Pasu Sarawak
Satu lagi kegilaan pengunjung (perkataan ‘kegilaan’ tu sebenarnya hanyalah exaggeration semata) yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dan membawa balik keunikan Sarawak menjadi motif mereka yang datang berkunjung di sini. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.
Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak yang menjadikannya bahan yang mesti ada dalam majlis majlis keramaian dan pesta seperti upacara Gawai, pengebumian dan perkahwinan. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini.

Antara tempat yang popular dan seringkali dikunjungi ramai ialah Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Kawasan Batu 4 menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu pasu dibuat dan terus dijual di sini. Jadi selain melihat pelbagai corak dan bentuk pasu, anda juga berkesempatan untuk melihat sendiri proses bagaimana pasu bunga dihasilkan daripada tanah liat pada suhu mencecah lebih 800 degree celcius!


Pelbagai jenis, saiz dan bentu pasu yang boleh anda perolehi di sini. Pasu pasu Sarawak ini juga sesuai untuk dijadikan perhiasan serta menempati pelbagai jenis ruang di kediaman anda. Jika sekiranya Eric Leong dari Casa Impian datang ke sini, mesti air liur dia merembes tak henti henti kerana tak tahan dengan godaan pilihan pasu yang menarik.

Sesetengah pasu yang dihasilkan juga sesuai untuk dijadikan hiasan lampu. Jika kita mahu, tuan kedai akan membuat wiring ke dalam pasu tersebut supaya mudah untuk kita memasukkan mentol dan manjadikannya lampu hiasan atau lampu bilik tidur. Kebetulan sewaktu singgah di salah sebuah kilang pasu tempoh hari, kami tertarik dengan idea lampu bilik tidur menggunakan pasu Sarawak.
Sebenarnya, wiring yang dibuat terlalu mudah dan bagi kami kurang praktikal untuk digunakan sebagai lampu bilik tidur. Ini disebabkan wayar yang dipasang perlu disambung dengan soket 2 kaki (perlu disambung sendiri) manakala wayar yang diberi tidak diberi suis. Ini bermakna, jika kita hendak buka atau tutup lampu tersebut, kita terpaksa berjalan ke suis untuk membuka/menutupnya. Leceh, bukan?

Jadi, saya ambil keputusan untuk improvise sikit wiring dia tu supaya jadi lebih mudah dan praktikal. Caranya mudah sahaja. Memandangkan kami mempunyai sepasang lampu IKEA yang tidak digunakan, saya telah memotong wayar lampu tersebut yang kebetulan mempunyai suis, dan menggantikan wayar yang dipasang oleh kilang pasu tersebut. Sementara itu panel pemegang mentol dikekalkan.




Amacam, ok kan pasu Sarawak ni?
Comments
9 Responses to “Pasu Sarawak”
Leave a Reply




Humangaih… jauh tue.. Sarawak jauh la beb…
Reply
Takpe, kalau free tu boleh la plan datang sini skali sekala. Kena beli tiket awal2 sket le. Nanti kitorang bawak pi jalan2 area kuching ni.
Reply
Assalamualaikum Zul…. kami dah selamat sampai ke semenanjung dengan memborong pelbagai barangan istimewa dari Sarawak….. kami sepmat berkenalan dengan Encik Sofian..tokey Barok Village… warong makan seberang sungai tu….. baik orangnya… bersama dia melewati Waterfront dan membeli barangan kraftangan dengan mendapat harga ’sofian’…. lebih dari separuh harga!!!!!…. kami merancang nak ke sana lagi!!!!!!
Reply
Fuyo.. sampai camtu sekali. Kami walaupun dah berkali kali makan kat Barok Village tu, belum berkesempatan bersembang panjang dengan tokeinya, nampak cam sibuk je selalu. Next time kalau pegi kena tegur lah.
Reply
hai eric, boleh tak u bantu i & beri idea macam mana nak buat perhiasan dalaman dalam rumah panjang supaya nampak macam mewah & berstail. boelh tak u bagi tau i apa warna yang paling sesuai supaya ruangan nampak besar, ceria, menarik, sejuk mata memandang & boleh membuatkan jiwa tenang.
Reply
saya mencari artikel mengenai pasu sarawak dlm internet, namun tak dapat. Sesiapa yg sudi membantu, saya ucapkan terima kasih.
Reply
Good evening,
I hereby would like to request for catalog of the vases that is produce by your company.
I am a selfemployed guide for one day visitor to Johore from Singapore. May of my client were requesting for vases made in Malaysia. I have brought them to Ayer Hitam in Johor but they are not that happy with the workmanship. So with the Catalog that i have i show them and even couirer to the homeland. Hope u could help me in this.
Thank You.
Reply
saya dan keluarga akan ke kuching hujung tahun ni.
Kami tak pernah ke sana. Tiket dah booking tapi hotel belum lagi. Kami tak tau nak mulakan macam mana. Kalau ada idea atau ‘kaki’ bolehlah bantu kami yang tak pernah jejak sana.
Reply
Hj Salleh B. Hj Sondong Reply:
August 7th, 2009 at 2:24 am
Salam,Nubah saya hj salleh dr Damai Indrawasih Transportation. Jika nak kita tempah hotel budget/star dan uruskan pengangkutan dari airport/hotel bole email : putri_damai@yahoo.com atau cll : 019-8274546 ye.
Terima kasih.
Reply