Mawi bintangi filem Aduh Saliha

Mawi bakal muncul di layar perak dengan lakonan sulungnya menerusi filem Aduh Saliha yang bakal diarahkan oleh M Nasir. Filem berkonsep muzikal yang mengambil lokasi di Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah, juga bakal diserikan dengan kemunculan pelakon pelakon terkenal lain seperti Erra Fazira, Felix, Que Haidar dan Nasir Bilal Khan.

Sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk pembikinan filem Aduh Saliha. Penggambaran filem ini bakal bermula selepas Hari Raya Aidilfitri atau awal tahun hadapan. Filem ini juga bakal menyelitkan lagu kesinambungan kepada Aduh Saliha yang telah menjulang nama Mawi menerusi Akademi Fantasia 3.

Mawi telah menyatakan persetujuan untuk membintangi filem tersebut setelah 2 syarat permintaanya dipenuhi. Yang pertamanya, skrip filem Aduh Saliha (yang ditulis oleh Loloq) mestilah bagus, dan yang kedua, tiada adegan intim dan bersentuhan antara Mawi dan ‘Saliha’.

Sebelum ini M Nasir juga telah membuat pemilihan ujian (audition) ke atas pelakon pelakon seperti Fasha Sanda, Syarifah Alia dan adiknya Amani, Siti Eliza dan Natasha Hudson tetapi telah menolak mereka untuk bergandingan dengan Mawi, justeru persoalan timbul tentang pelakon mana yang bakal memegang watak heroin iaitu ‘Saliha’. Beberapa pihak pula mempertikaikan kemampuan M Nasir sebagai pengarah kerana kurangnya pengalaman beliau dalam menghasilkan filem. Satu satu filem arahan M Nasir, Merah berakhir dengan kegagalan kerana tidak mendapat sambutan peminat filem tempatan.

M Nasir mengharapkan dengan kehadiran artis artis popular seperti Mawi, serta selitan lagu dan jalan cerita yang menarik sebagai modal ke arah menjayakan filem Aduh Saliha. Jika tidak, filem ini bakal mengikuti jejak langkah Merah yang menjadi karya sampah. Sementara bagi Mawi, filem ini bakal memberi petunjuk kepadanya sama ada kerjayanya bakal terus berkembang dan gemilang, atau dia hanya sekadar penyanyi sahaja dan bukan seniman sejati.

Technorati Tags: ,

Comments

2 Responses to “Mawi bintangi filem Aduh Saliha”

  1. ziera on June 13th, 2007 6:42 am

    ADUH SALIHA…GIMIK LEBIH…TAPI HAMPEH..TAKKAN SAMPAI SEKARANG PUN TAK DAPAT NAK CARI SALIHA KOT..LETAK AJELAH YANG MUKA CANTIK DAN SEKSI SENANG SIKIT NAK LAKU FILEM TU….

    Reply

  2. Puteri Sarah Liyana Bintangi Aduh Saliha ¦ Rauzul & their Pesona Batik’s Blogroll on July 26th, 2007 1:35 am

    [...] story: Mawi bintangi filem Aduh Saliha. « Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah [...]

Leave a Reply