Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur, 30 November – 2 Disember 2007

Pesta Batik Antarabangsa akan berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember 2007 (Jumaat – Ahad) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Acara utama yang bakal berlangsung adalah seperti pameran batik, pertunjukan dari peserta Piala Tan Sri Endon, galeri melukis batik serta demonstrasi membuat corak batik.

Pelbagai acara bakal disediakan untuk pengunjung dan keluarga seperti pertandingan melukis batik sekeluarga, pertandingan fesyen batik kanak kanak, pertandingan mencari harta karun dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan menyertai acara menderma, Batik FunWalk, bagi mengumpul dana untuk tabung Penyayang Pesakit Kanser dan Cancerlink Foundation.

Maklumat penuh:

Acara: Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur
Tempat: Kuala Lumpur Convention Center, KLCC (Bersebelahan KLCC Suria), Kuala Lumpur
Tarikh: 30 November 07-2 Disember 07 (Jumaat – Ahad)

Comments

4 Responses to “Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur, 30 November – 2 Disember 2007”

  1. amiza on July 11th, 2008 6:53 am

    saya mempunyai kelulusan SPM.saya berminat bekerja di bawah mara,sekiranya ade kekosongan jawatan di pesona batik.saya berminat utuk menjadi kerani.saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan saya ini

    Reply

  2. syahida on September 13th, 2008 2:07 am

    saya mempunyai adik yang sungguh berminat dalam pertandingan melukis batik..bagaimana nk apply masuk competition pesta batik malaysia.. i need the information..thanks

    Reply

  3. hafiz on November 20th, 2008 2:11 am

    pada cik syahida, sy nak bagi cadangan pd awak, aper kate cik cadangkan pd adik cik supaya masuk ki Institut Kraf Negara, di bawa kelolaan Kraftangan Malaysia. kerna disana adik cik akan mempelajari pelbagai teknik-teknik batik di bawah jurusan Seni Kraf Batik. Untuk menyertai pertandingan cik kene rajin browse paper atau internet mengenai pesta-pesta batik yang dianjurkan.

    Reply

  4. helmi batik sarawak on December 22nd, 2008 12:06 am

    Untuk cik syahida…piala seri endon diadakan setiap tahun dan pada tahun hadapan ianya di bawah kementerian warisan(KEKKWA) jadi cabaran lagi best…masuklah saya telah cuba masuk last year….dapat third prize..fashion.

    Reply

Leave a Reply