Pesawat Nuri Terhempas – Tiada Survivor

Berita kehilangan pesawat NURI milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang dikhuatiri jatuh terhempas berakhir dengan tragedi apabila kesemua 6 penumpang di dalam pesawat tersebut terkorban. Mereka yang terkorban ialah Kapten Nor Azlan Termuzi, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin, Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Udara Muhammad Ridzuan Ahmad.

Bangkai pesawat Nuri yang terhempas tersebut dijumpai pada hari ini jam 1.24 petang, 5 hari setelah ia dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kem Sungai Besi ke Kem Kuantan, Pahang.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Allahyarhamah Intan Asykeen sebelum ini bertugas di Sarawak dan merupakan satu satunya juruterbang TUDM wanita di seluruh Sarawak pada masa tersebut. Amat menyedihkan tarikh kemalangan berlaku pada jatuhnya hari lahir ibunya yang ke-51.

BUTTERWORTH: Masnah Norpiah has been feeling depressed since last Friday.

It was her 51st birthday. It was also the day her daughter Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof went missing.

Kapt Nor Intan was on the Nuri helicopter which went missing after taking off from the Sungai Besi airbase.

The others are pilot Kapt Nor Azlan Termuzi, air quartermaster Sjn Khusnizam Ariffin, Sjn Azmie Md Yassin, senior airman Saifulizam Alias and airman Muhammad Ridzuan Ahmad.

“She never forgets to call me, her father and five siblings on our birthdays.

“She called me the day before the incident to wish me Happy Birthday,” said a teary-eyed Masnah at her house in Taman Desa Murni, Sungai Dua, yesterday.

Her father Mohd Arof Arifin, 55, a retiree, asked Malaysians to pray for the safe return of his daughter and her five colleagues.

Petikan dari The Star Online.

Comments

25 Responses to “Pesawat Nuri Terhempas – Tiada Survivor”

  1. A.Z.I. on July 18th, 2007 3:17 am

    Such a tragedy, what happened to the crew of the recent Nuri crash.

    Reply

  2. Farah on July 18th, 2007 11:10 am

    Takziah pada keluarga mangsa..Al-Fatihah..

    Reply

  3. nor on July 19th, 2007 1:07 am

    Salam wbt…salam takziah untuk semua mangsa nahas nuri…..terase jugak kesedihan kaum keluarga mangsa walaupun jauh di KL sana. Saya pernah mengenal ikin (pembantu juruterbang) kerana kami sama-sama menuntut di matrikulasi yang sama sebelum ikin mengambil keputusan untuk meneruskan minatnya di TUDM. Semoga ikin bahagia dan aman di SANA. Ameen.

    Reply

  4. sharifah on July 19th, 2007 6:30 am

    Asskm,
    Bersama seluruah rakyat malaysia saya sungguh terharu dengan incident tersebut. Semoga kesemua mereka dirahmati ALLAH.Amin.Al Fatihah untuk mereka. Walau bagaimanapun saya berasa terkilan di atas kejadian ini yang telah berulangkali berlaku.Di atas sebab tertentu.Dengan harapan kerajaan akan lebih bertanggungjawab di atas arahan dan apajua tindakan selanjutnya serta iktibar perlu diambil kira.

    Reply

  5. NAZILA on July 20th, 2007 6:03 am

    AS’KUM.

    TAKZIAH KEPADA KELUARGA WIRA-WIRA NEGARA MANGSA NAHAS NURI…HARAPAN TIADA LAGI PERISTIWA YANG SAMA BERULANG LAGI..AL FATIHAH…MUDAHAN DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG2 BERIMAN..AMIN

    Reply

  6. rosnina binti othman on July 20th, 2007 6:03 am

    assalamualaikum

    saya mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mangsa.

    Reply

  7. laila_B'WORTH on July 20th, 2007 6:25 am

    AS’KUM..
    ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa nahas NURI..Semoga ke-enam enam mangsa nahas; allahyarham dan allahyarhamah, di berkati Allah s.w.t, dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman.. Mereka adalah wira NEGARA..PERGINYA DIINGATI DAN NAMA MEREKA DIKENANG…
    Al-Fatihah.

