Motivasi di sebalik kisah Jerry Maguire
Banyak motivasi dan teladan yang boleh diambil dari kisah Jerry Maguire (lakonan Tom Cruise) yang diterbitkan pada tahun 1996.

Ia kisah drama yang berkisah tentang duit, kejayaan, kegagalan, keluarga, persahabatan dan motivasi diri. Ia juga mengandungi unsur unsur humor yang bakal mencuit hati penonton. Antara adegan yang paling popular ialah adegan menjerit ’show me the money’ dan ‘i love black people’ di dalam telefon.

Dalam bukunya Cashflow Quadrant, Robert Kiyosaki juga memberikan contoh daripada kisah Jerry Maguire bagaimana jaminan kerja (job security) boleh menghalang seseorang daripada mencuba sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan besar. Setelah dipecat daripada majikannya, Jerry Maguire telah bertanya kepada staf firma tersebut jika sekiranya ada diantara mereka yang mahu mengikutnya mencipta kejayaan. Hanya seorang sahaja daripada puluhan mereka yang ada yang mengambil keputusan mengikutnya. Seorang lagi menjawab, “Saya tak boleh sebab 3 bulan lagi gaji saya akan dinaikkan.”
Antara pengajaran yang menarik di sini ialah kejayaan boleh mengubah diri kita menjadi seorang yang tamak. Kejayaan menjadikan kita tidak cukup dengan apa yang ada. Kejayaan akan membuatkan kita mahukan itu dan mahukan ini. Kejayaan menjadikan kita hilang fokus. Kita sepatutnya memberikan fokus dan tumpuan terhadap satu atau dua perkara penting dan bukannya mencuba apa sahaja peluang yang datang pada waktu yang sama.
Selain daripada itu, ingatlah, sama ada kita mencapai kejayaan atau kegagalan, keluarga kita mestilah tetap diutamakan dan didahulukan. Family comes first.
Semoga cerita di sebalik Jerry Maguire mampu memberikan motivasi kepada diri kita untuk sentiasa mencari kehebatan yang terkandung dalam diri kita dan bukan sekadar berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki.
Technorati Tags: motivasi, cerita motivasi
Entry Lain Yang Menarik:
- Jadual Waktu Solat
- Bill Gates Paling Kaya di Dunia
- 4 Tip Rekaan Dapur
- Tip Kurus: Senaman Kardiovaskular atau Senaman Otot?
- Krishnan dan Kuok Terkaya di Malaysia
Comments
2 Responses to “Motivasi di sebalik kisah Jerry Maguire”
Leave a Reply




Cerita ni mmg ade bgs di tonton..Byk pengajaran pada kita..I dah tgk cerita ni…Hurm…8 kali kot..Never get bored with it..
Lama tak singgah cni..Layout makin cantik…
Reply
Thanx Farah..
Reply