Apa lagi kami pun mula berangan dan mencuba untuk menghasilkan secebis kerastangan yang tak seberapa.

Caranya: mula mula panaskan wax atau lilin dan ambil lilin yang cair melalui canting, dan boleh mula mencanting (tapi rasanya kami lebih banyak menconteng dari mencanting). Pastikan muka kita rileks dan selamba supaya pelawat lain yang datang jenguk akan menjangkan anda seorang professional dan bukan amateur!

Bila dan habis mencanting boleh start tambah color pulak. Anak2 buah lain bila dah asyik tengok akhirnya turut mensumbangkan tenaga masing masing.

Kesimpulannya, Pesta Kalimaran memang best! Kami semua teruja melihat produk2 pameran, hasil kraftangan dan juga persembahan kebudayaan dan warisan. Sempat juga kami capture video tarian kebudayaan Sabah. Tarian ini menggabungkan banyak kaum dan diiringi dengan muzik kontemporari ala ala pop rock gitu. Actually video capture kami baik tapi bila dah masuk YouTube kualiti dia dah compromised, so kalau sesiapa berminat untuk dapat klip video original (.avi file) boleh contact kami terus.



Kira kira pukul 12 tengah hari kami bergerak ke Taman Pertanian Sabah atau Sabah Agriculture Park, yang terletak kira kira 15km dari pekan Tenom (manakala jarak Tenom ke KK ialah dalam 100km) dan berada di kawasan yang dinamakan Lagud Sebrang. Dahulunya pekan Tenom dihubungkan dengan satu lagi pekan, iaitu Beufort (terkenal dengan white water rafting) melalui jalan keretapi yang dibina oleh orang Inggeris tapi kini keretapi tidak beroperasi setelah stesen keretapi di sini ditimpa kebakaran dan dalam proses membaik pulih.

Pekan Tenom.

Stesen keretapi yang sedang dibaikpulih.

Perjalanan dari Pekan Tenom ke Taman Pertanian Sabah yang luasnya kira kira 1500 meter persegi memakan masa kira kira 15-20 minit. Bayaran masuk untuk orang dewasa pula ialah RM25 dan kanak2 RM10. Taman Pertanian Sabah dibuka untuk menonjolkan jenis jenis dan hasil hasil pertanian dari Borneo terutamanya tanaman orkid.

Anda boleh memilih samaada untuk berjalan kaki (lenguh!) untuk berjalan di sekitar taman, menggunakan basikal sewa (RM3 sejam) atau menggunakan khidmat keretapi yang beroperasi sejam sekali. Kami memilih untuk naik keretapi dan pusing di sekitar taman pertanian tersebut selama kira kira sejam sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Di sinilah juga Bunga Rafflesia boleh dijumpai di Taman Anggerik tetapi malangnya pada waktu tersebut Bunga Rafflesia yang ada di situ dah mati, mungkin disebabkan oleh cuaca panas.

Kira kira jam 4 petang kami terus bertolak balik ke Keningau. Semua orang tido keletihan kecuali driver dan Wildad.

Babai Tenom!

Part seterusnya, (last part): Goodbye Keningau, goodbye KK, goodbye Sabah.

Technorati Tags: , , ,

Comments

5 Responses to “Sabah tale II:Pesta Kalimaran & Sabah Agriculture Park”

  1. Sabah tale II: Keningau rocks! : Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on April 19th, 2007 12:31 am

    [...] Seterusnya: PestaKalimaran & Taman Pertanian Sabah. [...]

  2. Goodbye Keningau, goodbye KK, goodbye Sabah : Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on April 19th, 2007 9:09 am

    [...] Final episode. From part V: Kalimaran & Sabah Agriculture Park. [...]

  3. Farah on April 20th, 2007 5:24 pm

    Stesen Keretapi di baiki???Bgs sgt la 2..Stesen dulu dah uzur siot…I ader ambik trip naik keretapi frm KK-Tenom..Great experience..Mcm perang dunia je rasa bab train 2 train lama…beside,masa kitaorg p,ader jambatan tok trek lom siap…Kena tukar train kat tengah2 hutan..Ahahahaha..tak dpt lupa..Taman Pertanian Sabah pon best…Dulu kitaorg naik basikal free je.. Ngorat tukang jaga…Ahahahaha…

    Reply

    sabrin Reply:

    tenom boleh

    Reply

  4. Zul on April 21st, 2007 1:28 am

    yes, i think it’s just about time for the repair to be done. Cuma rugi sket pasal tak dapat naik train from tenom gi beufort. Tmn pertanian mmg best.

    Reply

Leave a Reply