Perlawanan Manchester United-Malaysia batal
Perlawanan persahabatan bolasepak antara kelab Manchester United dan Malaysia yang bakal diadakan pada bulan Julai ini telah dibatalkan. Kenapa? Perlawanan antara Man U dan Malaysia dijadualkan berlangsung pada masa kejohanan Asia diadakan dan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) telah menegaskan FAM telah melanggar kontrak untuk tidak melangsungkan perlawanan bolasepak lain yang bakal menjejaskan promosi piala Asia.
Selepas beberapa pusingan diskusi antara FAM, AFC dan eksekutif Manchester United FC, tiada jalan penyelesaian dibuat di mana AFC berkeras tidak mahu perlawanan tersebut diteruskan dan dibuat pada tarikh yang lain. Manchester United pula pada dasarnya tidak boleh menangguhkan perlawanan ke hari lain.
Penyokong Arsenal, Chelsea dan Liverpool rata rata mengalu alukan keputusan tersebut dengan alasan kedatangan Manchester United ke Malaysia tidak akan membawa perbezaan.
“Rakyat Malaysia juga masih boleh hidup dengan aman tanpa kehadiran Manchester United,” kata seorang peminat fanatik Arsenal yang hanya dikenali sebagai Anti-Man-U. Anti-Man-U merupakan menyokong Arsenal sejak 1998. Tambah Anti-Man-U lagi, dia tidak membenci Manchester United, tetapi tidak mahu isu ini berpanjangan dan juga untuk menjaga nama baik FAM.
Seorang lagi peminat bolasepak tempatan yang tidak menyokong mana mana kelab Eropah, Man-U-Sucks, ada baiknya jika perlawanan tersebut tidak diteruskan kerana FAM berura ura menghantar pasukan pilihan yang kuat yang dijangka boleh mengalahkan Manchester United yang datang hanya sekadar untuk bersiar siar. Ini termasuk meletakkan jentera penjaring liga tempatan, Philimon Chipeta yang bermain untuk Perlis, sebagai penyerang utama.
“Jika ini berlaku, FAM yang agak pendek akalnya akan memberi habuan yang tidak munasabah kepada pemain Malaysia.”
Pada lewat 90-an, FAM telah menghadiahkan RM5000 seorang kepada pemain Malaysia yang bermain menentang pasukan Arsenal di stadium Nasional Bukit Jalil walaupun pasukan Malaysia tewas 2-0 pada perlawanan tersebut dengan alasan pemain negara ‘bermain dengan baik’. Tindakan FAM mendapat kecaman pelbagai pihak kerana perlawanan tersebut merupakan perlawanan pertunjukan dan persahabatan, bukannya perlawanan kompetitif. Ironinya juga, beberapa hari selepas itu, pasukan Thailand menewaskan Arsenal 4-3 tetapi tidak mendapat apa apa imbuhan dari persatuan bolasepak negara tersebut.
Pemain pemain Manchester United pula harus mengambil keputusan ini sebagai sesuatu yang positif kerana pembatalan perlawanan ini membolehkan mereka mengambil masa terluang menziarahi rumah rakan rakan mereka sambil bersiar siar di tempat tempat lain yang lebih cantik dan menarik.
Comments
One Response to “Perlawanan Manchester United-Malaysia batal”
Leave a Reply




gooooooooooodddd!!!!!
i like it, ahak ahak
Reply