Pak Lah kahwin: Ijab kabul selesai

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah, selamat diijab kabulkan dengan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah di kediaman rasmi Perdana Menteri, hari ini, 9 Jun 2007. Akad nikah antara Pak Lah dan Jeanne disempurnakan oleh Imam Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat dengan anak (Datuk Kamaluddin) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) menjadi saksi.

Majlis akad nikah tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, dan ini telah diumumkan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri sebelum ini. Laporan media juga tidak dibenarkan disiarkan untuk majlis kahwin tersebut. Keluarga Perdana Menteri juga mengeluarkan kenyataan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kebahagian hidup dalam perkahwinan antara Pak Lah dan Jeanne.

Profil dan gambar Jeanne Abdullah.

Comments

Leave a Reply