Noor Arfa Batik tempa kejayaan
Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.
Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.
“Di sana (Kraftangan Malaysia) saya telah mempelajari selok belok membuat batik dan dalam tahun 1980 saya memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu,” katanya.
Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah.
Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.
“Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana,” katanya.
Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.
“Kami banyak menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu,” katanya.
Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.
Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.
Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.
Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya.
Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.
Sumber: Kisah Wan Mohamed Ariffin dan Noor Arfa Batik di http:MECD.gov.my
Comments
38 Responses to “Noor Arfa Batik tempa kejayaan”
Leave a Reply





salam.saya ruhaida pelajar utmkl.Saya amat berminat untuk membuat sesi temu ramah dengan pemgurus pemasaran alfa batik bagi menjayakan tugasan saya dalam komunikasi perniagaan.saya mrnunggu budi bicara dari pihak alfa batik.sekian…
Reply
saya membuka sebauah pasaraya di dungun,tingakt atas masih kosong. Kalau berminat untuk dijadikan bilik pameran dan jualan sila hubungi email diatas
Reply
saya pelajar udm t’ganu, saya b’minat utk m’tahui ttg sejarah batik dari dahulu hingga sekarang dan bagaimana perusahaan batik mempengaruhi ekonomi setempat dan bagaimana ia sumbangan kepada ekonomi malaysia. jika diberi kesempatan, saya ingin menemuramah tuan utk tugasan saya.
Reply
Kami sedang mencari tokoh-tokoh yang terus mengusahakan perusahaan batik dan sebagai seorang pelajar, saya amat berbangga masih lagi terdapat tokoh yang boleh terus mengekalkan seni warisan batik.
Reply
saya nak tanya adakah noor arfa batik membuat perniagaan mengeksport batik ke luar negara dan negara manakah yang noor arfa batik telah mengeksport barangannya.
Reply
salam..saya merupakan pelajar UKM,saya berminat untuk menemuramah tuan berkaitan dengan perusahaan batik dan bagaimana tuan boleh menghadapi pelbagai dugaan untuk memajukan syarikat tuan..saya berharap boleh membuat temujanji dengan tuan untuk menemu ramah tuan..kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai..sekian,wassalam
Reply
assalammualaikum en arrifin..adik saya belajar di Intitut Kemahiran Belia Negara(IKBN)dalam kursus rekaan batik..adik saya juga perlu buat praktikal sebelum dia menamatkan pengajiannya.. saya ingin bertanya kepada en ariffin bagai mana boleh adik saya buat praktikal di tempat en.ariffin..bolehkah adik saya buat praktikal disana?sekiranya boleh bagaimana ingin sy hubungi en.ariffin??sekian, terima kasih..wassalam
Reply
Assalammualaikum,en.ariffin.. Saya pelajar dari UDM berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai latar belakang perniagaan batik encik sehingga sekarang.Oleh itu,kami ingin menemu ramah encik dalam masa terdekat ini. Harap encik dapat memberi kerjasama. Terima Kasih.
Reply
salam encik yg dihormati…
Saya Umi Izwana Bte Abdul Wahab, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang permasaran.
Saya ingin mengetahui, adakah Noor Arfa Batik mengeluarkan batik yg dihasilkan mengunakan teknik garam?
saya berminat untuk mengetahui bagaimana sejarah, proses dan hasil daripada teknik tersebut…
darimana saya boleh memperolehi maklumat tersebut?
dan satu lagi, adakah Noor Arfa Batik mempunyai perniagaan di daerah Pulau Pinang?
bagaimana saya boleh mendapatkan produk tersebut di Pulau Pinang?
Sekian.
Reply
aslamualaikum..cik,saya ingin tahu sejarah batik. saya pelajar k.t.bestari..kos yang saya ambil adalah sains komputer(multimedia). dgn kate lain,
saya dikenakan membuat satu projek, saya telah memilih tajuk yang berkaitan dokumentari, dgan itu saya ingin memilih noor arfa batik sebagai projek saya..saya ingin meminta persetujuan cik ????????
Reply
Assalamualaikum, saya miza pelajar UiTM yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang bisnes batik Malaysia. Jadi, saya berhasrat untuk memilih Batik Arfa sebagai bisnes pilihan saya. Permintaan saya, bolehkah dipaparkan financial performance atau perkembangan untung yang diperoleh Batik Arfa. Terima kasih..
