Nur Qistina Hayani

Mungkin ramai yang dah tahu tentang kisah Nur Qistina Hayani. Nur Qistina ialah seorang bayi kecil berumur 7 bulan yang menghidap penyakit hati yang jarang ditemui, Hepatoblastoma dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi. Kos rawatan kemoterapi dan pembedahan yang diperlukan adalah di sekitar RM100 ribu. Jika dilihat dari segi luaran dan fizikal, adik Nur Qistina nampak sihat dan comel, tapi di sebalik senyuman itu hanya tuhan yang mengetahui apa yang dilalui oleh adik kecil ini.

15 tahun dahulu, bapa Nur Qistina, Nazrol Hafiz adalah merupakan rakan senior sekolah saya dan merupakan pengawas dormitori saya sewaktu saya di tingkatan 1 (beliau waktu itu di tingkatan 5).

Sebagai seorang pengawas, beliau perlu tegas dalam mendisiplinkan kami tapi itu tidak menghalang kami untuk menyakat beliau seperti meletak selipar di atas katil dan juga menyembunyikan gayung mandi beliau.  Apabila bangun pagi dan mendapati gayungnya hilang, Nazrol akan mula bising. Sebagai balasan atas perbuatan kami itu kami akan dikenakan hukuman ketuk ketampi, tekan tubi dan membasuh baju. Jika tiada orang yang mengaku, kesemua 20 orang penghuni dorm tersebut akan menerima hukuman. Oleh kerana itulah kami rapat seperti adik beradik dan sedih apabila berpisah pada penghujung tahun.

Berasal dari Melaka, Nazrol, selain daripada seorang pengawas, juga seorang yang aktif dalam olahraga dan sukan. Beliau adalah salah seorang pemain yang membantu pasukan ragbi sekolah kami menjadi juara Negeri Sembilan. Untuk pasukan yang tidak diwakilinya Nazrol akan memastikan kami berada di setiap perlawanan untuk menyokong dan bersorak untuk pasukan sekolah. Pada tahun itu juga sekolah kami terkenal dengan pasukan bolasepak yang begitu kuat. Setelah menjuarai peringkat daerah Seremban Barat dengan menewaskan sebuah sekolah projek bolasepak negeri, mereka mengorak langkah dengan menjuarai Kejohanan MSSNS dalam perlawanan hebat yang berakhir dengan kemenangan 3-0. Berbanding pasukan daerah lain yang mengumpul pemain terbaik dari setiap sekolah, seluruh pasukan daerah Seremban Barat diwakili oleh pemain sekolah kami dan kemenangan mereka mengejutkan semua penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut. Walaupun sudah berbelas berbelas tahun berlalu, ia seakan masih baru di ingatan saya.

Beliau yang kini seorang usahawan menguruskan sebuah pusat latihan yang berkaitan dengan IT. Walaupun selepas tamat persekolahan, Nazrol masih aktif menghadiri dan juga menguruskan aktiviti aktiviti perjumpaan bekas pelajar sekolah (old boys). Nazrol juga mengendalikan kelas kelas percuma seperti kelas belajar al-Quran secara percuma kepada kumpulan rakan rakan. Beliau berkahwin pada bulan Jan 2006 dan anak pertama mereka, Nur Qistina lahir pada 28 October 2006.

Kisah penderitaan Nur Qistina juga mendapat liputan ramai blogger di Malaysia dan ramai di antara mereka menceritakan bagaiman mereka menangis apabila membaca kisah anak kecil yang tidak tahu apa apa ini. Apabila mengetahui tentang keadaan anaknya, saya dan rakan rakan terus mengadakan kutipan derma kilat. Nazrol juga telah menghasilkan laman web khusus untuk mengumpul dana rawatan Nur Qistina di www.Qistina.org.

Saya meminta maaf kepada Nazrol kerana agak lambat membuat posting berkenaan Nur Qistina ini. Kami berdoa semoga Nur Qistina akan cepat sembuh, dan semoga Nazrol dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. Bill Gates Paling Kaya di Dunia
  2. Arni Nazira Kahwin
  3. Jadual Waktu Solat

Comments

9 Responses to “Nur Qistina Hayani”

  1. juli marisa mohd harun on March 25th, 2008 2:25 am

    assalamualiakum..
    saya pelajar semester akhir di UPM dalam jurusan bacelor sastera Bahasa Melayu dan Linguistik memohon kerjasama pihak tuan agar dapat memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan saya..di sini saya sertakan nombor telefon saya sebagai rujukan pihak tuan.
    012-7950206

    Reply

  2. nurul on April 6th, 2008 9:16 am

    semoga Nur Qistina Hayani sembuh…insya-allah..

    Reply

  3. Mohd Khairi on April 20th, 2008 11:14 am

    AssaLamualaikum…
    saya mempunyai lulusan diploma elektronik,daripada politeknik..saya berharap pihak tuan agar dapat memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan saya..
    disini,saya sertakan no.telefon untuk rujukan pihak tuan…012-2153062

    Reply

  4. sumarti md zain on June 17th, 2008 7:19 am

    saya pun nak apply keja ni.. saya fresh graduate..saya sertakan nombor telefon untuk rujukan pihak tuan 0168380299..
    kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

    Reply

  5. noor razidah on July 5th, 2008 4:14 am

    saya ingin cari jawatan juruteknikm ukur bahan. saya ada sijil ukur bahan dari politeknik.
    sila call 017 9554209

    Reply

  6. noor razidah on July 5th, 2008 4:16 am

    saya ada sijil ukur bahan dari politeknik.
    jika ada kekosongan sila hubungi saya di nom. 017-9554209
    kerjasama pihak tuan amat dihargai..

    Reply

  7. Qistina on July 6th, 2008 9:22 am

    Assalamualaikum…
    pekabar qistina skg? semoga adk cepat sembuh…

    Reply

  8. Zainon on August 5th, 2008 1:25 am

    saya mempunyai lulusan diloma dalam jurusan teknologi makumat….saya beharap sangat dapat berkerja dengan mara terengganu….jikalau ada kekosongan hubungi saya…012-9384440…

    Reply

  9. zahrida on September 18th, 2009 2:01 pm

    saya sgt sedih bila mbaca tentang nur qistina. dengan serta merta saya teringatkn anak saya yang baru sahaja berusia 3 bulan dan mempunyai nama yang sama.semoga nur qistina sembuh spt bayi2 yang lain..

    Reply

Leave a Reply