Pesta Benak, Sri Aman
Perkataan BENAK selalunya merujuk kepada seseorang yang bengap atau sangap. Tetapi, di Sarawak, benak membawa maksud yang lebih bermakna terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan Sri Aman dan sekitarnya. Di sini, ‘benak’ merujuk kepada fenomena ‘ombak sungai’ (tidal bore) di mana air pasang dari laut ‘pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai dan berlaku 2 kali sehari. Malah, kerana popular, Pesta Benak telah dikomersialkan dan diraikan pada tiap tiap tahun di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Jadi Pesta Benak bukanlah perayaan untuk meraikan orang orang yang bengap atau sangap.
Hanya ada beberapa tempat sahaja di dunia ini dimana terjadinya benak dan Bandar Sri Aman adalah salah satu daripadanya. Bandar (atau lebih kepada pekan) Sri Aman terletak kira kira 2-3 jam perjalanan dari bandar Kuching, Sarawak dan terletak di laluan ke Sibu, Bintulu dan Miri. Ianya sebuah pekan yang agak kecil dan sunyi, tetapi menjadi meriah apabila berlangsungnya Pesta Benak. Tiada pasaraya besar kecuali Supermarket Everise yang terkenal di Sarawak. Ada KFC tapi tiada McDonald. Ia lebih kecil dari bandar Kemaman, Terengganu atau Sungai Petani, Kedah. Pekan Bintulu pun lebih maju dari Sri Aman. Kebanyakan kedai termasuk stesen minyak tutup pada pukul 7.30 malam.


Di Sri Aman juga terdapat sebuah kubu yang dibuat tanpa menggunakan sebatang pakupun iaitu Kubu Alice.

Penduduk Muslim di sini agak ramai, dan begitu juga dengan penduduk Cina. Walau bagaimanapun, bahasa Iban merupakan bahasa utama di sini dan dipertuturkan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sendiri.


Pesta Benak disambut pada waktu dimana ombak benak berada pada paras tertinggi, iaitu pada bulan Jun, Julai atau Ogos. Sambutan Pesta Benak 2006 disambut pada bulan Ogos dengan ombak benak mencapai ketinggian 6 meter! Pada tahun ini, Pesta Benak akan disambut pada 15, 16 dan 17 Jun.
Selain daripada Pesta Benak, Sungai Batang Lupar juga dikenali kerana di sinilah berlakunya serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Disinilah juga tempatnya buaya Bujang Senang mengganas dan membunuh banyak nyawa pada tahun 90-an. Antara mangsa Bujang Senang ialah kanak kanak yang mana pencarian mayat mereka berakhir dengan penemuan menyayat hati. Bujang Senang mempunyai kebolehan licik melarikan diri daripada pawang dan penangkap buaya profesional sehingga pada suatu ketika ia dianggap sebagai binatang jelmaan.


Pada cuti hari Gawai yang lepas, kami sempat ke Sungai Batang Lupar, Sri Aman untuk melihat kejadian Benak ini. Malangnya, kami diberi informasi yang salah tentang waktunya berlakunya benak dan menyebabkan kami terlambat sejam. Di Sungai Batang Lupar, anda akan mendapati jadual yang menunjukkan pada jam berapakah akan berlakunya benak dan ia dikira mengikut waktu air pasang berdasarkan kalendar almanak yang disediakan oleh pusat penyelidikan ilmu falak.



Ramai juga pengunjung yang kecewa kerana terlepas kejadian benak ini. Tetapi kami bercadang untuk ke Sri Aman sekali lagi sempena Pesta Benak ini pada 15-17 Jun(hujung minggu ini). Harap harap kali ini tidak terlepas lagi.
Comments
9 Responses to “Pesta Benak, Sri Aman”
Leave a Reply




TK atas tulisan anda. Saya fikir esok pun mungkin saya akan ke sana. tapi dengar cerita hotel dah penuh.
Moga saya tak dapat info yang salah dari orang yg benak, macam yg awak dapat.
TK
Din Taliban
Reply
[...] sebelum ini anda sudah membaca tentang posting Pesta Benak di Sri Aman, kemungkinan besar anda tidak akan tersenyum sinis apabila mendengar tentang Benak Idol [...]
Din, kami tak jadi pergi ke Pesta Benak 2007 minggu lepas, accommodation dah penuh, lambat sangat booking.
Reply
hello there….jangan sedih kalau tak dapat lihat benak di Sri Aman…saya orang kuching tetapi bekerja di Sri Aman….Untuk pengetahuan saudara saudari, anda semua boleh ke Sri Aman untuk melihat benak kerana every month benak akan berlaku during king tide…so, refer to almanac when is the king tide….normally, benak yang besar akan berlaku pada bulan 4….kalau anda nak pergi semasa pesta benak, diakui amat susah kerana accomodation selalu fully bokk…so, my advice you people lihat pada bulan 4…benak pada bulan 4 lagi besar….
Reply
tak payah pergi jauh2 sampai ke sri aman nak tengok benak. di kpg gedong serian pun ada.tapi di sri aman lagi best tengok benak…
Reply
aku dah saksikan kejadian benak di sri aman.aku dari kajang selangor lawatlah di www,cafemewah.blogspot.com
Reply
PESTA BENAK 2010.
sdikit info berkenaan pesta benak 2010 (dari sumber yg boleh dipercayai)..
pesta benak thn 2010 adalah pada tarikh
28/04/2010 : Rabu..
so booklh awal² hotel..^^
Reply
Benak menganas lg di Sri Aman..28.04.2010 Apa dah jd dgn Bujang Senang legenda..dah kenyang sb 2 xmenganas lg..dan kemana trbangnya Burung Merpati putih? Sri Aman dikonkan Benak? Ganaz hoo! Dan brapakah kos/nilai utk Benak menganas.?
Reply
Yeehaa benak menganas lg di Sri Aman..28.4.2010
Reply