Reply
assalamualaikum…..
saya azwa ingin mengetahui tahap penggunaan pelanggan yang menggunakan emel sebagai pembelian secara tempahan di internet. saya sekarang mengkaji tentang jualan dan pembelian di noor arfa batek. saya adalah student business e-commerce. saya sangat berminat untuk mengkaji tentang jualan dalam internet.
Reply
salam….
saya berminat melukis batik tetapi tiada peluang untuk menunjukkan bakat saya..
Reply
salam..saya seornag pekerja bah. gomen..berminat di dalam perniagaan batik sutera, namun begitu, modalnya kurang..sudikah en berkongsi pengalaman dan tips
Reply
Assalamualaikum w.b.t
saya merupakan pelajar smt kl yang ingin menemuramah tuan.Ianya berkaitan dengan projek kami di sekolah yang bertajuk “tokoh usahawan melayu berjaya”.Saya berpendapat bahawa tuan merupakan tokoh yang paling sesuai untuk projek kami ini.Kerjasama tuan amatlah kami hargai….
Reply
Salam.
Saya amat berminat dalam perniagaan batik. Memandangkan batik telah mendapat tempat dihati bukan saja orang Malaysia malahan dari luar negara juga. Di Sabah agak kurang peniaga batik tempatan, lebih-lebih lagi batik tempatan mempunyai kepelbagaian kegunaan dalam menjana ekonomi negara.
Reply
Assalamualaikum..
Saya amat tertarik dengan sektor pembuatan lebih-lebih lagi dalam mengusahakan sektor batik…oleh yang demikian saya ingin mengetahui tentang rancangan perniagaan dalam sektor batik ini dengan lengkap…terima kasih
Reply
saya sangat berminat dan berbakat dalam bidang yang pernah saya ceburi ini.Moga terus berjaya dalam bidang ini. (~_*)
Reply
salam, saya nurul pelajar program luar kampus UUM. saya dikehendaki membuat kajian berkaitan syarikat yg berjaya. sya memilih noor arfa batek sebagai bahan kajian saya, saya ingin mengetahui berkenaan pengurusan noor arfa batek dr segi pengurusan pentadbiran, kewangan, pemasaran dan lain-lain berkaitan. harap dpt membantu saya dlm membuat tugasan yg diberikan ini.
salam
Reply
saya bercadang ingin membuka butik…
Reply
salam encik ariffin…
saya pelajar uitm,Dungun ingin membuat kajian tentang syrikat encik mengenai perubahan yg berlaku dlm organisaasi syrkt encik,latar blkng syrkt dan kesn perubahan organisasi yg telah berlaku…sy ingin dapatkan mklmt ini dalam mase yg terdekat ini…harap pihak encik tidak keberatan untuk menberi kerjasama dlm mendapat kn mklumat ini..sekian, terima kasih.
Reply
Assalammualaikum,noor arfa.. Saya pelajar dari UMT berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai latar belakang perniagaan batik encik dari mula melibatkan diri dalam bidang ini sehingga sekarang.Oleh itu,kami ingin menemu ramah encik dalam masa terdekat ini. Harap encik dapat memberi kerjasama. Terima Kasih.
Reply
sy sdg buat research ttg brand Noor arfa batik n blh sy dptkn detail ttg promotion distribution x?
Reply
salam.. boleh tak saya dapatkan contoh rancangan perniagaan untuk produk batik
Reply
En.Wan Arifin apakhabar semoga berjaya selalu,salam kepada En.Sabri Saad kawan di BMB semoga sejahtera.
Reply
Tuan Wan Mohamed Ariffin Wan Long
Assalamualaikum WBT Tuan
Ingin saya sampaikan rasa keciwa yang amat sangat kerana berurusan dengan pihak tuan melalui Cik Mazita Muhammad beberapa bulan yang lepas. Tiga helai baju batik esklusif yang saya tempah tidak dapat disiapkan dengan tempuh masa yang dikehendaki dan berbagai halangan yang tidak dipenuhi oleh pihak noor arfa.
