Mengelakkan batu karang

1. Minum lebih banyak. Menambahkan cairan ke dalam tubuh adalah langkah pertama menjamin kesihatan buah pinggang. Dapatkan sekurang kurangnya 12 gelas cecair setiap hari. Pastikan ia dalam bentuk cecair seperti air, jus, soda, kopi dan teh.

2. Kurangkan produk susu dan tenusu. Batu karang terbentuk dari kalsium. Bila anda menggunakan produk produk tambahan kalsium untuk menguatkan tulang, kemungkinan anda juga meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Produk produk yang berasal dari susu merupakan sumber kalsium terbesar. Batasi pengambilan bahan tenusu seperti mentega dan keju.

3. Kurangkan pengambilan daging. Penghidap penyakit batu karang biasanya banyak mengambil makanan berprotein tinggi. Sebaik baiknya pengambilan protein haiwan dikurangkan dan dapatkan sumber protein dari sayuran dan bijirin.

4. Perbanyakkan vitamin A. Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk ubi, labu, brokoli dan lobak merah. Cuba nikmatinya secara semulajadi, jangan terburu buru mengambil makanan tambahan. Berhati hati kerana jika anda mengambil vitamin A terlalu banyak, anda berkemungkinan mengalami keracunan kerana tubuh tidak mampu membuang lebihannya.

5. Perbanyakkan vitamin B. Vitamin B6 didapati mampu untuk mengurangi risiko pembentukan batu ginjal. Magnesium juga mempunyai kebolehan yang sama. Doktor sering menyarankan suplemen vitamin B6 atau magnesium untuk sehari hari. Jika anda mengambil vitamin B6, jangan lebih dari 25mg sehari.

6. Kurangkan vitamin C. Dengan berita berita kehebatan vitamin C akhir akhir ini, banyak orang menganggap bahawa vitamin C adalah vitamin ajaib. Namun, vitamin C tidak digalakkan diambil lebih dari 3000mg sehari kerana ia memberi risiko pembentukan batu karang. Orang yang berisiko untuk mendapat penyakit batu karang dinasihatkan mengurangkan pengambilan vitamin C secara berlebihan.

7. Bergerak. Bersenamlah. Salah satu keuntungan dari melakukan senaman secara teratur adalah membuka jalan bagi kalsium untuk keluar dari aliran darah dan masuk ke dalam tulang. Hasilnya, tulang yang lebih kuat dan risiko pembentukan batu karang berkurangan.

8. Kurangkan garam. Batu karang dan pengambilan garam sangat erat hubungannya. 2 gram garam sehari adalah jumlah yang wajar. Selebihnya, cuba elakkan.

Comments

Leave a Reply