Perniagaan keropok beri hasil lumayan
Negeri Terengganu memang dikenali dengan slogan ‘negeri cantik, budaya menarik’. Selain itu, Terengganu juga tersohor dengan keropok lekornya yang terkenal. Walaupun keropok lekor boleh didapati di negeri negeri lain seperti di Kelantan, Pahang mahupun KL, tetapi pasti kita akan mengaitkan perniagaan keropok lekor dengan negeri Terengganu. Kalau berkunjung ke Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah beli keropok lekor.
Ramai pengusaha perniagaan keropok di Terengganu yang telah berjaya. Salah satunya ialah Keropok Lekor Sukaramai, yang terletak di jalan Batu Rakit. Keropok Lekor Sukaramai dimiliki dan diusahakan oleh Puan Ramzas Daud, 45 yang membuka perniagaannya sejak 19 tahun yang dulu.
Puan Ramzas sendiri tidak menyangka perniagaan kecil kecilan yang dimulakan hampir 20 tahun dulu akan berkembang besar dan dikenali ramai, malah dikunjungi oleh pengunjung pengunjung dari luar Terengganu. Niat yang asal adalah untuk membantu keluarga menambah pendapatan dan menyara keluarga. Ramzas bekerja dengan ikhlas dan bersungguh sungguh. Benarlah kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyungnya, mana nak dapat sagu. Dia kini berbangga memiliki rumah besar dan berkereta mewah.
Keropok Sukaramai bermula di hadapan rumah Ramzas sendiri dan cepat mendapat sambutan berdasarkan kedudukannya yang strategik di tepi jalan. Gembira dengan perkembangan tersebut, mereka terus mengembangkan perniagaannya dengan membuka kilang memproses ikan dan keropok di belakang rumahnya dengan dibantu oleh anak anaknya. Puan Ramzas telah membuktikan seorang wanita dan juga ibu tunggal sepertinya juga boleh berjaya dalam bidang perniagaan.
Beliau juga bangga kerana perniagaan ini adalah hasil titik peluh sendiri. Antara faktor kejayaan lain Keropok Lekor Sukaramai ialah resepi keropoknya yang merupakan resepinya sendiri serta layanan mesra yang diberi kepada pelanggan. Keramahan, sikap rendah diri dan menjaga hati pelanggan menjadi tarikan utama untuk pelanggan terus bertandang ke gerai perniagaan Keropok Sukaramai.
Comments
5 Responses to “Perniagaan keropok beri hasil lumayan”
Leave a Reply




Kami memyediakan kemudahan design & print secara online dan onsite service sekitar Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.Ruangkan masa anda untuk mendapat maklumat terperinci di laman web kami.
Reply
sape nk berniage keropok lekor?x tahu resepi dan care? boleh upah saye untuk ajar…
Reply
salam,
saya mencari kini tempat untuk menjalani latihan peralihan, skop kerja yang saya nak buat latihan peralihan tu adalah buat keropok lekor, jad kalau ada sapa2 yang tau kilang mana yang leh amik org buat peralihan tu leh ler gtau k…tq
Reply
samb….
kalau boleh saya nak di negeri terengganu saja….k tq all…
Reply
salam… saya dan rakan ialah mahasiswa universiti malaysia terengganu ingin bekerjasama dgn pihak puan dalam kerja kursus kami. kami berharap puan dapat menjadi mentor kami untuk projek keusahawan kami.
Reply