Loga Alleycats meninggal dunia
LOGA, vokalis kedua dan juga pemain flute kumpulan evergreen Alleycats, meninggal dunia pagi ini di Hospital Mount Miriam, Pulau Pinang kerana penyakit barah. Loga adalah adik kepada David Arumugam, yang juga penyanyi utama Alleycats yang sudah merakamkan 29 buah album sehingga kini.

Gambar Loga, David dan kumpulan Alleycats.
Loga, David dan Alleycats popular sejak tahun 1970-an dengan lagu Sampaikan Salam, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dan Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu. Mereka juga sinonim dengan jeritan “Terima Kasih!” setelah setiap kali persembahan nyanyian. Alleycats merupakan artis berkumpulan antara yang bertapak dan bertahan paling lama di negara ini. Ia hanya bermula sebagai sebuah band kecil yang membuat persembahan di merata tempat di sekitar Malaysia sebelum mengikat kontrak bersama Polygram Records.
Berumur 55 tahun, Loga yang bernama penuh Loganathan Arumugam meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.
Technorati Tags: loga, alleycats
Comments
Leave a Reply



