Pak Lah kahwin 9 Jun 07
Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah (gambar) dengan akad nikah dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 9 Jun ini.
Berita diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan akhbar hari ini dan telah disampaikan oleh media media utama termasuk stesen televisyen dan akhbar tempatan utama.

Kenyataan akhbar tersebut juga memberikan sedikit maklumat profile tentang Jeanne Abdullah, bakal isteri perdana menteri itu. Jeanne, 53 dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang profesional di sektor swasta dan kerajaan termasuk dalam bidang perhotelan, pentadbiran dan juga menguruskan kediaman rasmi Perdana Menteri. Jeanne pernah bertugas di Hotel Hilton (Kuala Lumpur) dan juga Hotel Pan Pacific.
Tahniah Pak Lah dan Jeanne atas perkahwinan kalian berdua.
Gambar Jeanne Abdullah ehsan Jabatan Perdana Menteri/Bernama.
Comments
2 Responses to “Pak Lah kahwin 9 Jun 07”
Leave a Reply




[...] Pak Lah kahwin 9 Jun 07 [...]
[...] Profil dan gambar Jeanne Abdullah. « Pereka fesyen sebagai kerjaya [...]