    Reply

  8. mr FBI on July 20th, 2007 8:28 am

    kepada TUDM belilah heli baru….dah bertahun pakai yang buruk ni…kereta nak baru mahal up to date tapi untuk anngota biarje pakai yg buruk rosak ketinggalan zaman…. ambik tindakan segera jgn membazir wang kerajaan kearah lain… bila dah jadi camni sapa yg susah…anak org tu nak ganti pakai apa duit..? ingat family diaorg nak sgt ke duit ratus ribu tu..? nyawa bkn bule bayar camtu jer…kalau perang logik la ni crash….pasal ntah apa apa ntah…ambil tindakan PTU

    Reply

  9. azali mohd senin on July 20th, 2007 2:30 pm

    takziah kpd semua keluarga mangsa nahas nuri ,semoga roh mereka ditempatkan dgn roh mati sahid,kpd kerajaan m,sia &TUDM belilah pesawat baru,,pesawat lama melemahkan kami unyuk memohon pegawai TUDM,,kalau nak mati pun biarlah dlm keadaan berperang,jgfn mati kerana pesawat buruk…0176566046

    Reply

  10. Zul on July 20th, 2007 2:39 pm

    Kematian yang telah berlaku adalah takdir, jangan salahkan pesawat. Yang perlu kita buat adalah ambil iktibar dan berusaha.

    Reply

  11. pika on July 20th, 2007 5:33 pm

    salam takziah buat keluarga mangsa..kami doakan mereka akn di tmptkan di tempat yang paling baik disana..aminn.al-fatihah.

    Reply

  12. ezams on July 21st, 2007 1:02 am

    Harap2 kerajaan cepat2 ler tukaq semua pesawat nuri ni ye.. Memang ramai dah yg jadi korban nahas nuri ni. BTW, nice blog…

    Reply

  13. azestream on July 21st, 2007 4:38 pm

    takziah buat keluarga mangsa…saya cadangkan pesawat helikopter baru yang menggantikan Sikorsky nanti harus di tempatkan dan di buat penjawatan baru di setiap pangkalan udara supaya helikopter TUDM tidak perlu membuat pertukaran setiap minggu disebabkan sudah ada skuadron sendiri untuk baikpulih pesawat.Saya harap Kementah harus ambil iktibar di atas kejadian tersebut.

    Reply

  14. aida on July 25th, 2007 10:07 am

    BUNGA BANGSA

    ——————13 Julai 2007——————–

    Nuri berlegar di udara
    Hilang dari pantauan radar kawalan
    10 minit selepas berlepas!
    Perginya bunga –bunga bangsa
    48 hari sebelum merdeka!

    5 wira dengan semangat waja
    Bersama seorang wirawati mewakili kaumnya
    Seolah- olah sudah berjanji untuk pergi bersama
    selamanya…

    Kali terakhir di Awana
    Sebelum terputus hubungan…
    dengan menara kawalan
    Dan terputus hubungan…
    dengan rakyat Malaysia
    Kaum keluarga khususnya!

    Bagai peringatan …
    Sedutan demi sedutan
    Berita sedih lagi menggemparkan
    Kronologi pertahanan kajian ilmuan
    Bahawa setiap sudut mesti diselidik
    Oleh para cerdik!

    Kita takkan buntu kalau kita bersatu
    Harapan tetap ada dengan doa berpadu
    Walau hanya jasad yang ditemu
    Kerana malang tidak berbau
    Jangan mereka dikuburkan tanpa batu!

    Kembalilah ke tanah asal wahai jiwa yang tenang!
    Disambut rintih hiba keluarga penuh redha
    Dari Kedah hingga ke Johor
    Syukur dan akur
    Sekurangnya mereka bersemadi di liang kubur,
    Dan kita sejenak bertafakur
    Menghayati berita gempar menjawab debar!

