Minggu Fesyen Antarabangsa 2008
Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week) yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2008. Ia akan diadakan bertempat di The Gardens Hotel and Residences dengan bakal menampilkan acara acara yang menarik.
Minggu fesyen tersebut juga akan menampilkan pereka pereka fesyen terkenal dari dalam dan luar negeri. Lebih daripada 20 buah negara dari serata dunia telah mengesahkan penyertaan mereka dan akan membawa wakil pereka dan juga media masing masing.
Antara pereka tempatan yang bakal memeriahkan minggu tersebut termasuklah Eric Choong, Carven Ong, Jonathan Cheng dan Andy Sulaiman. Amber Chia, model tempatan yang mencipta nama di luar negara pula dijadikan sebagai duta untuk mempromosikan acara gemilang tersebut. Di samping itu juga, Persatuan Pereka Bumiputra juga telah dijemput untuk mengetengahkan barisan fesyen terbaru yang dihasilkan oleh tangan anak anak tempatan ke media antarabangsa.
Antara tujuan utama Minggu Fesyen Antarabangsa ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang gaya dan trend fesyen sedunia pada masa ini yang seringkali berubah dan bertukar tukar dari semasa ke semasa.
Maklumat acara:
Acara: Minggu Fesyen Antarabangsa (International Fashion Week)
Tarikh: 26-29 Disember 2008
Tempat: The Gardens Hotel and Residences, Kuala Lumpur
Entry Lain Yang Menarik:
- 4 Tip Rekaan Dapur
- Nabil Juara Anugerah Bintang Popular 2009
- Jadual Waktu Solat
- 5 Hotel Best di Kuching
Comments
Leave a Reply



