OMBAK KLCC

Ombak, yang terletak di KLCC (atau dikenali dengan Ombak KLCC) adalah outlet yang cukup terkenal dengan perabot, perhiasan dalaman (dekor), dan kraftangan eksotif yang bermotifkan corak, fesyen dan rekaan dari Asia. Rekaan dan barangan yang dihasilkan menggabungkan ciri ciri antik dan juga moden serta kontemporari. Jadi tanggapan bahawa produk Ombak hanya untuk mereka yang bercita rasa klasik dan gemarkan fesyen antik sahaja adalah tidak tepat.

Malah, rekaan dan barangan dari Ombak gemar dipilih oleh Eric Leong untuk dijadikan dekor untuk rancangan hiasan dalaman kegemaran ramai di Astro, Casa Impian. Tidak dinafikan Ombak adalah penaja yang seringkali muncul dalam rancangan Casa Impian. Eric tidak pernah menghampakan penontonnya dengan menggabungkan pelbagai produk, hiasan dan ruang untuk menambahkan seri dalam hiasan dalaman.  Produk di Ombak KLCC ada pelbagai jenis, tetapi boleh dibahagikan kepada 5 kategori yang utama:

1. Barangan seramik dan elemen antik

2. Pencahayaan (lilin dan lampu)

3. Patung/barang mainan, buku & frame gambar

4. Hiasan meja, gelas dan sudu garfu

5. Perabot dan fabrik

Outlet Ombak KLCC terletak di Lot 301-A, tingkat 3, KLCC Suria dan berhampiran dengan beberapa kedai yang menawarkan barangan hiasan dan kraftangan yang lain.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 4 Tip Rekaan Dapur

Comments

Leave a Reply