Melaka trip: KL detour (part I)
26 Apr 07. Flight dari kami bertolak ke destinasi, LCCT pukul 9.20am dari airport Kuching dan tiba di LCCT dalam jam 11.30am. Kira kira 15 minit kemudian En. Kamal Amri dari syarikat Eastern Car Rental Sdn Bhd tiba dengan membawa kereta sewa yang sudah ditempah, sebuah Wira 1.5A berplet no WNH XXXX.

Walaupun plan asalnya adalah untuk terus ke Melaka, tetapi memandangkan hari masih awal jadi kami bercadang untuk buat detour ke KL sebelum bertolak dari KL ke Melaka pada malamnya. Destinasi kami yang pertama ialah mencari tempat untuk melahap makan tengah hari, so first thing yang kami fikir ialah untuk makan di japanese outlet, Yoshinoya yang sudah lebih 6 bulan tak dijengah. 2 outlet yang utama ada di KLCC dan Midvalley, pikir punya pikir last2 kami ke KLCC.

Kebetulan hari tu, 26hb Agong bertabal kat Istana Negara, dan on the way nak ke KLCC tu traffic tersangkut sekejap nak bagi laluan kat YDA yang baru habis bertabal lalu Jalan Tun Razak.

Bila dah sampai klcc tu, punya la penuh dia punya parking, terpaksa buat round sebanyak 36 kali baru dapat parking. Tu pun jenuh nak menunggu driver bawak keluar kereta. KLCC Management kena tengok problem ni betul2, kalau tak sia sia saja bagi rate parking mahal. Punyalah ramai umat manusia hari tu, kat mana2 penuh dengan makhluk. Patutlah jenuh benar nak cari parking.

Kat food court Signatures ting. 4 tu pun penuh.

Tapi sebab kelaparan punya pasal, kami cekalkan hati ke destinasi kami ke outlet Yoshinoya yang kebetulan line clear time tu. Cantek!

Apa yang special sangat pasal Yoshinoya ni? Ok, secara tradisi, bila kita terbayang japanese food, mesti fikir sushi, ikan mentah, teppanyaki atau sushi king kan? Tetapi Yoshinoya memberikan perspective baru terhadap makanan jepun kerana ia terkenal dengan makanan berkanji (nasi) dan daging seperti ayam dan daging. Trademark Yoshinoya ialah nasi daging (beef bowl rice) jadi kalau mahu mencuba mesti start dengan beef rice. Malah, ketika awal pembukaan kedai ini lebih 100 tahun yang dulu, makanan yang dijual hanyalah beef bowl rice. Kami order 2 set beef bowl rice, yang datang dengan sup sayur (best!), side dishes (sayur + puding) dan air lembut (sape suruh panggil soft drink).


Selepas puas melantak, kami menjemput mak (mertua), adik Ahda dan adik Imril di Hentian Duta dan bertolak ke rumah Kak Mimah dan husband, Abg. Rahmat di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Di Sungai Buloh, upacara melantak kali kedua telah diadakan dimana kami dijamu dengan rendang dendeng, sayur campur, telur dadar serta side dishes yang lain seperti popia, buah buahan dan tak lupa kek lapis special dari Kuching.

Sambil tu layan adik Imril, anak Mak Su yang suka ‘korek’.




Lepas layan tu, dlm pukul 8pm kami bertolak ke A-Famosa resort, sampai dalam pukul 11pm, check in dan terus berdengkur sebab keletihan yang terlampau.

bersambung ke part II.
Comments
Leave a Reply



