Mengetahui titik ghairah lelaki

Siapa kata wanita sahaja yang mempunyai titik ghairah. Lelaki juga ada, jadi bagi wanita dan isteri, anda perlu mengetahui di manakah titik titik ghairah tersebut:

1. Leher.

Leher adalah bahagian yang cukup sensitif dan akan cepat terangsang apabila menerima sentuhan, terutama melalui ciuman dan sentuhan bibir, pasti darah gemuruh akan meresap terus ke bahagian ini. Sensasi yang dirasakan oleh mereka sama hebatnya dengan apa yang dirasakan oleh wanita. Sentuhan dengan jari jemari lembut di bahagian leher juga akan merangsang si suami.

2. Rambut dan kepala

Rambut pendek tidak semestinya tidak boleh dibelai. Sentuhan yang lembut akan meruntun jiwa si suami dan melahirkan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan. Si suami juga terasa tenang dan santai dengan belaian anda. Jika tiada rambut (botak), usap kepalanya yang botak itu…

3. Puting

Ada sesetengah lelaki yang tidak gemar putingnya disentuh tetapi ada juga yang sebaliknya. Terutamanya jika pasangan cuba menyentuhnya atau menciumnya dengan lembut. Cara yang terbaik untuk mengetahui sama ada sidia suka atau tidak ialah dengan mencubanya kali pertama. Anda akan mengetahuinya selepas itu.

4. Telinga.

Kaum lelaki memang suka jika anda membuat sesuatu di bahagian sekitar telinga. Ia adalah titik ghairah yang cukup sensitif. Cuba usap bahagian belakang telinganya dengan lembut. Pasti dia akan tersenyum dan menahan geli dengan belaian anda itu. Tidak pun, anda boleh mencuba menggigit kecil atau menjilat nakal daun telinganya. Untuk merasakan aura antara anda berdua, dekatkan bibir anda ke telinganya.

5. Jari.

Selain dari menyentuh jari jemari pasangan anda, mereka juga senang jika anda lebih kreatif dengan cara melihat ketika menyentuhi jari jemari mereka. Buat usapan atau ramas jarinya dengan lembut. Di samping itu, jangan lokek untuk memberi ciuman di jari mereka kerana dia akan tahu yang anda benar benar sayangkannya.

6. Punggung.

Tahukah anda ketika anda membelai punggung pasangan anda, perasaan nyaman dan damai mengalir dalam tubuhnya. Jadi jangan takut untuk membelai daerah itu dengan lembut dan sarat dengan kasih sayang!

Comments

5 Responses to “Mengetahui titik ghairah lelaki”

  1. cik paAn on August 13th, 2008 9:34 am

    mmg betul tu. hanya yang dah mengalami tahu apa yang sebenarnya….o yeah!

    Reply

  2. cik azRi on August 13th, 2008 9:37 am

    kepada wanita sekalian, amik serius perkara ni untuk memikat hati lelaki2 idaman malaya.i like!!!

    Reply

  3. maz on August 15th, 2008 3:45 am

    ye keee…lmbt pulak mlm ;)

    Reply

  4. sKyRoCk on April 6th, 2009 4:54 pm

    haii…kalola ada isteri kn best…nk rase kahwin yahoo best.

    Reply

    ina.. Reply:

    kite pon…jom kawin…

    Reply

Leave a Reply