Perodua Viva ganti Kancil & Kelisa
Perodua telah melancarkan model terbaru kereta kompak Perodua Viva dengan tiga jenis keupayaan enjin iaitu 660cc, 850cc dan 1,000cc. Harga atas jalan Viva ialah antara RM28,400 hingga RM43,800 sebuah dan ditawarkan dalam lima pilihan warna.

Model Viva adalah pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kancil dan Kelisa.
Bagi kereta dengan keupayaan enjin 660cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu Standard dan Premium. Bagi Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.

Kereta keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD).

Di peringkat pelancaran, Perodua menyediakan sebanyak 2,000 buah Viva yang sedia untuk dijual kepada orang ramai bagi mengelakkan tempoh tempahan yang terlalu lama seperti yang berlaku ke atas model Myvi dulu.
Technorati Tags: perodua viva
Entry Lain Yang Menarik:
Comments
2 Responses to “Perodua Viva ganti Kancil & Kelisa”
Leave a Reply




Brown…
OMG! I cant beleive it….
kepada sesiapa yang berminat untuk menempahan perodua viva atau myvi sila hubungi afidah(sales executive perodua) 019-5703950..Promosi diskaun hebat menanti anda
Reply