Melaka trip – A Famosa Resort (part II)
Di A Famosa Resort kami tidur di Resort Hotel yang sesuai disewa oleh couple atau family kecik. Resort Hotel berdekatan dengan Club House dan juga Cowboy Town. 
Selain daripada Resort Hotel, pengunjung juga boleh memilih untuk menyewa di condotel yang jaraknya kira kira 5 minit perjalanan naik kereta. Condotel ini lebih sesuai dihuni oleh keluarga bersaiz sederhana.

Boleh juga guna banana train untuk berulang alik di sekitar A-Famosa resort yang luasnya lebih 500 hektar tapi sekarang kena bayar RM1. Dulu masa datang (2006) free je. Ape citer ni?

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang saiznya ialah bapak-punya-besar, boleh juga menyewa villa atau rumah banglo yang saiz dan bentuknya bermacam macam. Setiap villa atau banglo dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Harga sewa untuk sehari bergantung kepada jenis dan saiz, iaitu dalam lingkungan RM1000-RM2000.



Sesiapa yang hantu golf mungkin tak akan melepaskan peluang untuk melepas geram di padang golf A-Famosa yang dikatakan terluas di Malaysia pada masa ini.



Manakala 3 indoor theme park yang utama di sini ialah Cowboy Town, Water World dan Animal Safari World. Setiap theme park mempunyai harga berlainan untuk masuk jadi untuk masuk kesemua theme park tersebut kenalah berbelanja lebih.
Cowboy Town – RM30 dewasa, RM25 kanak
Water World – RM30/25
Animal World – RM35/25
Kami tak masuk satupun sebab tak cukup duit.. sede… Sesiapa yang minat outdoor activity juga boleh try macam macam kat sini.

Microlight – RM130 (30 minit)

Naik kuda – RM10 (trial, 15min). RM50 (fun, 2 rounds)

Go Kart – RM50 per kart, 3 lap

Mini Go Kart – RM50per kart, 7 lap. Utk 6 tahun ke bawah dan mereka yang rasa diri mereka kanak kanak.

Archery – RM15, 15 arrows
Sempatlah kami layan archery dengan beberapa geng yang dikenali dan juga yang tak dikenali. Macam macam gaya memanah yang dapat dipertontonkan.

Gaya kurang betul. Oit, Lily, salah tu…

Gaya betul cam Diana. Steady….shoot! Lepas tu boleh tengok prestasi. Setiap orang shoot 5 arrow untuk setiap round. Mari kita tengok kat mana dia kena.

Arrow 1 – 9 point. Cantek.
Arrow 2 – 4 point. Tak cantek.
Arrow 3 – 1 point. Prestasi merudum.
Arrow 4 – 0 point. Tengok pakai lutut ke?
Arrow 5 – tiada dalam gambar. Mungkin naik atas tertembak burung. But overall it’s been a fun learning experience.

Technorati Tags: a famosa
Comments
One Response to “Melaka trip – A Famosa Resort (part II)”
Leave a Reply




[...] bersambung ke part II. [...]