Pasar Serikin
Bagi yang bercadang ke Kuching, Sarawak, jangan lupa dengan nama Pasar Serikin. Serikin terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan dan jarak perjalanan dari bandar Kuching memakan masa dari 1 jam -1 jam setengah. Kata orang, rugi kalau tak ke Pasar Serikin, kerana barang barang dari Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah di sini. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarong, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.

Kebanyakan peniaga di sini datangnya sama ada dari Indonesia ataupun Kuching. Menurut beberapa rakan yang tinggal di sini, peniaga dari Indonesia ini kebanyakannya dari suku kaum Madura, satu kaum yang suka, dan pandai berniaga di sini. Mereka juga kaum yang berkerja kuat. Kalau di Malaysia boleh lah disamakan dengan kaum Cina.


Bak kata kata nasihat orang orang tua (yang agak cliche), bila kita nak membeli belah di negara orang, kenalah pandai sedikit bertutur dalam bahasa Indonesia atau Sarawak. Ini untuk mengelakkan kita dari ditipu dan diberikan harga tinggi oleh penjual di sini. Kalau tak reti pun bawalah seseorang yang pandai bercakap bahasa tempatan. Atau pun bawa orang yang dah selalu datang Serikin ni, macam kami (ehem.. ehem..). Bukannya apa, bandar Kuching tak sebesar mana, jadi bila dah lama lama duduk alih alih ke Serikin jugak jadinya. Kadang kadang tu Serikin pergi saja nak cuci mata. Sesetengah tokei kedai tu dah kenal kita so bila dah sampai sana mesti ajak masuk untuk tengok produk terbarunya.

Masa duduk KL dulu banyak pilihan untuk shopping. Minggu ni boleh ke MidValley. Minggu depan KLCC. Lepas tu ada Leisure Mall di Cheras. Ada IOI Mall di Puchong. Ada Berjaya, Sungei Wang, BB, Imbi dan Low Yatt di Bukit Bintang. Ada One Utama dan IKEA (menarik!) di Damansara. Paling tidak pun ke Endah Parade di Sri Petaling.
Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang ataupun Langkawi. Tetapi walaupun konsep kedai yang sama, barang yang dijual adalah unik dan tak sama kalau nak dibandingkan dengan semenanjung. Kenapa? Tak percaya? Datang dulu baru percaya.
Pasar Serikin dibuka pada hujung minggu sahaja, iaitu Sabtu dan Ahad, dari pukul 7am (lebih kurang, ada yang buka lagi awal!) hingga 2 petang. Walaupun Pasar Serikin ini terletak jauh dari bandar, dan masih banyak pokok2 yang tak ditebang, sebenarnya kawasan Serikin ini panas. Memang panas. Sebab itu digalakkan untuk datang awal pagi supaya cuaca panas tak mencekik anda bila jarum jam mencecah 11 pagi dan ke atas.

Kalau boleh sampai dalam pukul 7.30 pagi atau pukul 8 lagi bagus. Lagipun waktu ini orang tak berapa ramai, jadi jalan pun tak terlalu sesak. Sedikit amaran; jika waktu cuti sekolah atau cuti cuti umum, pasar Serikin akan sesak dan penuh dengan umat manusia. Lagi satu, seelok eloknya, kunjungilah jamban sebelum ke Serikin ini, kerana kemudahan tandas di sini agak terhad. Tandas yang ada seringkali dikunjungi, anda mungkin terpaksa beratur selama 10-15 minit sebelum mendapat giliran untuk melepaskan hajat. Dan seboleh bolehnya bawalah sedikit bekalan makanan untuk mengisi perut yang lapar. Maklumlah, perjalanan dari bandar Kuching agak jauh.

Anda juga boleh berhenti di pekan Bau (sebut Baok) untuk mengisi minyak, buang minyak ataupun untuk makan. Pekan Bau terletak dalam perjalanan ke Serikin dan jaraknya kira kira 1/2 jama dari Serikin. Kedai makanan orang Islam di Bau agak banyak pilihannya jadi tak ada masalah. Kalau ada masa lebih tu, anda juga boleh melawat Gua Angin yang terletak kira kira 5 kilometer sahaja dari pekan Bau. Itupun kalau anda masih belum penat berjalan kaki dan memborong barang di Pasar Serikin.
Comments
25 Responses to “Pasar Serikin”
Leave a Reply




