Lereh River Resort, Klebang, Melaka

Kalau sesiapa yang ingin tidor di sekitar Klebang tetapi mencari chalet bersaiz kecil dan murah boleh ke Lereh River Resort Chalet di pesisiran Pantai Klebang.

Setiap satu chalet saiznya mmg kiut & boleh muat utk 2 atau 3 orang. Walaubagaimanapun, jika ramai ahli keluarga, boleh tempah lebih dari 1 chalet kerana ada lebih kurang 8 hingga 10 buah chalet yang berdekatan antara satu sama lain.

Harga chalet ialah RM65 untuk bilik berhawa dengan dan RM45 untuk bilik dgn kipas. Setiap bilik dilengkap dengan bilik air tetapi anda dinasihatkan untuk membawa peralatan kebersihan sendiri seperti sabun, shampoo, ubat gigi dan sebagainya.  Kalau darah anda menjadi kegemaran nyamuk siap sedialah untuk bawa ubat nyamuk sekali.

Di sini juga ada menyediakan kelengkapan untuk barbeque dengan caj tambahan sebanyak RM15. Bulan lepas lalu kami sekeluarga sempat menyewa 2 buah chalet ini untuk satu malam sewaktu berkunjung ke Melaka.

Penjaga chalet tersebut (Man) juga telah baik hati memberi keizinan untuk kami melakukan upacara masak masak di luar chalet tersebut. Apalagi, bermulalah adegan adegan memasak yang adhoc tapi penuh dengan showmanship. Portable cooking gas yang dibawa oleh Abg Rahmat pun dinyalakan dan upacara dimulakan.

Antara lauk yang dimasak.

Memandangkan semua orang kelaparan, tiada sape pedulik nak posing depan kamera waktu makan.  Dari kiri Abg Padi, Masykur (tambah kali ke-8), Abg Rahmat, Kak Mimah, Adik Imril, Ahda, Mak, Kak Mahan. Kami makan habis licin dan tak offer pun kat penjaga chalet tu (Man & kawan2). Diorang tengok je terkulat2 dari jauh. Kesian…

Comments

15 Responses to “Lereh River Resort, Klebang, Melaka”

  1. man penjaga chalet on August 1st, 2007 12:09 pm

    terima kasih kami utk tuan punya blog yg sudi mempromosikan chalet kami.kami berharap keluarga anda gembira ketika menginap di sini.kalau boleh masukkan sekali no tel kami iaitu 06-3151228.kalau boleh lah.sumbangan anda amat kami hargai dan ribuan terima kasih dari kami.

    ps: nampak sedap lauk sardin tu..sampai sekarang pun lapar lagi..

    Reply

  2. Zul on August 1st, 2007 1:36 pm

    He he he thanks lah sebab sudi singgah kat blog ni. Insya allah kitorang akan promotekan kat kawan2 lain jugak.

    Reply

  3. munirah on January 29th, 2008 7:41 am

    tempat yang strategik tapi bagaimana hendak menghubyngi……………….(013-6097701)

    Reply

  4. asmah on January 29th, 2008 7:43 am

    no tel dan alamat tidak disertakan dan merumitkan proses penempahan chalet dan sebarang pertanyaan.Harap maklum………

    Reply

  5. Linda Lam on February 25th, 2008 4:40 am

    emm….baru smlm balik dari lereh river resort chalet nie.. kalu nak breakfast, kedai depan tu ada roti canai, mmg bes :-)
    nak lepak2 kat tepi laut, nun jalan kat depan skit jer..dah sampai…cuma, kpd pgrsn chalet, harap dapat ganti katil bilik no. 3…yg lain mmg OK..cayalah..

    Reply

  6. Linda Lam on February 25th, 2008 4:45 am

    Lereh River Resort
    Address : Km. 9, Sungai Lereh, Tanjung Kling, Melaka.
    Tel No. : 06-3154702
    Fax No. : 06-3154702

    Reply

  7. Linda Lam on February 25th, 2008 4:55 am

    Opss! sori…tak pasti berkenaan no. di atas, ttp no nie di ambil dari laman web travel.tourism.gov.my
    tapi kalu mengikut’Man penjaga chalet’ di atas, anda bole cuba no. 06-3151228 TQ :-)

    Reply

  8. yan on February 27th, 2008 4:44 am

    Knape tak dapat ctact pun.. dah cube smua no, bole beri ctact scepat yg mgkin.

    Reply

  9. apple on June 10th, 2008 11:05 am

    hi..saya suka tempat ni tapi kenapa banyak kali call tapi x jawap..ada no lain tak

    Reply

  10. Abdul Rahman Bin Taip on September 23rd, 2008 4:22 am

    macam mana nak pergi tempat nie ye? baca komen mereka yang dapegi ni mcm best ja… nak feel jg suasana chalet nie… yang paling sedap nak stay sna,sbb murah… tolong bagi peta ye.. terima kasih banyak2…

    Reply

  11. Abdul Rahman Bin Taip on September 23rd, 2008 4:24 am

    Tolong bagi peta untuk ke tempat nie… terima kasih…

    Reply

  12. hafizi on November 27th, 2008 8:28 am

    boleh x email kan peta ke lereh river resort ni.resort ni kat tepi pantai ke?

    Reply

  13. saiful on December 26th, 2008 2:16 pm

    Baru je balik dari bercuti di Melaka – Sg. Lereh – Pantai Kundur/Puteri. Agak keliru ketika mencari chalet sg lereh ni, pasal signboard mcm gambar kat atas tu dah takde!
    Anyway jumpa gak. Malangnya, skrg ni kat area chalet ni (tepi sungai) tengah buat “renovation”, (kerja2 mencantikkan sungai dan laluan pesiar tepi sungai).
    Masa sampai jam 3 ptg dah ada 2 family. Nasib baik walk in boleh dapat.
    Chalet ni kalau ikut kenyataan di pejabatnya adalah kendalian belia 4B. Dan masa saya sampai hari tu, ia memang di jaga oleh “belia”. Lepas tu lak, kat papan kenyataan opis dia, ada satu gambar dengan caption “di mana man”.Nombot hp man pun dah dipadam. Teringat aku kat blog ni ada mention nama man! Buat masa ni chalet dikendalikan oleh hjh maimunah dan belianya (no hp lupa nak save). Harga sewa RM45 utk berkipas dan RM65 ber aircond. Ada tempat utk bbq, mak aku siap masak2 lagi. Aku bbq dari pukul 7 mlm sampai 3 pagi. Pkl 8 pagi esoknya sambung lagi sampai kul 11 pasal kena habiskan kupang yg aku beli 5 kilo, chken wing sekilo, pas tu bapak aku bawak dari johor ikan, udang and kerang berkilo-kilo! Tak tau la apa org lain kata (kami je yg buat bbq)… bbq dari ptg sampai tgh hari esoknya! ha…ha….ha….
    Angin kuat oooo sini… syok….
    Anyway buat masa ni, satu-satunya cara mudah nak kenal tempat ni ialah kat sepanjang jambatan sg lereh tu dipacak bendera umno kiri dan kanan, pandang kiri atau kanan mesti nampak chalet tu!

    Reply

  14. HANIE on October 22nd, 2009 6:13 am

    mmm mintak map boleh

    Reply

  15. nad on April 20th, 2010 6:05 am

    trime ksh sbb bgi mklumat ni….

    Reply

Leave a Reply