Penang Bakal Dapat WiFi Percuma
Penduduk Pulau Pinang bakal dapat menikmati khidmat internet wireless WiFi secara percuma, setelah kerajaan negeri melancarkan projek Penang Free WiFi, semalam. Pelancaran projek tersebut dilakukan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar.
Ia bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di negara ini yang mempunyai khidmat WiFi percuma secara menyeluruh.
Menerusi Penang Free WiFi, mereka yang tinggal di Pulau Pinang, samaada di tanah besar atau di kepulauan bakal menerima sambungan internet tanpa wayar secara berperingkat, sehingga tamatnya perlaksanaan projek tersebut yang dijangka memakan masa dari 18 hingga 24 bulan (setahun setengah hingga dua tahun). Sebuah syarikat tempatan, REDtone International, yang merupakan syarikat terkemuka negara dalam bidang teknologi dan komunikasi, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek tersebut.
Sebanyak lebih 700 pusat penyebaran (access point) bakal ditempatkan di tempat tempat strategik bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, bermula dengan kawasan Queensbay, diikuti dengan kawasan kawasan lain seperti Georgetown, Tanjung Bungah, Universiti Sains Malaysia (USM), Jalan Macalister, Jalan Burmah, Gurney Plaza, Butterworth dan sebagainya.
Comments
One Response to “Penang Bakal Dapat WiFi Percuma”
Leave a Reply




mengenai perkara di atas iaitu wifi percuma di pulau pinang. penduduk pulau pinang kemungkinan amat berbangga mengenainya, tetapi ada segelintir penduduk tidak senang hati dengan ketibaan wifi tersebut. oleh kerana peniaga-peniaga atau bakal peniaga yang menawarkan perkhidmatan internet atau lebih jelas lagi cyber cafe kemungkinan mengalami kerugian yang amat besar di dalam menghadapi situasi tersebut. dan ada yang menyatakan radiasi atau gelombang wifi tersebut mungkin menjejaskan kesihatan penduduk, dan keadaan yang mungkin akan berlaku iaitu penggunaan wifi tersebut dapat memberi kesan negatif terhadap jenerasi muda, kemungkinan penyalahgunaan perkhidmatan tersebut akan berlaku dari segi melayari laman web yang tidak sepatutnya di layari oleh jenerasi muda. bagaimana pihak yang berkenaan mengatasi masalah tersebut?
Reply