Tempat ni sangat best. Boleh lupa dunia bila dapat tahu harga2 barang kat sini. Kalau kat KL, Petaling Street harga barang dia RM70-90, kat Serikin ni dalam RM10-RM15 ajer!! Barang2 kat sini pun berjenama2 semua. Semua yg ada kat Chowkit/PetalingStreet/Uptown ada jugak kat sini. Boleh kata Serikin ni “King Of Pasar” wakakaka…watdahel?
Reply
saya pun bersetuju ttg tempat ni. tapi peniaga disitu nampak sudah mula ambil peluang untuk menaikan harga barang.memandangkan saya org sarawak saya tahulah nilai sebenar harga barang yang asal mereka jual namun apabila ramai org dari semenanjung dtg mereka tidak buat tawar menawar malahan sentiasa cakap harga yang diberikan oleh peniaga indon ni sangat murah.padahal bagi kami orang s’wak kami tahu itu harga tipu.sedarlah saudara ku yang dtg dari semenanjung bahwasanya saudara -saudari telah diperbodahkan oleh peniaga asing ( indon ) yang mana sepatutnya kitalah yang ambil kesempatan keatas mereka.
Reply
edah Reply:
June 1st, 2009 at 1:09 pm
Adalah lebih baik sahabat-sahabat yang dari semenanjung haruslah mengambil inisiatif lain supaya tidak ditipu oleh peniaga di situ. Contohnya bawalah orang tempatan bersama anda.
Reply
pasar bau ni klu sesape yg g srawak x dtg pasar bau mmg rugi besar lh coz kat cni semua brang ade..sampai bleh jadi rambang mata x tau nk bli yg mana satu. satu lg harga at cni murah2.tp satu je lh klu sesape yg alahan ngan debu n panas baik x yah dtg..klu nk dtg kene dtg awal2 pgi lh..klu dh wktu mencecah kul 10 2 cuaca mmg mmg panas lh campur ngan debu kuat gler..tp bg krg yg mmg gler shoping hal ni semua krg x endahkn..sama gak cam aku..huhuhu
Reply
jauh x dr kuching?baper lama kalo naik cab n baper tambang teksi?
Reply
misha, tak jauhlah serikin…dalam sejam setengah dri kuching. bagi yang belum biasa mungkin ambil masa dalam 2 jam. tambang teksi tak berapa pasti juga lah. mungkin dalam rm50. apa kata u cari van sewa ke kalau nak pergi serikin.
Reply
kt kuching tu xde kereta sewa ke? susah la kalau nak naik cab la, bas la… kalau ada inform la dengan saya… yang boleh dipercayai tau.. dan harga berpatutan
Reply
Saya akan pergi ke Kuching pada awal Oct ni by group so boleh tak sesiapa yang sudi menjadi kawan unt membawa kami melawat tepat-tepat yang menarik di sana dan dimana kah tempat tinggal yang harga nya berpatutan utk kami bermalam disana selama 4h 3m.
Reply
salleh Reply:
June 29th, 2009 at 3:28 am
saya hj salleh damai indrawasih transportation kalau nak saya atur pengangkutan & jalan2 sekitar kuching bole email: putri_damai@yahoo.com atau call ke : 019-8274546.
Terima Kasih.
Reply
Rehat Reply:
July 1st, 2009 at 2:41 am
tambang ke Serikin berapa RM?
Reply
salleh Reply:
June 29th, 2009 at 3:31 am
kalau nak budget hotel pun saya bole aturkan sekitar rm 85 x 2 katil besar boleh muat 4 org..
Terima kasih
Hj salleh
Reply
umm…betoi 2 betoi..
mmg murah2 blake..
sape yg xberkesempatan pg bleh arr oder ngan sy ker..bleh tlg blikan..
Reply
Saya dan family pun akan ke sana 1 to 6 Oct. Kalau ada orang nak guide kami pun bagus juga.
To Noraziah: Are you going the same date as me? boleh tumpang guide lah kalau ada.
Reply
salleh Reply:
July 2nd, 2009 at 1:39 am
HAI MIN, KALAU NAK SAYA URUSKAN HOTEL/BUDGET & TRANSPORT BOLE EMEL SAYA DI : putri_damai@yahoo.com ATAU CALL : 019-8274546/016-8565653.
TERIMA KASIH.
HJ SALLEH B. HJ SONDONG/LINA
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION, KUCHING
Reply
saya nak gi kuching pada 3 hingga 7 julai 2009 bersama dengan family (7 dewasa,4kanak-kanak).mahu mencari budget homestay dan transport.
Reply
salleh Reply:
July 1st, 2009 at 4:05 am
SALAM, ADNAN..NAK SAYA URUSKAN BUDGET HOTEL DI PUSAT BANDAR SEKITAR RM 85 x 2 KATIL BESAR. PENGANGKUTAN VAN JUGA ADA. JIKA BERMINAT BOLE EMEL: putri_damai@yahoo.com ATAU CALL : 019-8274546
TERIMA KASIH.
HJ SALLEH B. HJ SONDONG
DAMAI INDRAWASIH TRANSPORTATION
Reply
gua angin – lu hangin? ehehe, funny ghiteww
Reply
kalau nak pi serikin tu,aktiviti tawar menawar jgn lupa. skarang peniaga2 indon dah pandai naikkan harga. buat servay dulu spanjang jln tu pas tu barulah beli apa yg kita nak…tawar habis-habisan
Reply
salam…
Rugi oooo klu x pegi pasar serikin nie..baru je balik dari sarawak n kawan da bawa pegi sana…best best…murah-murah lagi tu…rasanya nak pegi lagi arr….huhuhuhuhuhu
Reply
15-18 ogos nie nak pergi kuching, nak jugak lihat kehebatan pasar serikin nie
Reply
Patut la kat Sarawak kat lorong2 belakang baunya kemain haring & hancing sebab toilet susah nak cari. Bukan setakat kat Serikin aje, kat Miri pun sama. Di tempat pelancongan pun amat susah nak cari toilet. Bayangkanlah pusat pelancongan tu buka pukul 10 pagi tapi toilet tu pukul 11 berkunci lagi. Abih cam mana? Pengurusan kebersihan di Negeri Sarawak amat kurang sekali…
Reply
Salam, Saya Nizam…. Kita ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan & Homestay di Kuching Sarawak…… Harga berpatutan dan murah serta perkhidmat yg cemerlang…… Sila hubungi saya Nizam di no. 0138000007.. Tq
Reply
hehehe..nak berak susah beb…mkn pun xlalu klu tgok muka tokey kdi kat sana
Reply
Betul ke pasar ni buka hari minggu (sabtu-ahad) saja. hari-hari lain tidak buka?
Reply
Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman Reply:
September 20th, 2010 at 2:25 am
Salam,
Hari oparasi ialah Sabtu & Ahad sahaja…. kalau perlu perkhidmatan Homestay Dan Van Sila hubungi saya di nO: 0138000007….. Tq.
Reply