    Dalam rintih pedih bertakhtakan iman
    Waris bersuara
    Kami bangga mereka pergi sebagai wira!
    AL-FATIHAH
    Perginya warga berlian di usia muda!
    Dalam misi menjadi bunga bangsa!
    Berita : 19-07-2007 07:47:44 PM : Mayat terakhir mangsa nahas Nuri,juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29, yang tersepit di dalam kokpit helikopter berjaya dikeluarkan
    MENGIMBAS PERKEMBANGAN BERITA

    SEAKAN TERIMBAS SENYUMAN MEREKA!
    —BUNGA BANGSA—

    20 Julai 2007
    ——–@id@di@n@@ziz——-

    Reply

  15. cool boy on July 26th, 2007 3:18 pm

    takziah wat ckg maizatul shima atas kehilangan suami tercinta iaitu Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin..
    al-Fatihah..semoga roh smua mangsa dicucuri Allah S.W.T..amin..

    Reply

  16. simbad on July 27th, 2007 4:11 pm

    awat…super link (TLDM) agusta (TDM) boleh beli, Nuri takleh plak di ganti awal..kapal selam siap sambung plak tu..sukhoi 2 biji tu pulak dibangga-banggakan…siap tunjuk aksi kat kuantan betapa gah nya kuasa tentera Malaysia yang kucintai..tapi nuri masih terus digunakan dalam menunggu proses pembelian helikopter baru..

    Reply

  17. izzati on August 2nd, 2007 1:44 am

    rasa sedih dan hiba bila baca berita mengenai nahas nuri..harap perkara ini tidak berulang..al-fatihah untuk semua mangsa..

    Reply

  18. moonstar on August 12th, 2007 6:10 pm

    Inalillah…

    aku kan.. tak tau la.. nak habaq lagu mana.. semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Amin…

    aku kan.. rasa nak sekeh orag yang start publish gambar kekonon real la sangat gamabr nahas nuri..aku sekeh kepala lutut dia kang…

    Reply

  19. lokman bin abd aziz on August 18th, 2007 3:09 pm

    kerajaan akan melupuskan kereta yang melebihi usia tua di jalan raya..tapi yg berlegar2 di udara tu x pulak ambil kira.

    Reply

  20. kawan on September 5th, 2007 8:11 am

    Hilang Nuri boleh dicari…
    Gugur Nuri boleh diganti…

    Hilang Nyawa merentap jiwa…
    Gugur mereka kerana negara…

    Keen..Alan..kami amat merindui kamu..
    Moga roh kalian tenang bersemadi..
    Al-Fatihah

    Reply

  21. fieda on September 15th, 2007 9:24 pm

    walau 2 bulan telah berlalu…tapi hati masih pilu bilan mengingatkan…Al Fatihah buat semua yang telah pergi…moga mereke di tempatkan bersama orang2 yang beriman….InsyaALLAH

    Reply

  22. mieeee on September 22nd, 2007 10:10 am

    salam takziah kepada keluarga mangsa pesawat nuri.sabarlah menempuh hari mulia yg akan menjelma.dr satria negara.bn 304 inf(aw),kem gerik,perak….

    Reply

  23. Lt Col Romizan(4 RAMD) on October 17th, 2007 1:37 pm

    Kami berharap kerajaan dapat menukar nuri yg sedia ada sekarang.jika saya di tukarkan ke tudm pun saya x sanggup!saya x sanggup mati sia2.kecuali korban kerana menentang musuh.kerajaan sanggup membayar kenaikan gaji kakitangannya..mengapa untuk mengantikan nuri pun payah.malaysia semakin maju…gaji perdana menteri pun hampir RM60.0000 sebulan.sudah tiba masanya digantikan segera.

    Reply

  24. Sjn Masooad(balai polis Klang) on October 17th, 2007 1:41 pm

    lain kali masuk polis…jangan masuk tentera.sekarang ni polis lagi ramai terkorban dari tentera.gaji nak naik!kerja pun mesti mencabar.bila kena saman salahkan polis.ini dah tugas kami.orang bagi rasuah kami ambillah.kami x minta pun.rezeki jangan tolak beb.

    Reply

  25. bbyanna86 on March 13th, 2008 9:31 am

    sy setuju sgt2 dgn mr FBI….
    nyawa bkn bole di beli ngan wang….
    tukar la heli br….
    xkn la krajaan x mampu sgt nk beli….
    pkr2 sama nyawa org nie….
    kesian pd kuarga mangsa….
    n takziah pd mereka yg telah kerahmatullah…
    al_fatihah…

    Reply

Leave a Reply