Saya berpendapat pihak tuan sendiri sila hubungi Cik Mazita mengenai tempahan saya ini kerana saya sudah berulang alik dari Shah Alam beberapa kali untuk mengambil baju batik saya tetapi tidak siap dengan sempurna sehingga hari ini. Hasrat untuk baju batik yang saya hendak pakai untuk tujuan “Harijadi” pun hampa je. Tempahan dibuat akhir tahun 2009 lagi. Minta pihak tuan soalselidik perkara ini seberapa segera. Maaf jika saya menyusahkan pihak tuan. Terima kasih.
Saya boleh dihubungi melalui 012 66 22 153. Nama saya Dr. Hamdin Salleh dari UiTM Malaysia Shah Alam.
Reply
unohu Reply:
September 29th, 2010 at 1:52 pm
salaam, dr!
hehe..xsangka got ur contact num here..
i’m ur x-ewc’97 stud @ itm shah alam..
tumpang simpati atas masalah tuan mengenai tempahan yang melangkaui spesifikasi di arfa batik. semoga pihak pengurusan tidak mengambil sikap mudah di atas komplen pelanggan dan sentiasa bersikap terbuka & professional!!
hpp belated birthday 2 dr.H
may all endless efforts being blessed & rewarded!
hpp eid mubarak, too..
maafkan zahir batin..
smile..
wassalaam..
Reply
emm sy ambk stpm thun nie..ambk kjurusan seni geo,kje sni sy berkaitan ngn teknik btk..emm adakh ada kesantunan dlm batik?semoga nor arfa sudi mnyuarakn sdkt pndpt maybe berkaitn kesantunan..
Reply
salam…saya pelajar dari uitm shah alam mengambil bahagian fesyen memohon kerjasama pihak puan bagi mendapatkan tempat praktikal bagi sesi mei 2010 ini.kerjasama pihak puan amat saya perlukan.sekian, terima kasih.
Reply
sy pljr sekolah smk syp1,kuala krai,kelantan ingin mengadakan lawatan ke kilang batik Noor Arfa.sy berhrap pihak tuan dapat mmbrikan perhatian dr phak kmi.kmi akn mlwat kilang batik pada 29 Mac 2010 pd wktu pgi.sy brhrap pihak tuan dpat mnerima kunjungan kmi nanti..
Reply
salam. saya berminat utk jd storkis batik..harap pihak tuan dapat beri sedikit penerangan. kalau boleh sy inginkan barangan terus dari kilang.
Reply
assalamualaikum…….saya ingin menemuramah tentang cra pmbuatn batik di kilang Noor Arfa untuk menyiapkan tugasan kerja kursus seni ….sy hrap phak puan akn dpt mnerima kunjungan sy nnti…
Reply
salam…
Saya amat berminat untuk membuka perniagaan batik.Saya ingin bertanya berapa peratuskah diskaun yg pihak Noor Arfa dapat berikan harga sekiranya saya ingin memborong koleksi kain2 di Noor Arfa.
Reply
sya memang meminati psaal batik ni…..
huauhauauha
Reply
salam…sye stdent dri uitm…sye mgmbil aarfa sbgai assgment saya…jd saya perlukan annual report aarfa batik…boleh sye dapat kn dri en???
Reply
Tuan Wan Mohamed Ariffin Wan Long
Assalamualaikum WBT Tuan,
saya pelajar UPM Serdang,Selangor, ingin membuat kajian tentang syrikat tuan mengenai perubahan yg berlaku dlm organisasi syrkt tuan,latar blkng syrkt (termasuk Visi, misi dan objektif), kesn perubahan organisasi,dan bagaimana cara mengatasi masalah yg berlaku dalam syarikat terutama masalah pekerja..sy ingin dapatkan mklmt ini dalam mase yg terdekat…Oleh itu besar lah harapan saya agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dlm mendapatkan maklumat ini..sekian, terima kasih.
Reply
salam tuan,saya bercadang nak buka butik batik dekat sabah(lahad datu)agaknya berapakah modal awal untuk berurusan dengan syrikat tuan untuk saya mengjual jenama dan mendapatkan bekalan secara berterusan
Reply
harap maaf…mazita muhammad adalah kakitangan saya yang amat berdaya maju…kemungkinan ada kesilapan teknikal bahagian production…terima kasih atas komen anda…
Reply