Bill Gates Paling Kaya di Dunia
Majalah Forbes telah menamakan Bill Gates sebagai manusia paling kaya di dunia untuk tahun 2009. Ini bermakna, Gates kembali merampas takhta yang telah diambil alih oleh rakan lamanya, Warren Buffet, seorang pakar pengurusan kewangan yang juga peneraju syarikat pelaburan terkenal, Berkshire Hathaway.
Sebelum Buffet merampas takhta pada tahun lepas, Bill Gates, yang mengasaskan syarikat gergasi Microsoft telah bergelar sebagai orang paling kaya selama lebih 10 tahun berturut turut. Jumlah kekayaan Bill Gates merosot dengan teruk pada tahun lalu terutamanya disebabkan kegagalan Microsoft mengambil alih Yahoo Inc menyebabkannya dipintas oleh Buffet dan seorang lagi jutawan, Carlos Slim Helu dari Mexico.
Jadual Waktu Solat
Kini sudah tidak payah lagi untuk melihat atau membuat semakan jadual waktu solat setiap hari. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menyediakan portal khas, e-solat, yang boleh memberikan jadual waktu sembahyang yang tepat.
Pilihan waktu boleh dibuat berdasarkan negeri, daerah dan lokaliti dan ini memudahkan mereka yang berada di tempat lain pada sesuatu masa. Selain daripada itu, jadual e-solat juga boleh dijadikan rujukan jadual waktu bulan puasa di mana waktu waktu penting seperti imsak, sahur dan berbuka puasa dipaparkan. Bahkan juga, jadual waktu sola untuk yang berada di luar daripada negara Malaysia juga disediakan.
Klik di sini untukmelihat jadual waktu solat dari e-solat.
5 Hotel Best di Kuching
Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kuching, Sarawak, pasti anda akan tertanya tanya hotel manakah yang sesuai untuk diduduki sepanjang tempoh anda berada di situ? Anda mesti mahukan tempat persinggahan yang mudah dituju, dekat dengan tempat tempat menarik, serta tidak jauh dari kemudahan pengangkutan dan juga fasiliti lain.
Berikut adalah antara 5 hotel terbaik di Kuching yang boleh dicadangkan.
Hotel hotel yang disenaraikan di bawah semuanya terletak di bandaraya Kuching. Masih ada lagi hotel lain yang mungkin lebih menyeronokkan seperti di Santubong (seperti Permai Rainforest dan Holiday Inn Lagoon), tetapi memandangkan kedudukan mereka yang jauh (kira kira 1 jam perjalanan dari bandar Kuching), hotel hotel tersebut tidak dimasukkan ke sini.
1. Hilton
Hotel Hilton Kuching yang bertaraf lima bintang terletak betul betul bersebelahan dengan Kuching Waterfront yang terkenal. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda mengunjungi tempat tempat menarik seperti India Street, Pasar Gambir dan juga menaiki River Cruise. Apabila musim cuti, Hilton menjadi tumpuan bukan sahaja oleh pengunjung dalam negeri, bahkan juga mereka yang datang dari luar negeri. Jika mahu membuat tempahan, seboleh bolehnya ambil bilik yang tingkapnya menghadap ke arah Riverside.


