Mat Skodeng dicekup
Seorang tuan rumah (land lord) menambah satu lagi gelaran yang dimilikinya iaitu Mat Skodeng Terlampau apabila taktiknya meletakkan kamera tersembunyi di 3 buah bilik air yang dihuni oleh penyewa rumahnya dikesan. Rumah tersebut dihuni oleh 19 orang pelajar di sebuah institusi pengajian di Kuala Lumpur.

Mat Skodeng tersebut yang berusia 34 tahun merupakan seorang pekerja kontraktor, sudah berkahwin. Kamera tersebut dikesan apabila salah seorang daripada penghuni rumah mengesan kelipan lampu merah dari bahagian atas siling, yang disambung kepada pendawaian lampu. Setelah disiasat dengan bantuan jiran, mereka mendapati sebuah kamera yang mempunyai keupayaan merakam gambar serta membuat transmisi jarak jauh. Berang dengan tindakan tuan rumah, penghuni rumah tersebut, dengan bantuan polis, telah memerangkapnya dengan menjemputnya ke rumah atas alasan paip di rumah tersebut bocor. Beliau akan ditahan reman selama 8 hari.
Penghuni rumah tersebut juga melaporkan tuan rumah tersebut akan datang beberapa bulan sekali dan akan menghabiskan kira kira 10-15 ‘melawat’ setiap bilik air. Sebelum ini, tuan rumah tersebut juga pernah memberi arahan pelik kepada mereka dengan memberikan tunjuk ajar bahagian manakah yang perlu dihadap ketika mandi dengan alasan supaya ‘air tidak terpercik dan mengenai pintu’. Walaubagaimanapun, pelajar pelajar tersebut yang masih belum mentah dengan asam garam dunia ini tidak mengesyaki apa apa, sehinggalah terbongkarnya rahsia kamera skodeng yang telah terpendam sejak 3 bulan yang lalu.
Jadi berhati hatilah bila menyewa rumah. Jangan sampai anda pula kelak yang jadi mangsa skodeng.
Comments
Leave a Reply



